Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEMAHIRAN BERPENGAKAP-IKATAN DAN SIMPULAN

IKATAN DAN SIMPULAN BAGI PERINGKAT LENCANA PENGAKAP Seorang pengakap dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis dan simpulan ikatan. Pengakap hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan dengan betul serta kegunaannya kerana bagi tujuan perkhemahan dan pengembaraan. Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta boleh dibuka dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah terurai dan tidak teguh. Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang pengakap mestilah selalu berlatih melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna untuk menyambungkan tali, mengangkat barang, mengikat bungkusan dan juga semasa menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan.

Ikatan Buku Sila Kegunaannya ialah menyambung tali yang sama besar saisnya, mengikat bungkusan dan mengikat anduh dalam pertolongan cemas.

Simpul Manuk Kegunaannya ialah mengikat pada batang, tali khemah pada tiang atau pokok kayu dan tali bagi sampan / bot semasa berlabuh.

Ikatan Bunga Geti Kegunaannya ialah menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saisnya.

Simpul Balak Kegunaannya ialah mengikat pada balak dan bagi memindahkan dan mengheret kayu dan batang.

Simpul Angka Lapan Kegunaannya ialah mematikan hujung tali.

Simpul Pengail Kegunaannya ialah 2 tali yang licin dan basah serta menyambung 2 tali yang sama sais seperti tali pancing.

Ikatan Seraya Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu yang hendak disilangkan bagi dibuat bentuk campur (plus) dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa

berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul manuk dan dimatikan dengan simpul manuk juga.

Ikatan Serong Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu atau tiang yang berlintang seperti bentuk X dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk. Dirujuk dari buku-buku pengakap dan buku ikatan

You might also like