Kelebihan Dan Keberkesanan Menggunakan Buku Teks

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KELEBIHAN DAN KEBERKESANAN MENGGUNAKAN BUKU TEKS 1.

Terdapat ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu bidang.

2. Memudahkankan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.

3. Memberi idea kepada guru tentang organisasi maklumat dan aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Terdapat gambar, graf, peta dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid,

5. Terdapat lain-lain bahan pengajaran seperti ringkasan, latihan dan soalan terancang,

6. Kelebihan buku teks berbanding dengan buku rujukan tambahan, suplemen dan buku kerja ialah penyediaannya dilakukan oleh panel penulis dan penilai yang pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing, serta telah mengambil kira semua kehendak domain pendidikan, iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor. Isi kandungan dan persembahan buku teks juga disesuaikan dengan aras pencapaian murid, serta peruntukan masa aktiviti bilik darjah. Pendek kata, fungsi buku teks tidak boleh diambil alih oleh buku rujukan, modul atau e-buku teks yang telah diubahsuaikan.

7. Buku teks memberi keadilan kepada semua murid tanpa mengira status sosioekonomi untuk memiliki akses terhadap ilmu pengetahuan yang lengkap dan sah. Asas ilmu pengetahuan tetap sama walaupun mungkin berlaku perubahan dari segi contoh dan huraian. Isu keusangan fakta dalam buku teks tidak harus timbul jika semua pihak akur bahawa murid sekolah patut dibekalkan

dengan asas pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menjana modal insan minda kelas pertama yang didambakan oleh negara.

8. Isu beban beg berat yang berkaitan dengan ketebalan buku teks dapat diatasi jika naskhah buku teks dipecahkan kepada beberapa jilid mengikut penggal persekolahan dalam setahun. Selain itu, perancangan aktiviti bilik darjah yang berkesan dapat mengelakkan penggunaan buku teks sebagai baca dan dengar sahaja. Modul pembelajaran yang dirujuk daripada kandungan teks akan menjadikan aktiviti bilik darjah lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan.

9. Adalah sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam pnp..

10. Bahan @ sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.

11. Sumber maklumat yang seragam. Memudahkan guru mengajar kerana semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama.

12. Mempunyai gambar, graf, peta, dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.

13. Mempunyai

bahan-bahan

pengajaran

seperti

latihan

dan

soalan

yang meringankan beban guru dalam penyediaan bahan pnp.

14. Soalan-soalan peperiksaan dibuat berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulangkaji semua isi pelajaran dalam buku teks.

15. Dibuat

berdasarkan

sukatan

pelajaran

dan

huraian

sukatan

pelajaran

yang mengehadkan tahap penguasaan pelajar mengikut darjah.

16. Tidak membebankan ibu bapa untuk membeli buku teks kerana diberi percuma oleh kerajaan.

You might also like