Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

OLEH: NORAISHAH BINTI IDRIS

FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

perenialisme

progresivisme

rekonstruktivisme pragmatisme

realisme

esensialisme

idealisme

eksistentialisme

PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan falsafah moden.

Falsafah pendidikan tradisional barat terdiri daripada:

Perenialisme

Esensialisme

Realisme

Idealisme

FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

KONSEP
Robert Hutchins dan Mortimer Adler merupakan pengasas falsafah.
Perenialisme berasal daripada perkataan perennial yang bermaksud tidak berubah. Ahli perenialisme berpendapat bahawa ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Pendidikan seharusnya berfokus kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang sepatutnya disemai sejak di bangku sekolah lagi.

PANDANGAN TOKOH
Robert Maynard (1936)
Beliau menegaskan bahawa: Pendidikan mengandungi pengajaran. Pengajaran mengandungi pengetahuan. Pengetahuan ialah kebenaran. Kebenaran adalah sama di mana-mana jua pun. Sepatutnya pendidikan adalah sama di mana-mana.

MATLAMAT
Pendidikan bertujuan untuk memupuk kelakuan moral pelajar. Pendidikan juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi serta tidak mempunyai had masa. Sekolah bertanggungjawab menyediakan anak-anak muda yang boleh menghadapi cabaran yang timbul dalam kehidupan mereka kelak.

TUMPUAN
1. JENIS KURIKULUM Memberikan penumpuan terhadap mata pelajaran kritikal. Antara mata pelajaran kritikal ialah bahasa, matematik, sains dan seni. Mata pelajaran kritikal diberi tumpuan kerana ia mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. Mata pelajaran kritikal akan memberi peluang kepada murid memperolehi ilmu yang penting dalam kehidupan mereka. 2. PERANAN GURU Mendisiplinkan pelajar. Menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai kemahiran asas. Dianggap sebagai pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam bidang pendidikan. Bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada pelajar secara individu atau berkumpulan.

3. KAEDAH MENGAJAR Guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan oleh guru tanpa menanya sebarang soalan. Guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pertanyaan murid.

4. PERANAN MURID Bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh. Cuba memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh guru.

KONSEP
Falsafah esensialisme menumpukan kepada perkaraperkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang agar dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif. Perubahan dari semasa ke semasa boleh berlaku terhadap perkara-perkara asas itu.

Esensialisme bersifat praktikal dan pragmatik.

MATLAMAT
Maklumat dalam bentuk fakta perlu dipelajari, dihayati, dan disimpan oleh setiap pelajar serta mereka perlu mempunyai penghayatan budaya. Melalui latihan intelek dan mental supaya dapat membentuk personaliti dan mental ke suatu tahap yang sempurna.

TUMPUAN
1. JENIS KURIKULUM Ahli-ahli esensialisme menyarankan supaya kurikulum sekolah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat. Bahan-bahan pelajaran disediakan secara rapi dan logikal. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai. Kriteria kenaikan darjah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian dalam peperiksaan. Di peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira wajib diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Terdapat juga mata pelajaran sampingan seperti pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Jika tiada peruntukan, mata pelajaran sampingan tersebut akan dikeluarkan daripada senarai mata pelajaran wajib.

Sambungan..

Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus diperkembangkan dan diikuti mata pelajaran wajib seperti arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi. Terdapat juga mata pelajaran sampingan iaitu pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Diperkenalkan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah iaitu aktiviti kokurikulum. Ahli-ahli essensialisme menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan.

2. PERANAN GURU Guru disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam proses P&P bilik darjah. Guru bertanggungjawab membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar dapat hidup dalam suasana bermasyarakat. Guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden. 3. KAEDAH MENGAJAR Pendekatan didaktik ditegaskan. Amalan pengajaran yang perlu ada pada guru ialah: i. Mengamalkan sikap pimpinan demokratik. ii. Mengambil inisatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar. iii. Kreatif dalam membentuk iklim yang kondusif untuk aktiviti P&P. iv. Mahir menggunakan teknik peneguhan iaitu ganjaran dan denda.

4. PERANAN MURID
Pencapaian dalam bidang akademik dapat diperoleh dengan berkesan bergantung kepada kerajinan dan tumpuan pelajar itu sendiri. Minat tidak menjadi kunci kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh hasil bimbingan guru secara terus-menerus.

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

Falsafah pendidikan moden barat pula terbahagi kepada :

Progresivisme

Rekonstruktivisme

Eksistentialisme

Pragmatisme

Progresivisme berasal daripada daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah naturalisme dipelopori oleh Jean J.Rousseau, Heinrich Pestalozzi, dan Freidrich Froebel semasa Zaman Reformasi (17121860).
Falsafah pragmatisme pula dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrik, Boyd H. Bode dan Harold V. Rugg.

KONSEP
Ahli falsafah progresivisme berpendapat bahawa ilmu itu bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja dan tidak dianggap benar buat selama-lamanya Berdasarkan itu, individu yang berpendidikan ditakrifkan sebagai seorang yang celik akal bagi membolehkannya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan.

MATLAMAT
Menyediakan golongan murid yang berupaya mengakomodasi sebarang perubahan dalam kehidupan. Seseorang yang berpendidikan perlulah berkebolehan mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul.

TUMPUAN
1. JENIS KURIKULUM Kebebasan diberikan kepada anak murid dalam memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Bertujuan memastikan bahawa mereka akan mempelajari apa yang diminati. Kesannya, akan wujud pembelajaran yang berkesan dan seterusnya dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi diri. Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah bagi memupuk kemahiran daya cipta pelajar.

2. PERANAN GURU
Guru berperanan sebagai pembimbing dan membantu anak murid menangani masalah dalam persekitaran mereka. Guru yang berkesan akan membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperoleh ilmu pengetahuan melalui usaha sendiri. Guru juga perlu mengalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik serta menggunakan pengalaman untuk mendapatkan ilmu.

3. KAEDAH MENGAJAR Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Pengalaman langsung dengan persekitaran. Contohnya, kerja lapangan dan lawatan membantu murid mengaitkan pembelajaran dengan isu-isu sosial. politik, dan ekonomi. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat sambil belajar". Kerja makmal dan eksperimen yang menyediakan peluang untuk meneroka alam sekeliling.

4. PERANAN MURID

Ahli-ahli progresivisme berpendapat segala aktiviti P&P dirancang berdasarkan minat, keperluan, dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji.

Tugas murid adalah mencari keterangan masing-masing yang tersendiri bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru.

KONSEP
Berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Manusia dianggap sebagai lahir tanpa sebarang tujuan. Ahli ekstentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja. Seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat. Seseorang individu sepatutnya membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang auditori luar.

TUMPUAN
1. JENIS KURIKULUM Kurikulum ekstentialisme tidak mempunyai mata pelajaran khusus kerana murid-murid bertanggungjawab atas pendidikan masingmasing. Namun, terdapat matapelajaran yang dianggap relevan iaitu matapelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, drama dan kesusasteraan.

2. PERANAN GURU

Guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan supaya anak murid mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi.
3. KAEDAH MENGAJAR Kaedah mengajar berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. Peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran secara mendalam. 4. PERANAN MURID Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan

KONSEP
Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Sekolah merupakan satu landasan yang amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk.

Goerge Counts
Pengalaman ialah hasil interaksi antara manusia organisme dengan material dan sosial persekitaran. Pendidikan yang bercorak progressive lebih mementingkan kaedahkaedah dalam pendidikan daripada matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan.

TUJUAN
Untuk mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya.

MATLAMAT
Mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.

TUMPUAN
1. JENIS KURIKULUM Terdiri daripada bidang sains sosial seperti kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan di samping isu-isu tempatan & antarabangsa.

2. PERANAN GURU

Guru hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu lebih kreatif & inovatif dalam pembelajaran & pengajaran bilik darjah.

3. KAEDAH MENGAJAR Menggunakan kaedah berpusatkan murid. Murid diajar kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan simulasi. 4. PERANAN MURID Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, muridmurid perlu mengambil bahagian secara aktif supaya matlamat pendidikan tercapai. Murid hendaklah berani mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama

You might also like