Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KAEDAH INTERNET

Pau merupakan sejenis kuih yang besar, putih, gebu dan tidak hanya sekadar gah pada nama tetapi kualiti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik minat penggemarnya. Pau diperbuat daripada campuran tepung, gula, minyak, yis dan air yang diadun dengan menggunakan tangan ataupun mesin pengadun. Kajian internet telah dijalankan oleh syarikat kami bagi mengenalpasti kemampuan kuih pau untuk bertahan lama dalam industri makanan di Malaysia. Kajian ini amat penting bagi kami sebagai panduan sebelum memulakan perniagaan menjual pau.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penjualan pau. Antaranya termasuklah faktor kualiti pau, cara membuat pau, lokasi yang sesuai, layanan mesra penjual di samping harga yang berpatutan. Kebanyakan pengusaha pau yang berjaya mengatakan bahawa mereka menceburi bidang ini kerana proses membuat pau amatlah mudah kerana dibantu oleh mesin pengadun yang mempunyai pelbagai fungsi. Mereka juga yakin bahawa industri penjualan pau ini mampu bersaing hebat dan maju pada masa akan datang.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang telah berjaya dalam perusahaan ini adalah hasil jualan yang kurang memuaskan pada minggu pertama memulakan perniagaan selain daripada kurangnya minat terhadap pau. Namun begitu, mereka menegaskan bahawa ketabahan, kesabaran, dan berani mengambil risiko amatlah penting jika ingin bertahan lama dalam industri ini.

Berdasarkan yang dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa produk pau mampu bersaing di pasaran. Hasil kajian yang positif ini juga menunjukkan bahawa pau masih lagi mendapat tempat di hati pengguna cuma penambahbaikkan perlu dilakukan agar pau dapat menarik lebih banyak penggemar selain dapat meningkatkan hasil jualannya.

You might also like