Pekeliling Bilik Gerakan Pip

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

PEKELILING PENGURUSAN PERPADUAN BILANGAN 2 TAHUN 2010

PROSEDUR PELAKSANAAN BILIK GERAKAN PEMANTAUAN ISU PERPADUAN

BAHAGIAN PENGURUSAN PERPADUAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2010 Edaran:

Semua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Semua Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

1.

TUJUAN Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memantapkan proses pelaksanaan bilik gerakan untuk memantau suasana kawasan yang tegang serta menggariskan panduan tindakan yang perlu diambil berhubung dengannya.

2.

LATAR BELAKANG

2.1.

Pengoperasian Bilik Gerakan membantu pemantauan secara konsisten terhadap isu perpaduan di kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai kawasan berstatus Kuning atau Merah.

2.2.

Pemantauan di peringkat Bilik gerakan memudahkan arahan tindakan dilaksanakan dengan segera sebagai usaha untuk mengawal atau membendung sesuatu isu perpaduan daripada merebak ke kawasan lain.

3.

PELAKSANAAN Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ini, tindakan-tindakan untuk membuat pemantauan dan penyediaan laporannya perlu dibuat oleh pegawai-pegawai perpaduan seperti yang dinyatakan di bawah ini dan bilik gerakan akan dikendalikan dalam dua tahap operasi seperti berikut::-

3.1.

Operasi Separa Bilik Gerakan ini akan dibuka di peringkat:-

3.1.1. Daerah/Bahagian

Apabila dikesan tiga atau lebih isu/kes di tahap kuning yang meliputi tiga atau lebih kawasan di daerah/bahagian berkenaan yang telah dikenal pasti.

Apabila Bilik Gerakan di peringkat daerah/bahagian dibuka, Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian sebagai Ketua Bilik Gerakan hendaklah:

a)

memantau keadaan semasa di peringkat daerah/bahagian dengan: (i) merujuk kepada agensi-agensi terhadap yang

bertanggungjawab

keselamatan

Daerah/Bahagian berkenaan;
(ii)

mendapatkan pandangan dan maklumat daripada orang ramai seperti Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga di kawasan tersebut, Jawatankuasa

Keselamatan Kampung dan sebagainya dan


(iii) Mendapat

pandangan

Ketua

Pengarah

bagi

mengendali dan menyelesaikan isu/kes.

b)

mengambil tindakan-tindakan lain yang sesuai seperti: (i) (ii) Program Gerak Padu, Dialog Komuniti,

(iii) Mediator Komuniti, (iv) Klinik Sosial,

(v)
(vi)

Menubuhkan RT/SRS dan Menggerakkan dan meningkatkan aktiviti RT/SRS setelah berbincang dengan Pengarah Perpaduan Negeri atau atas arahannya dan

c)

Mendapatkan maklumat/risikan berkaitan isu/kes dan menghantar laporan semasa terperinci ke Ibu Pejabat dengan satu salinan kepada Pengarah Perpaduan Negeri setiap hari pada jam 5.00 petang dengan menggunakan e-SEPAKAT, Borang PPDB01B/2010 atau

PPRT01/2010 melalui faks atau e-mel seperti berikut: (i)


(ii)

Faks : 03-88888568/569 E-mel: pp_pip@jpnin.gov.my

3.1.2. Negeri Apabila dikesan tiga atau lebih isu/kes di tahap kuning yang meliputi tiga atau lebih daerah di negeri berkenaan yang telah dikenal pasti.

Apabila Bilik Gerakan di peringkat negeri dibuka, Pengarah Perpaduan Negeri sebagai Ketua Bilik Gerakan hendaklah: a) menyelaras tindakan di peringkat

daerah/kawasan dan negeri;

b)

membuat tafsiran tentang perkembangan

isu/kes dan merumus pelan tindakan dan


c)

mendapat pandangan Ketua Pengarah

bagi mengendali dan menyelesaikan isu/kes.

3.1.3. Pusat, Ibu Pejabat Apabila dikesan tiga atau lebih isu/kes di tahap kuning yang meliputi tiga atau lebih negeri yang telah dikenal pasti.

Apabila Bilik Gerakan di peringkat pusat, Ibu Pejabat dibuka, Pengarah Pengurusan Perpaduan sebagai Ketua Bilik Gerakan hendaklah: a) menyelaras tindakan di peringkat negeri

dan pusat;
b)

mendapat pandangan Ketua Pengarah

bagi mengendali dan menyelesaikan isu/kes dan


c)

mengemukakan laporan kepada Menteri.

3.2.

Operasi Penuh Bilik Gerakan ini akan dibuka di peringkat:-

3.2.1. Daerah/Bahagian

Apabila dikesan lima atau lebih isu/kes di tahap kuning yang meliputi lima atau lebih kawasan di daerah/bahagian berkenaan yang telah dikenal pasti.

Apabila Bilik Gerakan di peringkat daerah/bahagian dibuka, Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

sebagai Ketua Bilik Gerakan hendaklah:

a)

memantau keadaan semasa di peringkat

daerah/bahagian dengan: (i) merujuk kepada agensi-agensi terhadap yang

bertanggungjawab

keselamatan

Daerah/Bahagian berkenaan dan


(ii)

mendapatkan daripada

pandangan ramai

dan seperti

maklumat Ahli-ahli

orang

Jawatankuasa Rukun Tetangga di kawasan tersebut, Jawatankuasa Keselamatan

Kampung dan sebagainya;

b)

mengambil tindakan-tindakan lain yang

sesuai seperti: (vii) Program Gerak Padu, (viii) Dialog Komuniti, (ix) Mediator Komuniti, (x) Klinik Sosial,

(xi) Menubuhkan RT/SRS dan


(xii)

Menggerakkan dan meningkatkan aktiviti RT/SRS Pengarah setelah Perpaduan berbincang Negeri dengan atau atas

arahannya dan

c)

menghantar laporan semasa terperinci dan

carta kejadian ke Ibu Pejabat dengan satu salinan kepada Pengarah Perpaduan Negeri setiap hari pada jam 5.00 petang dengan menggunakan eSEPAKAT atau Borang PPDB01B/2010 dan PPDB02/2010 melalui faks atau e-mel seperti berikut: (i)
(ii)

Faks : 03-88888568/569 E-mel: pp_pip@jpnin.gov.my

3.2.1.1.

Negeri Apabila dikesan lima atau lebih isu/kes di tahap kuning yang meliputi lima atau lebih daerah di negeri berkenaan yang telah dikenal pasti.

Apabila Bilik Gerakan di peringkat negeri dibuka, Pengarah Perpaduan Negeri sebagai Ketua Bilik Gerakan hendaklah:

a)

menyelaraskan

carta

kejadian

yang

diterima dari daerah/bahagian yang terlibat untuk dikemukakan kepada pusat, Ibu Pejabat setiap hari pada atau sebelum jam 8.00 pagi;
b)

membuat tafsiran tentang perkembangan

isu/kes dan merumus pelan tindakan; dan


c)

mendapat pandangan Ketua Pengarah

bagi mengendali dan menyelesaikan isu/kes.

3.2.1.2.

Pusat, Ibu Pejabat Apabila dikesan lima atau lebih isu/kes di tahap kuning yang meliputi lima atau lebih negeri yang telah dikenal pasti.

Apabila Bilik Gerakan di peringkat pusat, Ibu Pejabat dibuka, Pengarah Pengurusan Perpaduan sebagai Ketua Bilik Gerakan hendaklah:
a)

menyelaraskan

carta

kejadian

yang

diterima dari negeri yang terlibat;


b)

mendapat pandangan Ketua Pengarah

bagi mengendali dan menyelesaikan isu/kes dan c) mengemukakan laporan kepada Menteri.

4.

TARIKH KUATKUASA Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ia dikeluarkan.

5.

PEMBATALAN Surat Pekeliling ini menggantikan mana-mana mekanisme pemantauan yang terpakai sebelum ini.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(AZMAN AMIN HASSAN) Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
pekeliling bilik gerakan pip

You might also like