Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KUIH TRADISIONAL MELAYU

Malaysia kaya dengan makanan. Apabila kita keluar ke pasar atau bazar, pasti ada gerai menjual makanan. Keunikan makanan di Malaysia tidak dapat ditandingi di mana-mana negara sekalipun. Antara keunikan makanan di Malaysia adalah kuih-muih tradisonal Melayu. Keunikan rasa dan bentuknya menambat hati sesiapa sahaja yang melihat. Kuih-muih tradisonal Melayu merupakan kuih yang dihasilkan sejak turun-temurun. Kuih-muih tradisonal ini merupakan santapan yang hanya boleh dirasai oleh golongan atasan sahaja. Kebiasaannya kuih-muih tradional akan dihidangkan ketika sultan sedang berehat, ataupun semasa meraikan sesuatu majlis. Rakyat jelata pula akan merasai keenakan kuih-muih pada hari-hari tertentu sahaja. Berbeza pada zaman kini, kuih-muih yang dihasilkan dapat dirasai oleh setiap lapisan golongan rakyat dan masa. Selain itu rasanya juga berbeza. Kuih moden hanya cantik di luar sahaja. Bahan-bahan yang digunakan menggunakan seratus peratus sumber alam seperti santan,daun pisang dan sebagainya tanpa pewarna tiruan seperti yang terdapat pada kuih moden. Keenakan rasa kuih moden tidak dapat ditandingi dengan kuih tradional Melayu kerana kuih tradional bukan sahaja sedap malah mempunyai bentuk yang tersendiri.

Jawab soalan berdasarkan petikan di atas.

1. Siapakah yang dapat merasai kuih muih pada zaman pemerintahan sultan? ..............................................................................................................

2. Apakah perbezaan bahan antara kuih tradisional dengan kuih moden? ..............................................................................................................

3. Bilakah rakyat jelata dapat merasai keenakan kuih tradisional? .............................................................................................................

4. Bagaimanakah cara untuk melariskan kuih tradisional pada masa kini? ................................................................................................................... ...................................................................................................

You might also like