Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ANG CHENG YU

6P

MENONTON TELEVISYEN MENDATANGKAN KESAN BAIK DAN BURUK KEPADA MURID-MURID. BINCANGKAN.

Televisyen merupakan satu daripada media elektronik yang penting. Kini, Negara kita mempunyai lima rangkaian televisyen.

Hari ini, televisyen ditonton oleh orang tua, golongan dewasa mahupun murid-murid sekolah. Bagi murid sekolah, mereka dapat mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam negara ataupun di luar negara. Peristiwa seperti banjir,kemalangan,letupan gunung berapi dan sebagainya dapat disaksikan menerusi kaca televisyen.

Selain itu, televisyen memberikan kebaikan, namuan terdapat beberapa kesan buruk akibat menonton televisyen. Rancangan berbentuk hiburan melekakan murid-murid di sekolah. Mereka asyik menonton televisyen sehingga lupa untuk membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Rancangan yang disiarkan oleh televisyen juga dapat mempengaruhi fikiran dan sikap penonton, terutama murid-murid. Mereka mudah terikut-ikut atau meniru fesyen pakaian,kasut,rambut dan adegan ganas yang disiarkan. Hal ini kebanyakannya tidak bersesuaian dengan budaya tempatan.

Kesimpulannya, menonton televisyen mendatangkan kesan baik dan buruk. Dalam hal ini, ibu bapa patut mengawal anak mereka agar tidak leka menonton televisyen sehingga mengabaikan pelajaran.

You might also like