Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

TAJUK:

PEPERANGAN MELAWAN INSURGENSI KOMUNIS DI SARAWAK

ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat

1.

Pengenalan Kepada Parti Komunis Kalimatan Utara

2.

Perlembagaan Parti

3.

Sayap Bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara (Militan)

4.

Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) Ke Kancah Keganasan

5.

Kembalinya Pengganas Komunis Ke Bumi Kenyalang Strategi Perjuangan Parti Komunis Sarawak, Cabang Parti Komunis Kalimantan Utara i. Peubuhan pengkalan-pangkalan (jungle bas) ii. Kempen Keganasan iii. Penggunaan Jerangkap Samar (Periuk Api) iv. Tertubuhnya Gerakan Min Yuen (Gerakan Rakyat) v. Perolehan Sokongan Massa Langkah-Langkah Untuk Melawan keganasan Komunis Di Sarawak i. ii. iii. iv. Ops NGAYAU (Operasi Ngayau) Penubuhan RASSCOM Ops JUDAS Pujukan Pihak Kerajaan Dalam Menyeru Pihak Komunis untuk Kembali Kepada Pangkuan Masyarakat v. Penguatkuasaan Undang-Undang

11

22

Parti Komunis Kalimantan Utara Ke Arah Perletakan Senjata Dan Penyerahan Diri Kesimpulan Lampiran Lampiran 1 : Temubual Dengan Orang Sumber, Encik Lawrence Lim Eng Leong

31

33

Lampiran 2 : Surat Perlantikan Encik Lawrence Lim Eng Leong Sebagai Pengawal pemerintah Keselamatan rajang (RASCOM) Lampiran 3 : Surat Penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak Kepada Encik Lawrence Lim Eng Leong Lampiran 4 : Gambar Encik Gawrence Lim eng Leong bersama Rakan-Rakan Semasa Operasi Memujuk Ketua PARAKU, Ubong anak Nuing Untuk Keluar Meneyerahkan Diri 2

Lampiran 5 : Surat Pujian Ketua Polis Negara Kepada Encik Lawrence Lim Eng Leong Lampiran 6 : Surat Perlantikan Encik Lawrence Lim Eng Leong Sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah Sibu Lampiran 7 : Laporan Kesihatan Mengenai Encik Lawrence Lim Eng Leong Setelah Terlibat Dengan Satu Kemalangan Helicopter Di Daerah Balingian Semasa Menjalankan Tugas Pilihanraya. Lampiran 8 : Biodata Kerjaya Encik Lawrence Lim Eng Leong Lampiran 9 : Anggota Polis Yang Dibunuh Oleh pengganas Komunis Pada 1970 dan 1971 Lampiran 10 : Senarai Penangkapan Yang Dikeluarkan Menunjukkan 29 orang yang ditangkap Lampiran 11 : Struktur Organisasi NKCP Yang Diketahui Lampiran 12 : Senarai Nama Ketua PARAKU Yang Diketahui Lampiran 13 : Antara Senjata-senjata Kecil Popular Yang Digunakan Oleh Pasukan Keselamatan Semasa Kempen Menentang Insurgensi Di Sarawak Lampiran 14 : Surat Bong Kee Chok Kepada Ketua Menteri Sarawak Untuk Meminta Perdamaian. Bibliografi Oleh Cawangan Khas

Pengenalan kepada Parti Komunis Kalimantan Utara Parti Komunis Kalimantan Utara atau dalam bahasa Inggeris North Kalimantan Communist Party (NKCP) merupakan salah satu elemen yang bersifat komunisme yang pernah menghuru-harakan negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini. Formasi parti ini bermula pada 19 September 1965 apabila satu mesyuarat tertinggi diadakan oleh Liga Liberasi Sarawak (Sarawak Leberation League) di Pontianak, Kalimantan Utara. Mesyuarat ini

diketui oleh Wen Min Chuen dan dihadiri oleh 10 orang senior kader Liga Liberasi Sarawak bagi memberi pendapat masing-masing mengenai pengubahan nama baru dari Liga Liberasi Sarawak kepada parti komunis telahpun dibincangkan dalam mesyuarat ini. Alasannya

adalah untuk memperkembangkan status parti komunis ini dengan tujuan untuk mengetuai revolusi komunisme secara tempatan serta mendapatkan pengiktirafan antarabangsa seperti yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Indonesia dan Parti Komunis Malaya sebelum ini.

Resolusi mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memilih Parti Komunis Sarawak sebagai nama untuk parti baru tersebut. Di samping itu, Wen Min Chuen juga dicalonkan sebagai ketua keseluruhan bagi Parti Komunis Kalimantan Utara dan melantik Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui untuk membuat draf bagi perlembangaan parti tersebut untuk digunakan dalam mesyuarat seterusnya. Namun begitu, mesyuarat seterusnya ini tidak pernah berjaya untuk dilaksanakan apabila ketua mereka, Wen Min Chuen, melarikan diri ke Negara China dan tidak pernah balik semula ke Sarawak. Ini menyebabkan Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui terpaksa menanggung segala kerja yang berkaitan dengan penubuhan unitunit komunis bersenjata tanpa mengambil kira situasi yang huru-hara pada ketika itu.

Pada 1 Mei 1968, dua orang ahli Liga Liberasi Sarawak yang menghadiri mesyuarat di Pontianak iaitu Yap Chuan Haw dan Yang Chu chung mengumumkan penubuhan Parti Komunis Sarawak (Sarawak Communist Party) di Songkong yang terletak di sempadan

Sarawak-Kalimantan.1 Pengumuman ini dibuat bagi meningkatkan semangat penyokongpenyokong anti kerajaan mereka walaupun menerima serangan yang bertubi-tubi daripada Tentera Nasionalis Indonesia (TNI)

Lim Ko Kui membuat pengumuman mengenai formasi penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) pada 5 Ogos 1969 di Pusat Pengarahan Teluk Sabang, Nonok (sekarang dikenali sebagai Asajaya, Kuching, Sarawak) di Bahagian Pertama. Tetapi beliau tidak membuat sebarang komen mengenai tarikh penubuhan yang sebenar disebabkan tarikh tersebut perlu dibincangkan dengan ketua Parti Komunis Kalimantan Utara iaitu Wen Min Chuen dan orang kanannya, Bong Kee Chok. Di samping itu, Lim turut mengumumkan penubuhan Biro Politik Parti Komunis Kalimantan Utara yang pertama bagi menyelaraskan segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli komunis di Bahagian Pertama (Bahagian Barat).

Setahun selepas itu iaitu pada 30 Mac 1970, orang kanan Wen Min Chuen, Bong Kee Chok, mengumumkan penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara di sempadan Sarawak-Kalimantan. Sebuah manifesto dan carta perlembagaan mengenai penubuhan Bong Kee Chok turut

parti tersebut telahpun dikeluarkan dan pada masa yang sama.

menjadi Setisausaha Biro Timur (Eastem Bureau) bagi Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP). 19 September 1971 menyaksikan kedua-dua orang kuat Parti Komunis Kalimantan Utara, Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui akhirnya bersetuju untuk mengeluarkan penjelasan bersama mengenai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara setelah mengeluarkan beberapa siri perbezaan di antara mereka berdua dan setelah bersemuka pada Mei 1970.

_____________________
1 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm14.

Dalam penjelasan bersama di antara Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui, kedua-duanya akhirnya bersetuju untuk menjadikan 19 September 1971 sebagai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara dan Biro Timur (Eastem Bureau) dan akan dikenali sebagai Biro Kedua Bagi Biro Politik Pusat Parti Komunis Kalimantan Utara. Akhirnya, pada tarikh 19 September 1974, sebuah publikasi daripada Biro Kedua iaitu Red Star No. 7 mengeluarkan penjelasan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kalimantan Utara yang bertarikh 19 September 1974 bahawa pengerusi parti tersebut telahpun meletakkan tarikh 19 September 1965 sebagai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara. Pengumuman ini turut disiarkan oleh pihak Radio Suara Revolusi Malaya sekitar September 1980-an.2

Gambar 1: Bong Kee Chok, Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) Perlembagaan Parti Dalam perlembagaan parti ini, terdapat tiga set perlembagaan Parti Komunis Kalimantan Utara yang berbeza-beza. Set yang pertama bertarikh Ogos 1969 dengan 33 artikel ini ditemui di Sungai Sipan, Song. Sumber set perlembagaan ini adalah tidak

diketahui tetapi dipercayai hanya sebagai sekadar draf yang disalin semula daripada salinan asal yang berasal daripada Biro Pertama berdasarkan fakta mengenai tarikh dokumen (Ogos 1969) yang berkait rapat dengan masa apabila Lim Ho Kui mengumumkan penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara pada 5 Ogos 1969. _____________________
2 Lawrence Lim Eng Leong, My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle Carried Out By The So Called Peoples Army, The PARAKU. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 8.

Set perlembagaan kedua dengan 12 artikel dikeluarkan oleh Bong Kee Chok apabila beliau mengumumkan tarikh penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara pada 30 Mac 1970 dan set perlembagaan ini telahpun dipersetujui oleh Lim Ho Kui dan bersama dengan manifesto parti yang dikeluarkan, set ini kemudiannya disiarkan pada Clarlon No. 3 yang berasal daripada Biro Pertama dan Morning Sun No. 4 dari Biro Kedua.

Set ketiga yang telah diperbaharui yang mengandung 27 artikel kemudiannya disiarkan pada Red Star No. 7 dari Biro Kedua bertarikh Mac 1980 dan ditemui pada tahun 1982. Set perlembagaan ini disiarkan bersama dengan satu penjelasan daripada

Jawatankuasa Zon Tengah Parti Komunis Kalimantan Utara yang bertarikh 19 September 1974 yang mengatakan bahawa penjelasan tersebut adalah berasal daripada ketua mereka iaitu Wen Min Chuen.

Sayap Bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara (Militan) Hasil daripada mesyuarat di Pontianak, Kalimantan pada September 1965, pasukan Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) telah bercadang untuk menubuhkan pasukan bersenjata mereka tersendiri. Di bahagian barat ataupun Westem Region, Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) telahpun ditubuhkan seawal pada tarikh 30 Mac 1964 di Asuan Sang. Kumpulan pertama PGRS ditubuhkan pada Disember 1965 di kawasan sempadan yang menghadap Serian, Sarawak. PGRS Kumpulan II (PGRS II) pula ditubuhkan pada akhir 1965 di sempadan yang menghadap Lundu.3 Namun begitu, PGRS II menghadapi serangan yang teruk daripada pihak Tentera Nasinalis Indonesia (TNI) pada April 1968. Namun sebelum tertubuhnya PGRS 1 dan PGRS II, Pasukan Gerila Rakyat Sarawak Kumpulan III sudahpun ditubuhkann pada November 1965 di Songkong, Kalimantan Utara. PGRS III merupakan pangkalan utama kepada pasukan gerila PGRS 1 dan II. Namun begitu PGRS III menghadapi nasih yang agak teruk apabila berjaya ditumpaskan oleh pihak _____________________
3 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm26.

TNI pada akhir tahun 1968 setelah Lim Ho Kui memutuskan hubungan dan meninggalkan kumpulan ini pada awal tahun 1967. Setelah itu, Lim Ho Kui pun menubuhkan pasukannya yang sendiri iaitu Pasukan Gunung Bara ataupun dikenali sebagai Gunong Bara Force pada pertenghan tahun 1967.

Di bahagian timur pula (Eastem Region), satu unit gerakan bersenjata telahpun ditubuhkan bagi menyokong gerakan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak di Bahagian barat. Unit ini menjadi teras kepada keganasan komunisme di Sarawak yang dinamakan sebagai Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau lebih sinonim lagi dengan gelaran PARAKU . PARAKU III ditubuhkan pada 26 Oktober 1965 di Nanga Kelajan di sempadan SarawakKalimantan. Pasukan ini membuat penyusupan kembali ke Sarawak pada tahun 1968 dan 1969 setelah Bong Kee Chok meninggalkan Bahagian Pertama dan menubuhkan PARAKU Armed Work Forces (AWF) di mana pasukan ini menyerap dan mebubuhkan Gerakan bersenjata Min Yuen di sekitar perairan Sungai Rejang, Sarawak. Pada 13 Disember 1965, PARAKU II pula yang ditubuhkan. Penubuhan ini tertempat di Nanga Kangu.4 PARAKU II dikatakan mempunyai kekuatan tempur yang ramai apabila pasukan ini menubuhkan cawangan kedua iaitu Batang Lupar Armed Work Forces (AWF) tetapi menghadapi kekalahan yang teruk pada masa itu. Setelah itu, PARAKU II menubuhkan pula Unit

Tempur 330 dan Unit Tempur 1026. Malangnya, Unit Tempur 330 telahpun dilumpuhkan dengan sepenuhnya pada pertengahan tahun 1972 sementara Unit Tempur 1026 bersamasama dengan Bong Kee Chok beredar untuk bergabung di Bahagian Pertama. PARAKU I ditubuhkan lewat pada 19 April 1969 di Senanang dan dinamakan Unit Tempur 117 bersempena dengan nama komander kumpulan ini.5 PARAKU I bergabung dengan Infantri Pengawal Pertama (1st Guard). Unit ini terhapus semasa Operasi Sri Aman dijalankan pada tahun 1973. _____________________
4 Vernon L. Porritt, The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 87. 5 Ibid., Hlm 114.

Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) Ke Kancah Keganasan Persatuan Komunis Sarawak (PKS)6 yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan pertubuhan yang disokong oleh Parti Komunis Indonesia. Pertubuhan ini turut menjadi

nukleus pertama untuk mengancam kedaulatan negeri Sarawak apabila kader-kader dari Parti Komunis Sarawak (Sarawak Communist Party) dibekalkan dengan pelbagai senjata api seperti L4A2 Bren Gun, Senapang 303 Lee-Enfield, Sterling 9mm mesin gan kecil dan pelbagai lagi.7 Mereka turut diberikan latihan ketenteraan yang mencukupi daripada Parti Komunis Indonesia bagi memantapkan taktik-taktik perang mereka di dalam hutan (jungle warfare). Kesemua perancangan dan persediaan awal mengenai taktik-taktik dan seranganserangan yang bakal dilakukan dirancang secara begitu terperinci dan intensif di Kalimantan dengan tahap kerahsiaan yang tinggi.

Disember 1962 menyaksikan pemberontakan yang berlaku di Brunei dan diikuti pula dengan Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Kedua-dua konflik ini sebenarnya telah menanam sentiment komunisme dalam kalangan belia berbangsa Cina. Disebabkan oleh keadaan yang buru-hara ini, Parti Komunis Sarawak telahpun disediakan dengan satu peluang keemasan untuk merampas tampok pemerintahan di Sarawak. Dengan bermulanya

peristiwa ini, titik pemberontakan bersenjata sebagai objektif utama Parti Komunis Sarawak pun bermula. Pemimpin-peminpin Parti Komunis Sarawak berpendapat bahawa keadaan pada masa peperangan adalah sesuai bagi memantapkan kekuatan militer mereka bagi membangkitkan penentangan secara bersenjata.

Tamatnya Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tampoh yang lebih awal dan pengembalian pemulihan hubungan serantau antara Malaysia-Indonesia sekali lagi menghampakan harapan Parti Komunis Sarawak untuk mendapatkan jalan singkat ke arah _____________________
6 Perti Komunis Sarawak merupakan cabang utama Parti Komunis Kalimantan Utara di Sarawak pada hubung 1960an dan awal 1970an. 7 Encik Lawrence Lim Eng Liong, orang sumber untuk kajian ini.

pengambilalihan tampok pemerintahan Sarawak. Kedua-dua faktor persekitaran dan faktor politik ini tidak lagi menyebelahi mereka. Lantaran itu, gerakan bersenjata PARAKU dan PGRS yang merupakan tulang belakang Parti Komunis Kalimantan utara ini terpaksa berundur dari pangkalan mereka di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan ke kawasan yang lebih hulu atau jauh ke pendalaman hutan Kalimantan.

Pembaharuan terhadap polisi perlu dilakukan oleh Parti Komunis Sarawak bagi menghadapi keadaan yang baru ini. Perkara ini telah didedahkan dalam suatu dokumen yang bertarikh Disember 1967 yang membuat satu analisa mengenai faktor-faktor perlunya pembaharuan rancangan penentangan bersenjata Parti Komunis Sarawak adalah seperti berikut:

Memandangkan situasi politik yang tidak stabil di Indonesi, pertubuhan ini dengan segera perlu mengundurkan rakan seperjuangan mereka ke kawasan sempadan dalam dua kumpulan iaitu satu di Barat (Westem Region) dan satu kumpulan pula akan ke arah Timur (Eastem Region).8

Usaha-usaha yang giat telah dilakukan oleh pasukan bersenjata PARAKU dan PGRS bagi membangunkan pangkalan hutan (jungle base) yang berkekalan di hutan Kalimantan bagi membekalkan barangan logistik yang mencukupi. Namun begitu, tindakan atau tekanan secara berterusan yang dimainkan oleh Pasukan Keselamatan dari Sarawak Rangers, Bonder Scouts, dan Pasukan Polis Hutan telah berjaya memberikan titik noktah kepada pangkalan-pangkalan mereka. Ini menyebabkan Parti Komunis Sarawak sekali lagi memperbaharui strategi pemberontakan secara bersenjata.

_____________________
8 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm56.

10

Garis panduan yang baru diterbitkan pada tahun 1969 telah menunjukkan satu langkah terperinci bagi mengawal pelaksanaan kegiatan-kegiatan masa hadapan Parti Komunis Sarawak. Melalui garis panduan ini, adalah jelas bahawa Parti Komunis Sarawak perlu memikirkan secara mendalam mengenai hal pengembalian bersenjata ke Bumi Kenyalang lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan situasi yang kurang mengizinkan yang sedang dihadapi oleh pasukan pejuang gerila Parti Komunis Sarawak di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan.

Kembalinya Pengganas Komunis Ke Bumi Kenyalang Dalam melaksanakan polisi pemberontakan bersenjata baru, elemen keganasan yang baru dan maju yang dikenali sebagai Armed Work Forces telahpun dihantar kembali ke Sarawak bagi menyediakan jalan untuk kumpulan-kumpulan militan komunis kembali. Kumpulan-kumpulan militan yang kembali ke Sarawak ini dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu ke Bahagian Pertama, Bahagian Kedua dan Bahagian Ketiga di Sarawak.

Strategi Perjuangan Parti Komunis Sarawak, Cabang Parti Komunis Kalimantan Utara i) Penubuhan pengkalan-pangkalan (jungle base) Tanggungjawab utama bagi kumpulan-kumpulan militan yang kembali ke Sarawak ini adalah untuk menubuhkan pangkalan gerila secara kekal di Sarawak. Pangkalan ini

diadakan bagi memudahkan pelancaran pemberontakan seara bersenjata, sebagaimana yang dijelaskan dalam garis panduan mereka. Bagi melaksanakan objektif ini, pihak Parti Komunis Sarawak Memilih kawasan-kawasan yang mempunyai darjah ketersampaian yang rendah dan lebih selamat di mana kawasan sebegini mempunyai potensi yang minima untuk dikesan oleh pasukan keselamatan khususnya unit Cawangan Khas (Special Branch) yang mempunyai perisik-perisik yang terlatih. Selain itu, sokongan daripada penduduk tempatan (civilians support) turut lebih senang untuk di dapati melalui kaedah kekerasan.

11

Kurangnya hubungan pihak kerajaan dengan kawasan-kawasan tersebut telah digunakan sepenuhnya oleh pihak Parti Komunis Sarawak untuk mencapai matlamat organisasi mereka. Antara contoh yang paling ketara ialah penyusupan yang dilakukan oleh kumpulan PGRS ke dalam kawasan tersisih Nonok9 di Bahagian Pertama. Pihak

pengganas berjaya menubuhkan pangkalan kekal tanpa diketahui di kawasan tersebut dan kemudian menguasai penduduk tempatan dengan propaganda mereka. Namun begitu,

pangkalan ini akhirnya berjaya dikesani oleh pihak Pasukan Keselamatan (Security Forces) dan dimusnahkan. Akibat daripada ini, pengaruh komunis mula berkurangan apabila

operasi Jala Raja dilancarkan pada Februari 1970.

Walau bagaimanapun, kewujudan pangkalan-pangkalan gerila umpama cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan yang lebih maju turut diperlukan untuk melaksanakan rancangan revolusi bersenjata kumpulan Parti Komunis Sarawak akan tetapi sokongan daripada orang awam sukar untuk diperolehi disebabkan adanya pihak Kerajaan di kawasan sebegini. Bagi mengatasinya, Parti Komunis Sarawak telah melakukan beberapa siri

kempen keganasan (terrosism campaign) terhadap orang awam bagi mencapai kadar sokongan yang diperlukan oleh mereka sekaligus memutuskan segala kerajasama awam dengan pihak Kerajaan.

ii) Kempen Keganasan Parti Komunis Sarawak yang merupakan cabang daripada Parti Komunis Kalimantan Utara mencatatkan sejarah apabila mereka melakukan pembunuhan secara kejam dan tidak berperi kemanusiaan pada tahun 1967. dilaporkan di daerah Sarikei.10 Dua kes pembunuhan warga berbangsa Cina

Pembunuhan ini menandakan permulaan bagi perilaku

keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis (Communist Terrorist) di sepanjang _____________________
9 Sekarang dikebnali Asajaya. 10

Mahmud E. sejarah Pergerakan Komunisme Di Sarawak, Simposium Sejarah Sarawak Nasionalisme Globalisme, Anjuran Persatuan

Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, 2000. Hlm 17.

12

perairan Sungai Rajang di mana angka ini melonjak kepada tahap kemuncaknya dari tahun 1970 sehingga ke 1972. Individu yang disyaki membantu pihak berkuasa khusunya di

kawasan luar bandar telah dibunuh tanpa sebarang belas kasihan. Keselamatan anggota polis khususnya pihak Special Branch juga terancam apabila Parti Komunis Sarawak menjadikan golongan ini sebagai sasaran. Tidak terlepas juga bagi warga Iban yang

berkhidmat dalam Pasukan Keselamatan seperti Border Scouts yang turut dibunuh atas tujuan yang sama. Pembunuhan dan kegiatan sabotaj ke atas balai polis, kediaman penduduk awam dan kem-kem tentera dan sebagainya kerap berlaku sehingga sesetengah orang mempercayai bahawa pihak komunis sebenarnya telah berjaya menewaskan kerajaan.

Majoriti yang menjadi mangsa kepada pembunuhan ini adalah penduduk yang tidak bersalah dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh RASCOM menunjukkan sebanyak 50 orang anggota pasukan keselamatan terbunuh (Terbunuh Semasa Pertempuran/KIA) dan 69 orang lagi tercedera (Tercedera Semasa Pertempauran/WIA) sepanjang tempoh memerangi keganasan komunis yang berlaku antara tahun 1970 sehingga 1972.11 Pertempuran yang tercetus kebanyakannya berlaku di

Bahagian Ketiga, iaitu Daerah Sibu dan Daerah Sarikei. Gugurnya perajurit-perajurit ini adalah hasil daripada taktik serangan hendap (sneaking attack) oleh tentera kominis PARAKU. Sepanjang tempoh tiga tahun dari 1970 sehingga ke tahun 1972. RASCOM telah mencatatkan sebanyak 181 serang hendap yang dilakukan oleh PARAKU terhadap pasukan keselamatan Sarawak.

_____________________
11 Encik Lawrence Lim Eng Liong, orang sumber untuk kajian ini.

13

RASCOM:

Statistik Tahunan Angka Korban Pembunuhan Warga Awam oleh Pihak Pengganas Komunis dari Tahun 1967 sehingga 1970

Tahun 1967 1968 1969 1970 1971 1972 Jumlah

Warga Berbangsa Cina 2 1 8 17 13 41

Warga Berbangsa Iban dan Lain-lain 3 1 9 6 19

Jumlah 2 1 3 9 26 19 60

RASCOM:

Statistik Angka Korban Pasukan Keselamatan Dan Polis (Termasuk Bonder Scouts) oleh Pengganas Komunis dari Tahun 1970 sehingga 1972

Tahun

Pasukan Keselamatan KIA WIA 11 17 4 32 KIA 17 7 2 26

Polis WIA 14 10 13 37

Jumlah KIA 21 21 8 50 WIA 25 27 17 69

1970 1971 1972 Jumlah

4 14 4 24

KIA KILLED IN ACTION (Terbunuh Semasa Pertempuran) WIA WOUNDED IN ANTION (Tercedera Semasa Pertempuran) Rekod RASCOM turut mencatatkan sebanyak 30 insiden cubaan untuk meletupkan balai polis serta tempat kediaman pegawai polis di Kanowit, Sibu dan Sarikei. 12 Antara insiden yang tidak akan dilupakan adalah serangan ke atas kediaman pegawai polis yang _____________________
12 Lawrence Lim Eng Leong, My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle Carried Out By The So Called Peoples Army, The PARAKU. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 27.

14

didiami oleh Inspektor Louis Chin dan sekeluarga pada 16 Julai 1970 di Kanowit. Pada 16 Julai 1970 jam 1.30 pagi, dua bom jangka time bomb buatan sendiri dan bahan mudah terbakar diletakkan terus oleh pengganas komunis di bawah bilik tidur kediaman Inspektor Louis Chin di halaman Balai Polis Kanowit dalam cubaan untuk membunuh pegawai Cawangan Khas (Speacial Branch) itu dan keluarganya. Apabila bom tersebut meletup, pengganas komunis turut melepaskan tembakan ke arah balai polis tersebut. Letupan

tersebut mencederakan pegawai Cawangan Khas itu dan turut mencederakan seorang konstable yang berdekatan.13

Kes pertama berlaku di Sibu pada 26 September 1969 di Balai Polis Sentral, Sibu di mana sebuah bom jangka yang sarat dengan bahan letupan meletup berdekatan dengan pintu pagar balai polis tersebut. Antara tahun 1970 dan 1972, sebanyak 16 kes sebegini dicatatkan termasuk pos kawalan Border Scout pada masa itu Serangan terhadap markas tentera yang pertama berlaku pada 20 Februari 1970 apabila sebutir bom meletup berdekatan dengan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekarang menjadi tapak Rejimen 510 (Askar Watanian) di Sibu. Sebanyak 20 kes dicatatkan dengan 14 kes daripadanya berlaku di antara tahun 1970 dan 1972.14

May Brian, seorang jurnalis, membuat catatan dalam bukunya yang mengatakan bahawa 500 orang terbunuh dan sebanyak 1,860 pengganas komunis ditawan oleh pasukan keselamatan.15

_____________________
13 Ibid., Hlm 32. 14 Ibid., Hlm 35. 15 Ibid., Hlm 37.

15

Rekod Pertempuran yang Ditempur oleh pengganas Komunis PARAKU pada 1970 i) Pada April 1970, Unit Tempur 330 PARAKU yang berada di Batu Lintang, Kuching dan Bahagian Kedua (Sri Aman) membuat serangan hendap ke atas Pasukan Keselamatan Malaysia. Seorang perajurit tentera telah gugur dan seorang lagi

tercedera. Anggota PARAKU turut merampas selaras raifal tempur automatik L1A1 Self Loading Rifle (SLR) 7.62mm dan selaras Stengun.16

ii) Pada 19 Julai 1970, anggota PARAKU melakukan serangan hendap ke atas pihak Tentera Nasinalis Indonesia (TNI) di Badau, Indonesia dan menyebabkan terbunuhnya dua anggotaTNI dan merampas selaras Thompson SMG serta selaras raifal tempur M1 Garand.17

iii) 7 September 1970, pangkalan kem PARAKU di Batu Beti, Indonesia telah diserang oleh anggota TNI. Anggota PARAKU mendirikan benteng pertahanan dan

kemudiannya, berbalas tembakan sehingga menyebabkan seorang anggota PARAKU yang bernama Pei Lum tercedera dan pengunduran TNI dari lokasi. Elemen komando angkatan darat TNI (KOPASSUS) dipercayai digunakan bagi melumpuhkan anggota PARAKU di kawasan ini.

iv) Pada 11 September 1970, tiga orang angngota PARAKU telah diserang hendap oleh TNI di Seriang, Indonesia dan menyebabkan Yuet Lum dan Chung Kok Keong, anggota PARAKU terbunuh sementara seorang dariapda mereka, Hoe Peng, dilaporkan hilang.

v) Pada 11 Oktober 1970, Unit Tempur 330 PARAKU melancarkan serangan balas terhadap anggota TNI di Lanjak, Indonesia. Pertempuran ini menyebabkan 7 orang _____________________
16 Encik Lawrence Lim Eng Liong, orang sumber untuk kajian ini. . 17 Ibid.

16

anggota TNI terbunuh dan mencederakan seorang pengganas komunis. Senjata milik anggota TNI iaitu empat laras raifal tempur M1 Garand, dua Thompson SMG dan dua pucuk pisto turut dirampas.18

vi) 4 Disember 1970, tiga ahli PARAKU telah diserang hendap sekali lagi oleh pihak TNI dengan kedua-dua pihak berbalas tembakan. dicederakan dalam pertempuran ini. Seorang anggota TNI berjaya

vii) Lima hari selepas itu, iaitu pada 9 Disember 1970, Unit Tempur 330 PARAKU melakukan satu serangan terhadap TNI di Nanga Kantuk dan menyebabkan tujuh annggota TNI gugur dan pihak PARAKU turut merampas dua laras Thompson SMG, sepucuk pistol dan tiga laras raifal tempur M1 Garand.19

iii) Penggunaan Jerangkap Samar (Periuk Api) Kegagalan yang dihadapi oleh Parti Komunis Sarawak dalam mengecapi matlamat mereka telah menyebabkan strategi perjuangan mereka untuk beralih-arah kepada penggunaan periuk api (anti personnel mine) dan bahan letupan yang serupa bagi meningkatkan semangat tenteranya di samping mendatangkan igauan ngeri kepada pihak Pasukan Keselamatan. Berhubung dengan cara pembuatan periuk api ini, pihak pengganas komunis akan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti paip besi yang telah dipotong malah ada juga yang menggunakan Tin Milo untuk dijadikan sebagai tapak atau bekas kepada ordnans ini. Kemudiannya, bahan mudah meletup akan dicampurkan ke dalam bekas tersebut. Bagi memaksimakan kuasa letupan, bahan-bahan seperti kaca dan paku juga akan diletakkan bersama ke dalam bekas tersebut. Bekas ini seterusnya ditutup

dengan padat dan dilengkapkan dengan sebatang rod besi yang bertindak sebagai pin _____________________
18 Ibid. 19 Ibid.

peletup jika ditarik. periuk api buatan pengganas komunis ini ada yang menyamai periuk api 17

model M16A1 Claymore Anti Personnel Mine yang sering digunakan oleh tentera Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps) pada ketika itu. Inspirasi penggunaan ini pula berasal daripada taktik semasa Perang Vietman iaitu tektik yang sering digunakan oleh Pengganas Vietcong untuk menbunuh anggota tentera Amerika Syarikat semasa melakukan operasi di dalam hutan (jungle operation).

Parti Komunis Sarawak ingin memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ordnans yang merbahaya ini untuk mencederakan pihak musuh mereka, khususnya di kawasan Daerah Sarikei. Periuk api boleh ditanam di mana-mana sahaja sama ada di dalam lumpur atau sebagainya semasa melakukan serangan hendap terhadap pihak musuh atau melakukan serangan dengan menggunakan taktik yang dikenali sebagai sparrow.20

Gambar 2: Gambar rajah menunjukkan model periuk ap M16A1 Anti Personnel Mine degan pin peletup (fluse) yang sering digunakan oleh Marin Amerika Syarikat semasa Peperangan Vietnam

iv) Tertubuhnya Gerakan Min Yuen (Gerakan Rakyat) Min Yuen merupakan satu lagi taktik yang digunakan oleh Parti Komunis Sarawak untuk mendapat sokongan massa (khususnya yang berada di kawasan pinggir hutan dan luar bandar) dari segi maklumat, logistik, bekalan makanan, senjata api dan keanggotaan. _____________________
20 Mohd. Daud bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism In Sarawak Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 74.

18

Pada amnya, ahli Gerakan Min Yuen bekerja sebagai guru, kerani dan sebagainya malahan penjawat awam tetapi di sebaliknya, mereka menjadi duri dalam daging bagi masyarakat dengan bekerjasama dengan Parti Komunis Sarawak seperti dengan menjadi perisik dan pengacau. Parti Komunis Sarawak ini mempunyai pengalaman yang amat cetek dalam penggunaan elemen pengganas untuk mendapatkan sokongan massa. Penubuhan dan matlamat Armed Work Forces (AWF) dalam melaksanakan kerja Min Yuen adalah berlandaskan model Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu.21 Tanggungjawab AWF adalah untuk mendapatkan sokongan penduduk setempat bagi menentang pihak Kerajaan.

Mereka mempunyai penguasaan ke atas penduduk tempatan dengan propaganda mereka iaitu penggunaan sistem berbentuk komunisme di bawah suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawatankuasa kampung. Akibat daripada gesaan daripada pihak Parti Komunis Sarawak, ramai penduduk kampung di kawasan tersebut telah menyertai Parti Komunis Sarawak dan mengikuti latihan ketenteraan dan indoktrinasi ideologi komunisme di pangkalan.

Penubuhan Lembaga Kmapung oleh Parti Komunis Sarawak adalah bertujuan untuk mengawasi kampung-kampung yang ada. Di antara 10 orang ahli kumpulan massa, hanya seorang wakil akan dilantik bagi menghadiri mesyuarat wakil. Melalui Mesyuarat inilah,

jawatankuasa kampung akan dibentuk. Tugas mereka adalah mudah iaitu mereka perlu menyusun aturkan massa. Dengan ini, jawatankuasa kampung akan berubah kepada rejim merah terbuka (open red regime).22

_____________________
21 Mahmud E. Sejarah Pergerakan Komunisme Di Sarawak, Simposium Sejarah Sarawak Nasionalisme Globalisme, Anjuran Persatuan

Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, 2000. Hlm 33. 22 Grabriel Tan. Indonesia Confrontation And Sarawak Communist Insurgency 1963-1966, Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2008. Hlm 128.

19

Dalam petikan yang diambil daripada sebuah dokumen yang dirampas semasa Ops Jala Raja, tugas Lembaga Kampung sejajar dengan objektif Parti Komunis Sarawak turut ditunjukkan seperti yang berikut: Giat menjalankan aktiviti Hsueh Hsih atau lebih dikenali sebagai Indoktrinasi Komunis demi meningkatkan kesedaran politik dalam kalangna massa.23 Kerja kesejahteraan dipromosikan secara berterusan Penganjuran projek tenaga kerja yang bersifat kolektif bagi membantu

menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak massa. Membuat kajian mengenai keadaan atau situasi di kampung, merumuskan pelan kerja dan pengagihan kerja di samping melaksanakan mesyuarat wakil jawatankuasa kampung bagi melicinkan kerja-kerja revolusi di kampung-kampung. Penyediaan kemudahan prasarana seperti sekolah bagi anak petani dan aktivitiaktiviti rekreasi bagi menghiburkan kehidupan kampung turut dilakukan. Bantuan perubatan diutamakan khususnya kepada keluarga yang miskin bagi memastikan populasi sifar penyatit (zero diseases population) juga amat penting.

Dokumen ini turut menyebut mengenai sesetangah kawasan di Nonok iaitu kawasan yang tersisih yang mempunyai lebih daripada 1000 keluarga di mana mereka telah tertakluk di bawah penguasaan pengganas Parti Komunis Sarawak (SCO/SCP) melalui sistem jawatankuasa. Kejayaan sistem ini melaui kebolehan Parti Komunis Sarawak untuk

melibatkan penduduk tempatan dalam pelbagai aktiviti komunis tidak dapat dinafikan. Ini dapat menjadi realiti disebabkan penyisihan penduduk di kawasan tersebut daripada perlindungan kerajaan dan dipercayai masyarakat Iban yang menetap di situ turut hidup dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk kerana mereka adalah sasaran utama bagi Parti Komunis Sarawak. _____________________
23 Ibid., Hlm 147.

20

v) Perolehan Sokongan Massa (Support Of The Masses) Pergerakan Komunis Bawah Tanah Pergerakan komunis bawah tanah pada mulanya mempunyai dua peringkat yakni untuk membina sokongan massa dalam negeri yang diperlukan bagi melaksanakan penentangan bersenjata (armed rebellion) dan merekrut ahli baru, menyediakan dana kewangan dan penyediaan bekalan bagi membantu perkembangan pasukan bersenjata Parti Komunis Sarawak. Pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Penggerak Pemuda

Sarawak (Sarawak Advanced Youths Associatio/SAYA), Persatuan Pemuda Sarawak (SFA) dan Liga Lebierasi Kebangsaan Kalimantan Utara (NKNLL) telah menerima arahan untuk menggerakkan sumber mereka ke arah kesedaran objektif-objektif ini.24

Kepada pihak Parti Komunis Sarawak, pengukuhan hubungan yang rapat dengan massa ialah penugasan yang penting bagi memulakan revolusi bersenjata mereka. Hanya melalui sokongan massa, Parti Komunis Sarawak akan dapat mendirikan pangkalan serta memulakan revolusi bersenjata mereka.

Penduduk Peribumi Menyokong Parti Komunis Sarawak Pengakuan Parti Komunis Sarawak mengenai jika tiadanya sokongan daripada masyarakat peribumi, revolusi tidak akan berjaya adalah benar. Namun begitu, Parti

Komunis Sarawak berhadapan dengan maslahat utama dalam mendapatkan sokongan daripada golongan ini iaitu sifat kecinaan yang ditunjukkan oleh parti sendiri. Faktor-faktor lain turut menghalang Parti Komunis Sarawak dalam menjayakan sokongan mereka dengan para peribumi ialah jurang antara kaum iaitu halangan dalam berbahasa, kemunduran penduduk peribumi Sarawak dan kurangnya kader komunis dalam kerja perhubungan dengan golongan ini. _____________________
24 Mahmud E. Sejarah Pergerakan Komunisme Di Sarawak, Simposium Sejarah Sarawak Nasionalisme Globalisme, Anjuran Persatuan

Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, 2000. Hlm 48.

21

Parti Komunis Sarawak turut memantapkan kajian mengenai bahasa peribumi Sarawak dan penglibatan golongan ini dalam revolusi penentangan bersenjata dengan satu harapan iaitu menyatukan peribumi dengan bangsa yang lain. Kejayaan yang sedikit dapat diperoleh oleh Parti Komunis Sarawak hasil daripada subversi penduduk peribumi ini, terutamanya dalam bidang perubatan yang dioperasikan oleh kader telahpun menyumbang secara nyata kepada keyayaan mereka.

Sehingga kini, bukti yang paling nyata yang dicapai oleh Parti Komunis Sarawak dalam kalangan masyarakat peribumi ialah bilangan ahli rekrut peribumi yang ketara dalam jawatan-jawatan yang dianggap penting dalam parti. Hal ini terbukti benar apabila

kumpulan-kumpulan pengganas komunis (Communist Terrorist) dijumpai di tempat-tempat yang tertentu yang juga mempunyai bilangan ahli peribumi dalam kalangan mereka. Kebanyakan daripada mereka mengakui bahawa mereka sebenarnya telah diperdaya dengan janji-janji kosong untuk menyertai Parti Komunis Sarawak secara aktif.25

Langkah-langkah Untuk Melawan Keganasan Komunis di Sarawak i) OPS NGAYAU (Operasi Ngayau) Apabila aktiviti pengganas gerila komunis semakin menjadi-jadi di peraian Sungai Rajang, pihak kerajaan bertekad untuk menghapuskan kesemua pengganas gerila ini dan para penyokong mereka daripada kawasan tersebut melalui satu operasi besar-besaran yang melibatkan pihak awam, polis dan tentera iaitu operasi yang digelar sebagai OPS NGAYAU. Operasi ini dilancarkan pada 8 Ogos 1971.26

OPS NGAYAU merupakan satu-satunya operasi yang paling agresif yang pernah dilancarkan oleh pihak kerajaan terhadap pengganas komunis di sekitar Sarawak untuk _____________________
25 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 81.

26 Vernon L. Porritt, The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 163-166.

22

melawan insurgensi ini.

Setelah empat bulan OPS NGAYAU dilancarkan, 15 orang

pengganas komunis telahpun dibunuh oleh Pasukan Keselamatan, 10 ditangkap dan 9 lagi orang dicederakan. Selain itu, sebanyak 239 orang penyokong pengganas komunis turut diberkas. Kejayaan yang terbesar adalah rampasan sebilangan senjata kecil yang

merangkumi pelbagai model seperti karbin tempur M16A1, Stengun, Sterling 9mm mesingan kecil, motar 60mm dan banyak lagi. Senjata-senjata inilah yang merupakan bahan

pemusnah yang paling berharga bagi mereka.

OPS NGAYAU juga merupakan peperangan melawan insurgensi (Copunter Insurgency Warfare ) yang paling lama pernah dijalankan dan turut menjadi operasi yang digeruni oleh pihak pengganas komunis. Operasi ini dijalankan mengikut beberapa siri yang melibatkan Batalion ke-14, ke-15 dan ke-17 Pasukan Polis Hutan (sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGS) Polis Diraja Malaysia), elemen Batalion ke-8, Rejimen Renjer Diraja dan diikuti pula dengan elemen Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Platun Risik Gempur RAMD atau Unit Combat Intelligence Squad turut diaturgerakkan bagi menjalankan rondaan bagi mendapat maklumat mengenai pengganas komunis. Semasa siri-siri operasi ini dijalankan, elemen pasukan khas (Special Force) Komando Angkatan Tentera Darat Malaysia (kini 21 Gerup Gerak Khas atau Rejimen Gerak Khas) 27 dan unit elit pasukan penggempur separa tentera 69 Komando (PDRM) turut dipercayai digunakan untuk tujuan-tujuan operasi khas seperti mengadakan skuadron bagi mencari, melapor, mengharu dan menghancurkan musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila anti-pengganas komunis. Elemen 21 Gerup Gerak Khas dan 69 Komando juga melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melaui kawasan perairan seperti laut dan paya, darat dan udara di dalam kawasan yang dikuasai oleh pengganas komunis dan juga untuk mendapatkan maklumat. Peperangan konvensional (conventional warfare) iaitu peperangan di kawasan terbuka dan taktik _____________________
27 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 92.

23

tembakan dua das (double tap) yang diajar oleh pasukan khas tentera British khususnya oleh Special Air Service (SAS) dan Komando Marin Diraja British (British Royak Marines Commando) pada ketika itu benar-benar mengubah taktik peperangan yang digunakan oleh Pasukan Bersenjata. Taktik ini merupakan taktik yang masih digunapakai oleh angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke masa kini.28

Gambar 3: Pasukan Polis Hutan berada di Tanjung Kunyit, Sarawak. semasa OPS NGAYAU sedang dijalankan

gambar diambil

Gambar 4: Pasukan Polis Hutan (PPH) menyeberangi Sungai Rajang semasa OPS NGAYAU. _____________________
28 Lawrence Lim Eng Leong, My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle Carried Out By The So Called Peoples Army, The PARAKU. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 62.

24

Antara siri-siri OPS NGAYAU adalah: - Operasi Ngayau Jerungkung - Operasi Ngayau Kanyalang - Operasi Ngayau Ngararau - Operasi Ngayau Langkau - Operasi Ngayau RASCOM - Operasi Ngayau Sibintek - Operasi Ngayau Ular (dilakukan di kawasan Sungai Sebang/sungai Lijan pada 28 September 1982 sehingga 11 Oktober 1982 yang menandakan berakhirnya OPS NGAYAU)29

OPS NGAYAU di dalam pelbagai cara sememangnya merupakan operasi yang berjaya tetapi sebaliknya operasi ini gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tindakan agresif pengganas komunis dan anggota AWF serta Unit Min Yuen PARAKU terus berkembang. Daripada operasi ini, pihak Parti Komunis Sawarak didapati masih tetap kekal di Bahagian Ketiga. Operasi-operasi yang dijalankan hanyalah sekadar mengesan

sebarang aktiviti yang dilakukan oleh parti Komunis Sarawak tetapi sel kekuatan parti komunis ini semakin megembang disebabkan terlalu ramai penyokong dan orang yang bersimpati dengan komunis yang masih belum dihapuskan. Hal ini menyebabkan pelbagai langkah drastik perlu diambil oleh pihak Kerajaan dan Pasukan Keselamatan bagi menangani ancaman penganas komunis dari pelbagai sudut dan ini juga merupakan langkah awal bagi penubuhan Rajang Area Security Command atau dikenali sebagai RASCOM.

_____________________
29 Vernon L. Porritt, The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 163-168.

25

ii) Penubuhan RASCOM Rejang Area Security Command atau singkatannya RASCOM merupakan rangkaian khusus bagi menjaga keselamatan di Bahagian Ketiga yang merangkumi Daerah Sibu, Daerah Sarikei dan Daerah Kapit.

RASCOM ditubuhkan di bawah naungan National Security Council Directive No. 4 seperti yang telah diumumkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia pada 25 Mac 1972. Penubuhan RASCOM adalah sebuah penubuhan yang diurus secara awam dan ketenteraan oleh Ketua Menteri Sarawak sebagai Pengarah Operasi Negeri (State Director Of Operation) di bawah nasihat Perdana Menteri.30 Tanggungjawab beliau turut dibantu oleh pegawai awam, polis dan pasukan keselamatan yang saling bekerjasama antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang sama dengan pantas dan berkesan. Seorang setiausaha dilantik bagi mengurus pengendalian dan penyelarasan operasi melawan pengganas komunis.

RASCOM telah melancarkan operasi ofensif yang diintegrasi dan dikoordinasikan secara terperinci terhadap kawasan-kawasan panas (hot spots) yang disasarkan di Bahagian Ketiga dan berjaya dalam mengawal keadaan tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Dengan menggunakan taktik Perang Saraf (Psychological Warfare/PSY OPS),

RASCOM telah berjaya meneutralkan 243 orang pengganas komunis ataupun sebanyak 37% daripada jumlah kekuatan mereka pada antara tahun 1972 dan 1973.31 Berkat usaha dan semangat Agi Idup Agi Ngelaban32 yang kental dalam diri anggota RASCOM, pasukan keselamatan telahpun berjaya menundukkan pengaruh komunis di bandar dan kampung secara berperingkat dengan memusnahkan rangkaian mereka. _____________________
30 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm 107.

31 Lawrence Lim Eng Leong, My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle Carried Out By The So Called Peoples Army, The PARAKU. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 74. 32 Dalam bahasa Iban bermaksud selagi hidup, selagi itu berjuang.

26

Tarikh 9 November 1994 menyaksikan pembubaran Rejang Area Security Command (RASCOM) yang telah berjaya menyempurnakan misinya dan mengembalikan keamanan (restore hope) di samping mengekalkan keselamatan orang awam serta memastikan jentera-jentera kerajaan bergerak dengan lancar.

Gambar 6: Kem RASCOM yang terletak di Bahagian 3, Sibu

iii) OPS JUDAS Pada Oktober 1973, Operasi Judas telah dilancarkan oleh RASCOM. Operasi ini benar-benar mengejutkan seluruh masyarakat dunia dan rakyat Sarawak bahawa betapa seriusnya usaha yang dimainkan oleh kerajaan dalam membanterakan pengganas komunis. Seramai 29 orang pemimpin masyarakat Cina ditangkap kerana menjadi penyokong dalam kegiatan subversif Parti Komunis Sarawak. Antaranya termasuklah pemimpin-pemimpin

utama Sarawak United Peoples Party (SUPP), ahli Dewan UndanganNegeri (DUN) Sarawak dan pengusaha-pengusaha kayu balak yang kaya.33 Ops Judas berjaya menyekat

_____________________
33 Sila rujuk kepada Lampiran 4 untuk mengetahui senarai tangkapan tersebut.

27

golongan Cina yang mempunyai status sosial yang tinggi terutamanya dalam bandar Sibu daripada menyokong aktiviti komunis.34

iv) Pujukan Pihak Kerajaan Dalam Menyeru Pihak Komunis Untuk Kembali Kepada Pangkuan Masyarakat Setelah beberapa langkah besar-besaran digerakkan bagi menangani kegiatan pengganas komunis oleh pihak kerajaan dan RASCOM, terdapat satu lagi langkah yang diyakini akan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada pihak pengganas komunis. langkah ini adalah untuk memujuk ketua-ketua PARAKU untuk keluar daripada hutan dan kembali kepada masyarakat.

Salah satu operasi yang dilakukan oleh pihak Cawangan Khas adalah untuk memujuk satu-satunya ketua PARAKU yang berbangsa Iban iaitu Ubong Anak Nuing untuk keluar daripada kawasan hutan dan kembali kepada masyarakat. Ubong anak Nuing

merupakan Timbalan Komander PARAKU yang dipilih oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) dan menggunakan Ubong untuk mempengaruhi minda komuniti Iban. sumber

maklumat turut menyatakan bahawa Ubong Anak Nuing mempunyai ilmu ghaib yang luar biasa di mana beliau dapat bertukar menjadi sepohon dahan kayu yang buruk apabila dikejar oleh pasukan keselamatan ketika berada di dalam hutan. Tentera berbangsa Iban, Pasukan Polis Hutan dan Border Scout amat takut kepada Ubong setelah mereka mengetahui Ubong adalah seorang warga yang berbangsa Iban dan juga seorang bekas pemandu arah (tracker) yang pernah bertempur dengan pengganas komunis di Malaya (Semenanjung Malaysia). Hal ini adalah kerana Ubong Anak Nuing memiliki pengaroh (azimat) yang berkesan. Pihak Cawangan Khas berpendapat bahawa Ubong bukanlah

_____________________
34 Vernon L. Porritt, The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 177.

28

seorang anggota komunis yang tegar walaupun beliau telah lama berada dengan PARAKU di dalam hutan selama lebih daripada 20 tahun.35

Ketika berada di dalam hutan, Ubong Anak Nuing selalunya diberi penjagaan yang ketat dan rapi oleh sembilan seksyen PARAKU yang bersenjata dan pada masa yang sama, beliau turut diawasi sekiranya Ubong berpaling tadah dengan pihak PARAKU dan kembali ke rumah panjangnya. Pada tarikh 24 Disember 1985 jam 1330, sekumpulan anggota

Cawangan Khas (Special Branch) telah bersemuka dengan Ubong anak Nuing dan dua orang pengawal peribadinya iaitu Ling Kee Ching dan Yap Poh Kok berserta dengan 22 orang pengganas komunis PARAKU (tujuh daripadanya adalah wanita dan selebihnya adalah lelaki) di hutan Ulu Katibas, Song. Rundingan dan mesyuarat antara pihak

Cawangan Khas dan PARAKU itu dipercayai berlangsung selama 3 jam di bawah pengawasan yang ketat daripada tentera PARAKU tanpa sebarang pertumpahan darah yang berlaku. Akhirnya pada jam 1600 petang, pihak Special Branch berjaya membawa keluar Ubong Anak Nuing. Para pengganas komunis PARAKU yang mengekori Ubong anak Nuing memberi Ubong ucapan salam perpisahan yang terakhir.

Langkah untuk memujuk pihak PARAKU untuk keluar daripada hutan dan kembali kepada pangkuan masyarakat serta keluarga yang tersayang sedikit sebanyak telah menurunkan semangat perjuangan anggota pengganas komunis PARAKU. langkah ini tidak dijalankan secara besar-besaran, pihak Walaupun

Pasukan Keselamatan

mempercayai bahawa mereka telah melakukan suatu langkah awal ynag bijak dalam melumpuhkan semangat komusisme yang berleluasa pada masa itu.

_____________________
35 The Borneo Post, Returning To Society, keluaran 7 Februari 2012.

29

Gambar 7: Satu-satunya ketua PARAKU yang berbangsa Iban, Ubong Anak Nuing.

V) Penguatkuasaan undang-undang Disebabkan pergerakan komunis yang beroperasi sebagai organisasi bawah tanah, maka pihak kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengawalnya. Pengenalan undangundang kawalan kemudiannya digunakan dengan sepenuhnya, khususnya pada saat-saat yang kritikal apabila penangkapan dan penahanan tanpa perbicaraan digunakan dengan tujuan untuk menjaga keselamatan awam. Tindakan ini diambil untuk mengekang

Clandestine Communist Organizatioan (CCO) kemudiannya Parti Komunis Sarawak untuk mengambil alih sebarang persatuan Cina, masyarakat petani, sistem pendidikan Cina, SUPP dan media cetak Cina dengan sepenuhnya. Antara berikut adalah undang-undang yang dikuatkuasakan dan digunapakai oleh RASCOM untuk membanteras kegiatan subversif komunis:

Preservation of Public Security Ordinance, Sarawak 1962 Internal Security Act (Isa) 1960 Emergency (Essential Power) Ordinance No. 1, 1969 Emergency (Essential Power) Ordinance No. 77, 1971 Emergency (Tenant Registration) (Sarawak) Regulations, 1971 Internal Security (Restricted Articles) Regulations, 1973
30

Parti Komunis Kalimantan Utara Ke Arah Perletakan Senjata dan Penyerahan Diri Langkah untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat Sarawak tercetus apabila Datuk Seri Alli Kawi dilantik sbagai ketua Special Branch pada tahun 1973. Langkah opresit dari kerajaan ini menyebabkan pengganas komunis semakin tergugat dan para penyokongnya daripada kalangan peribmi pun berkurangan.

Pada 12 Oktober 1973, Bong Kee Kian, adik kepada Bong Kee Chok telah diberkas oleh pihak keselamatan di Kuching. Dibawa bersama oleh Bong Kee Kian pada masa itu adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Bong Kee Chok yangjhendak ditjukan kepada Ketua Menteri Sarawak pada masa itu iaitu Datuk Abdul Rahman Yakub, Surat tersebut

mengandung hasrat pihak komunis untuk membuat rundingan dengan kerajaan mengenai syarat perletakan senjata untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Datuk Seri Alli Kami diberi tanggungjawab untuk mengatur perjumpaan antara Bong Kee Chok dengan Datuk Abdul Rahman Yakub di Simanggang.36 Perjumpaan ini diadakan secara rahsia. Seminggu kemudiannya, Nong Kee Chok bersama dengan 8 orang kadernya tiba di Semanggang dan Ketua Menteri dan rombonganya pula tiba sehari selepas itu. Rombongan yang bersama dengan Ketua Menteri itu terdiri daripada Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) Kuala Lumpur, Setiausaha Perdana Menteri dan Datuk Abdul Rahman Yakub sendiri. Tempat tinggal di lereng bukit disediakan kepada Kee Chok dan kadernya manakala rombongan kerajaan ditempatkan sebuah rumah rehat di atas bukit.

_____________________
36 New Straits Times, We Helped To End Communism In Sarawak, keluaran 18 April 2010

31

Perundingan sepanjang malam sehingga awal pagi pada hari keesokan terpaksa dilakukan oleh Datuk Abdul Rahman Yakub tanpa mengenal erti penat. Akhirnya pihak komunis bersetuju untuk menyerahkan diri beramai-ramai dengan meletakkan senjata masing-masing dan mengikuti program pemulihan yang disediakan oleh kerjaaan.

21 Oktober 1973, merupakan detik yang amat bersejarah apabila perjanjian antara pihak kerajaan yang diwakili oleh Datuk Abdul Rahman Yakub dengan Bong Kee Chok ditermeterai dengan jayanya di Rumah Sri Aman, Simanggang. Bahagian Simanggang ditukar nama kepada Sri Aman bersempena dengan peristiwa itu.37

Akhirnya, Bong Kee Chok berjaya memujuk kumpulan komunis tersebut untuk menyerah diri, keadaan keselamatan kembali stabil dan terkawal di seluruh pelusuk Sarawak Bumi Kenyalang. Peperangan melawan insurgensi di Sarawak menemui titik noktahnya pada 1990 selepas perjanjian damai itu dilakukan.38

_____________________
37 The Borneo Post, Saga Of Communist Insurgency In Sarawak, keluaran 16 September 2011 38 Vernon L. Porritt, The Rise And Fall Of Communism In Sarawak, 1940-1990, Clayton, Vic: Monash Asia Institute, 2004. Hlm 219.

32

Kesimpulan Natijahnya, Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) sememangnya telah

menconteng arang di wajah penduduk Sarawak Bumi Kenyalang. Anasir yang berfahaman komunisme ini telah menyusahkan rakyat jelata dan mengancam kedaulatan Sarawak ibu pertiwi. Biarpun pihak komunis sudah lama meletakkan senjata mereka dan kembali kepada masyarakat, kita sebagai warga pada masa kini haruslah peka bahawa ideologi dan semangat komunisme itu sendiri masih segar dan boleh berkembang dalam kalangan masyarakat kini jika tidak dipantau secara terperinci. Jika perkara ini berlaku, pihak keselamatan negara tidak akan teragak-agak untuk melepaskan terjahan peluru maut ke otak sang pelaku yang sememangnya tidak berotak untuk berfikir dua kali adakah perbuatan tersebut wajah dilakukan terhadap bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. (6032 patah perkataan) 20 Oktober 2011

33

You might also like