Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di

seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik". Indonesia terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah berlaku daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain. Gunung berapi terbentuk hasil daripada batu-batan cair yang terkumpul di bawah kerak bumi. Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu-batan menjadi cair. Batu-batan cair ini dikenali sebagai magma.

Kebanyakan magma terbentuk kira-kira 80km hingga

160km di bawah permukaan bumi. Magma yang panas akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan dan kurang tumpat daripada batu disekitarnya. Magma mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan atau lohong gunung berapi dikenali sebagai lava.

Kebanyakan gunung berapi terbentuk di kawasan

sempadan plat. Ahli sains telah mengemukakan teori plat tektonik untuk menjelaskan proses pembentukan gunung berapi. Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi. Gunung berapi juga terdapat di zon permatang tengah lautan. Perebakan dasar laut berlaku apabila magma naik menolak litosfera ke arah yang bertentangan. Lava ini akan membentuk dasar laut sebagai permatang tengah laut. Gunung berapi di Iceland merupakan jenis pembentukan ini.

Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah plat,

jauh dari sempadan plat seperti Kepulauan Hawaii. Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Proses pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Rajah di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.

KAWASAN GUNUNG BERAPI DI DUNIA

KON LAVA ASID


jenis ini berbentuk lebih curam berbanding kon

gunung Berapi yang lain letusan gunung berapi amat kuat. lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan. mempunyai cerun yang curam. contoh: Gunung Vesuvius di Itali.

KON LAVA BES


mempunyai cerun yang landai.
lava sangat panas dan cair. lava mengalir dengan laju.

contoh: Gunung Mauna Loa di Hawaii.

KON ABU
berbentuk cekung dan curam.
Bahan yang terkeluar semasa meletusnterdiri daripada

debu, Abu dan serpihan batu atau batu tongkol. Sesetengah bahan ini dikenali sebagai ''aliran piroklastik' atau bahan sinder y ang membentuk ''bom gunung berapi''akibat letusan yang kuat. Letusan boleh mencapai sehingga 3km tingginya. contohnya ialah gunung berapi Pinatubo dan Dan gunung berapi Mayon yang berada di Filipina.

KON KOMPOSIT
dikenali sebagai stratokun.
kon utama terbina daripada abu dan lava. kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama.

kon-kon kecil dinamakan kon parasit.


contoh: Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di

Filipina.

KRATER
Apabila gunung berapi meletus,maka puncak gunung berapi

akan dihancurkan dan membentuk satu lekukan atau kawah yang besar yang dikenali sebagai krater atau genahar. Saiz krater bergantung kepada kekuatan letupan berkenaan. Semakin kuat letupan maka semakin luas puncak gunung berapi yang Mampu dihancurkan dan kesannya krater yang lebih besar akan terhasil. Apabila magma di dalam lohong gunung berapi iyu membeku,maka krater atau genahar tersebut boeh menakung air yang akan membentuk tasik kawah/krater yang terdapat di puncak gunung berapi seperti tasik Crater Di Amerika Syarikat yang terbentuk pada zaman pra sejarah dan tasik Krater di puncak gunung berapi Poas,Costa Rica.

KALDERA
Terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung yang

letaknya berdekatan antara satu sama lain. Siri letupan gunung berapi akan memusnahkan setiap Krater dan seterusnya krater-krater tersebut akan bercantum antara satu Sama lain membentuk tasik kawah yang sangat besar yang dikenali sebagai kaldera.. Satu contoh kaldera yang sangat luas ialah danau Toba di Indonesia, Kaldera Katmai disemenanjung Alaska yang mempunyai kelebaran 3km dan Kedalaman1000 meter. Kaldera yang paling besar di dunia ialah kaldera Yang terbentuk akibat letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia yang Meletus pada tahun 1883.

LAVA ASID Tahap kecairan lava asid adalah sangat likat, pekat, melekit dan mengalir dengan perlahan sahaja Tahap pembekuan lava asid ialah ia cepat membeku di permukaan bumi dan jarak alirannya adalah dekat.

LAVA BES tahap kecairan lava bes pula cair dan mengalir dengan laju lava bes pula tahap pembekuan adalah lambat dan dapat mengalir lebih jauh di permukaan bumi.

Kandungan mineral dalam lava asid ialah kaya dengan silika


takat peleburan lava asid mempunyai takat lebur yang tinggi Suhu lava asid ialah 800 celcius hingga 1000 celcius Kadar letupan lava asid adalah menghasilkan letupan yang kuat kerana banyak mengandungi gas yang berada di bawah pengaruh tekanan yang tinggi

lava bes pula kaya dengan besi dan magnesium.


lava bes mempunyai takat lebur yang rendah sangat panas suhu lava bes pula 1100- 1200 celcius lava bes menghasilkan letupan yang kecil kerana gas2 berada di bawah tekanan tinggi dalam dalam lava ini adalah sedikit.

Gunung berapi aktif


Gunung berapi hidup adalah aktif dan sering meletus.

Gunung berapi jenis ini seperti gunung etna di itali,

mauna loa di hawaii dan gunung stromboli di itali.

Gunung berapi pendam


gunung berapi ini pernah meletus dan terpendam

dalam satu jangka masa. ia akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang. gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur". contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.

Gunung berapi mati


gunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan meletus

lagi. walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung itu pendam atau mati. contoh: Gunung Kenya di Kenya dan Gunung Kilimanjaro di Alaska.

1.Jenis bahan yang diletuskan. 2.Sifat lohong gunung berapi. 3.Sifat dan jenis letusan. 4.Kuantiti lava dan bahan piroklas yang terkeluar. 5.Proses gondolan yang dialami

JENIS BAHAN YANG DILETUS


keanekaan bahan yang diletuskan akan

mempengaruhi kelpelbagaian rupa gunung berapi . lava bes akan menbentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar contohnya Gunung Berapi Mauna Loa dan Mauna Kea Di Kepulauan Hawaii .

SIFAT LOHONG GUNUNG BERAPI


Sifat lohong gunung berapi akan menentukan cara &

arah aliran lava . Contohnya lohong linear / mendatar akan menhasilkan dataran lava tersebut membeku . bagi lohong tengah / tunggal akan menghasikan kon . terdapat lohong lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain maka kon - kon gunung berapi yang terbentuk akan bercamtum & boleh menghasilkan kon serba ragam . contohnya gunung berapi etna di kepulauan sicily

SIFAT & JENIS LETUSAN


letusan yang senyap & berterusan akan mewujudkan

kon gunung berapi yang sekata. letusan yang kuat lohong gunung berapi akan musnah & dan mewujudkan kawah yang besar / kaldera di puncak gunung berapi. magma membeku dalam lohong utama & memyumbatkannya lava terpaksa mencari tempat lain.tekanan daripada gunung akan mewujudkan lohong-lohong cawangan yang baru membolehkan lava keluar lalu membentuk kon serba ragam. Kon ini dipanggil kon parasit.

KUANTITI LAVA & BAHAN PIROKLAS YANG KELUAR.


Saiz gunung berapi bergatung kepada kuantiti lava.
kekuatan letusan mempegaruhi saiz gunung berapi. Letusan yang kuat mungkin akan mengecilkan /

memusnahkan gunung berapi.

Proses gondolan
Sifat & saiz gunung berapi yang terbentuk tidak kekal.
ia akan diubah oleh proses-proses geomorfologi di

permukaan bumi. hakisan yang berterusan dicerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun & mendedahkan magma yang telah membeku dalam lohongnya. magma yang keras muncul dipuncak gunung berapi sebagai PALAM GUNUNG BERAPI

1.Jenis iceland
2.Jenis Hawaii 3.Jenis Stromboli

4.Jenis Vulcan
5.Jenis Vesuvius 6.Jenis Pliny 7.Jenis Pelee

JENIS ICELAND.
Dikenali sebagai letusan rekahan,
magma jenis basalt yang keluar, Tidak likat,nipis dan

membentuk permukaan yang hampir rata. Letupan ini adalah kecil dan senyap.

JENIS HAWAII
jenis letupan yang paling popular.
Bahan yang paling banyak ialah Lava bes yang

cair.Lava ini ditolak keluar dalam bentuk pancutan Sebagai ''bom percikan api'' dan jatuh semula menghasilkan kon percikan. Lava jenis ini bersifat nipis dan jika ia mengalir maka Alirannya adalah jauh sebelum membeku

JENIS STROMBOLI
Letusannya sederhana dan berterusan.
Lava yang telah beku Dihambur keluar dalam bentuk

ketulan-ketulan. Jarak antara Letusan-letusan mengambil masa beberapa minit sahaja

JENIS VULCAN
Lavanya lebih likat dan membeku dengan cepat.
letusannya Lebih kuat dan jarak antara letusan

mengambil masa yang lebih lama. Semasa letusan,lava yang likat akan berkecai menjadi Bahan-bahan yang lebih kecil

JENIS VESUVIUS
Letusannya lebih kuatdan menghamburkan keluar

magma dengan banak. Letusan yang kuat ini disebabkan oleh pengumpulan dan tekanan gas yang kuat sebelum lava keluar. Magma yang terpancut keluar hingga beratus-ratus meter tingginya.

JENIS PLINY
Banyak mengeluarkan bahan piroklastik yang terdiri

dari Bongkah dan serpihan batu. Letusannya lebih kuat berbanding Dengan Vesuvius. Letusan ini mengeluarkan sedikit sahaja Lava.

JENIS PELEE
Mempunyai jenis lava yang sangat likat dan letupan

yang lewat. Lava yang keluar tidak hambur sebaliknya mengalir/ meleleh di sepanjang rekahan dan alur-alur yang terdapat di dinding gunung berapi tersebut.

KESAN NEGATIF
Lava daripada letusan gunung berapi membawa

kepada kemusnahan petempatan dan kerosakan kepada aktiviti manusia. Letusan gunung berapi juga memusnahkan bentuk muka bumi di kawasan itu seperti letusan Gunung Kratatoa di Indonesia pada tahun 1883 yang memusnahkan seluruh pulau itu. Aktiviti gunung berapi juga memusnahkan hartabenda serta mengorbankan banyak nyawa manusia.

KESAN POSITIF
Walaupun aktiviti gunung berapi membawa

kemusnahan dan kerosakan, tetapi ia juga banyak membawa faedah kepada manusia. Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser boleh digunakan untuk

menghasilkan tenaga geotermal.

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati

penyakit kulit. samping itu juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahar yang

amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong

Credit as tagged

You might also like