Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Oleh: NABILAFARHANA BT MUHAMMAD RODZI NORATIKA BT SAMIAN

Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Ujian yang pendek pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan dan mengisi tempat tempat kosong. Membuatkan calon bergerak balas, membaca, memilih jawapan yang tepat daripada jawapan jawapan yang telah disediakan.

Soalan beraneka pilihan Soalan ini boleh dibuat dalam bentuk lisan / tulisan. Boleh dibantu dengan gambar jika perlu. Soalan betul salah Menentukan betul/salah kenyataan yang diberikan. Pilihan yang biasa digunakan : Ya tidak Betul salah Benar tidak benar Tepat tidak tepat

a) b) c) d)

Jawapan terbaik Terdiri daripada satu pokok soalan yang merupakan satu situasi masalah dan beberapa pilihan yang tepat memberikan kemungkinan jawapan kepada masalah tersebut.

Contoh : Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah tindakan anda yang paling wajar ? A Memarahi mereka B Menasihati mereka C Tidak mempedulikan mereka D Menghalau mereka keluar dari perpustakaan

Positif dan negatif Soalan yang mempunyai perkataan KECUALI Contoh : Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara perkara berikut, kecuali : A Membayar ganti rugi kepada jiran B Melarikan diri dari tempat kejadian C Menggantikan pasu bunga yang baru D Mengaku kesalahan dan meminta maaf kepada jiran

Cantuman Jawapan dipilih berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang bersesuaian dengan kehendak jawapan. Contoh : Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar. I Menebang pokok sesuka hati II Membuang sampah ke dalam sungai III Menanam pokok bunga di kawasan lapang IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Melengkapkan ayat atau cerita Merupakan soalan soalan pendek, dan murid dikehendaki mengisi ruang ruang kosong sama ada dengan jawapan yang telah disediakan atau jawapan yang dirasakan sesuai. Contoh : i) Orang yang __________ mudah dihampiri. ii) Kita hendaklah ___________ kerana benar.

Soalan padanan Suaikan kenyataan dengan gambar Contoh :

Menjaga kebersihan

Bantu membantu

Contoh : a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( ) b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan. ( )

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut: Merangkumi semua bidang matapelajaran Masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat Objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza. Emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut: Pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi. Tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi. Menggalakkan pelajar meneka jawapan. Pelajar kurang membuat persiapan rapi.

You might also like