Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

Sidang 7: PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


Akta Parlimen 1968; Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974; Pindaan Akta 409, 1989 Cabutan daripada Dasar Pertubuhan Peraturan (DPP), Policy Organization and Rules (POR) Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian VIII:PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PANGKAT PAKAIAN SERAGAM
Pakaian Seragam 275(1) Pakaian seragam yang betul dan lengkap dipakai oleh ahli-ahli dalam semua cawangan Pengakap dalam pergerakan ini termasuk Penaung dan Penaung Utama adalah bagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan-peraturan di dalam Bahagian ini. (2) Cawangan-cawangan Pengakap itu adalah seperti berikut:(a) Pengakap Kanak-Kanak (b) Pengakap Muda (c) Pengakap Remaja (termasuk Laut dan Udara) (d) Pengakap Kelana (e) Pemimpin (termasuk Pemimpin Kumpulan) (f) Pesuruhjaya (g) Pesuruhjaya Kehormat Rupabentuk Dan Corak 276 Rupabentuk dan corak alat-alat yang mengandungi pakaian seragam itu hendaklah mengikut rupabentuk, ukoran dan corak bagaimana yang telah ditetapkan. Ahli-ahli Pergerakan ini tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang berlainan daripada apa yang telah ditetapkan dalam Bahagian ini. Warna 277 Warna rasmi bagi kemeja, baju wanita dan jeket dan seluar atau kain wanita dan apa jua jenis pakaian ialah KELABU bagi kemeja, bagi wanita dan jeket dan BIRU TUA bagi seluar atau kain wanita. ISTIADAT-ISTIADAT RASMI DAN LAIN-LAIN 278 Apabila pakaian seragam dipakai di dalam istiadat-istiadat rasmi, di perhimpunanperhimpunan Pengakap atau dalam masa menjalankan gerakerja-gerakerja Pengakap, pakaian seragam itu hendaklah dengan betul dan lengkap mengandungi pakaian di kepala, kemeja (atau baju wanita atau jeket), seluar (atau kain wanita), sekap (atau tali leher atau ribbon), tali pinggang, sarong kaki dan kasut sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan-peraturan di dalam Bahagian ini. Perkhemahan, Kursus Dan Lain-Lain 279 Ahli-ahli Pergerakan ini boleh, mengikut bijaksana Pemimpin yang berkenaan, memakai sebarang pakaian yang sesuai dan selesa dalam masa perkhemahan atau dalam kursus atau masa-masa yang lain tetapi apabila keluar daripada kawasan perkhemahan atau tempat kursus itu, mereka hendaklah memakai pakaian seragam yang betul dan lengkap.
PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


Budak Pengakap (Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja) 1. BAJU Lelaki: Baju kemeja berlengan pendek warna KELABU ASAP, leher cekak musang. Perempuan: Baju kemeja berlengan panjang tanpa cuff warna KELABU ASAP, leher cekak musang Bagi Unit Pengakap Laut, baju warna PUTIH Bagi Unit Pengakap Udara, baju warna BIRU MUDA. 2. SELUAR/SKIRT Lelaki: Seluar panjang warna biru tua. Perempuan: Boleh memakai seluar panjang biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna biru tua dipakai dan labuhnya hingga paras bawah lutut.

Nota: Pasukan Latihan Negara mengesyorkan supaya budak perempuan memakai seluar sahaja.

3. FORAGE CAP/BERET Forage Cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan pita kain merah dan berlambang Pengakap sulam. Bagi Unit Pengakap Laut, beret berwarna biru tua digunakan. Bagi Unit Pengakap Udara, beret berwarna biru muda digunakan. 4. SKAF Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur putih (0.75cm tebal) dan merah (0.75cm tebal) di bahagian tepinya. Tiada lambang Pengakap Malaysia pada pangkalnya. 5. TANDA NAMA Berwarna hitam dengan tulisan nama putih, tanpa logo Pengakap dipakai di atas saku sebelah kanan. 6. TANDA PANGKAT Lencana menunjukkan pangkat. Jalur kuning berlatarkan warna mengikut unit. Dipakai di atas saku sebelah kiri. Ketua Pasukan/Pek - 3 jalur Ketua Patrol/Sekawan - 2 jalur Pen. Ketua Patrol/Sekawan - 1 jalur Pengakap Pengakap Pengakap Pengakap Pengakap Kanak-kanak Muda Remaja Laut Udara Latar Latar Latar Latar Latar Kuning Hijau Merah Hati (Maroon) Biru Tua Biru Muda

PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

7. NAMA NEGERI, DAERAH & NO. KUMPULAN Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai di lengan baju sebelah kanan sahaja dengan jarak antara jahitan bahu dengan Nama Negeri dan Nama Negeri dengan Nama Daerah sejauh 1cm. Jarak antara Nama Daerah dan No. Kumpulan sejauh 1cm.

01

8. NAMA SEKAWAN/PATROL Nama Sekawan/Patrol dipakai di lengan sebelah kiri dengan jarak 1cm daripada jahitan bahu. 9. LENCANA BENDERA MALAYSIA & LENCANA KEAHLIAN & LENCANA WOSM Memakai Lencana Malaysia pada saku baju sebelah kanan. Selepas diterima masuk menjadi ahli Pengakap dalam Istiadat Perlantikan Pengakap, Lencana Keahlian dipakai pada saku baju sebelah kiri dan Lencana WOSM dipakai di atas saku sebelah kanan.. 10. TALI PINGGANG Lelaki: Memakai tali pinggang rasmi Pengakap berkepala GANGSA yang mengandungi logo Pengakap Malaysia di atasnya. Perempuan: Pengakap Perempuan tidak memakai tali pinggang 11. SARUNG KAKI Memakai sarung kaki berwarna biru tua atau hitam tanpa corak atau lambang lain. 12. KASUT Memakai kasut KANVAS warna hitam BERTALI. 13. BAJU-T Lelaki: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap lengan pendek dengan logo Pengakap. Perempuan: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap berlengan panjang dengan logo Pengakap.
Nota: Untuk perkhemahan dan aktiviti sahaja.

14. WISEL Wisel dengan tali wisel bulat tanpa anyaman berwarna biru tua hanya boleh dipakai oleh: - Ketua Pasukan - Ketua Sekawan/Patrol - Pen. Ketua Patrol 15. TUTUP KEPALA PEREMPUAN Serkup kepala berwarna mengikut warna baju kemeja. Bagi yang memakai mini telekung, hendaklah memasukkan hujung mini telekung ke dalam baju. Warnanya mengikut warna baju kemeja (kelabu, putih atau biru muda). Pengakap Kelana 1. BAJU
PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

Lelaki: Baju kemeja berlengan panjang warna KELABU ASAP, leher cekak musang. Perempuan: Baju kemeja berlengan panjang tanpa cuff warna KELABU ASAP, leher cekak musang bersaku dua di bahagian bawah sahaja. Bagi Unit Pengakap Laut, baju warna PUTIH Bagi Unit Pengakap Udara, baju warna BIRU MUDA.
Nota: Baju lengan pendek hanya boleh dipakai semasa perkhemahan atau semasa kursus sahaja.

2. SELUAR/SKIRT Lelaki: Seluar panjang warna biru tua. Wanita: Boleh memakai seluar panjang biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna biru tua dipakai dan labuhnya hingga paras bawah lutut.
Nota: Pasukan Latihan Negara mengesyorkan supaya wanita memakai seluar sahaja.

3. FORAGE CAP/BERET/BOWLER HAT Lelaki: Forage Cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan pita kain kuning dan berlambang Pengakap besi. Wanita: Bowler Hat warna biru tua berlambang pengakap besi Bagi Unit Pengakap Laut, lelaki memakai beret berwarna biru tua dan wanita memakai Bowler Hat berwarna putih. Bagi Unit Pengakap Udara, lelaki memakai beret berwarna biru muda dan wanita memakai Bowler Hat berwarna biru tua. 4. SKAF & WOGEL Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur putih (0.75cm tebal) dan merah (0.75cm tebal) di bahagian tepinya. Tiada lambang Pengakap Malaysia pada pangkalnya. Wogel Gilwell boleh dipakai selepas menghadiri Kursus Manikayu Peringkat 1. 5. TANDA NAMA Berwarna hitam dengan tulisan nama putih, tanpa logo Pengakap dipakai di atas saku sebelah kanan. 6. EPOLET KELANA Memakai epolet warna merah berlambang Pengakap dan tulisan Kelana selepas upacara perlantikan. 7. NAMA NEGERI, DAERAH & NO. KUMPULAN Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai di lengan baju sebelah kanan sahaja dengan jarak antara jahitan bahu dengan Nama Negeri dan Nama Negeri dengan Nama Daerah sejauh 1cm. Jarak antara Nama Daerah dan No. Kumpulan sejauh 1.5cm. 8. NAMA KELANA Nama Kelana dipakai di lengan sebelah kiri dengan jarak 1cm daripada jahitan bahu. 9. LENCANA BENDERA MALAYSIA & LENCANA KEAHLIAN Memakai Lencana Bendera Malaysia pada saku baju sebelah kanan
PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

Selepas diterima masuk menjadi Bakal Kelana, Lencana Keahlian dipakai pada saku baju sebelah kiri. 10. TALI PINGGANG Lelaki: Memakai tali pinggang rasmi Pengakap berkepala PERAK yang mengandungi logo Pengakap Malaysia di atasnya. Kelana: Kelana Wanita tidak memakai tali pinggang 11. SARUNG KAKI Memakai sarung kaki berwarna biru tua atau hitam tanpa corak atau lambang lain. 12. KASUT Memakai kasut KULIT warna hitam BERTALI. 13. BAJU-T Lelaki: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap lengan pendek dengan logo Pengakap di atas saku Perempuan: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap berlengan panjang dengan logo Pengakap di atas saku.
Nota: Untuk perkhemahan dan aktiviti sahaja.

14. WISEL Wisel dengan tali wisel bulat tanpa anyaman berwarna biru tua hanya boleh dipakai oleh ahli yang memegang jawatan dalam pasukan. 15. TUTUP KEPALA WANITA Serkup kepala berwarna mengikut warna baju kemeja. Bagi yang memakai mini telekung, hendaklah memasukkan hujung mini telekung ke dalam baju. Warnanya mengikut warna baju kemeja (kelabu, putih atau biru muda). 16. LENCANA PENGAKAP RAJA Ahli Pengakap Kelana yang telah memperolehi anugerah Pengakap Raja boleh memakai Lencana Pengakap Raja di bawah lengan baju sebelah kanan. 17. ANUGERAH B-P Anugerah B-P hanya boleh dipakai selepas memperoleh 3 Lencana Kelana Wajib dan 1 Lencana Kelana Pilihan dan dianugerahkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

Pemimpin Pengakap 1. BAJU Lelaki: Baju kemeja berlengan panjang warna KELABU ASAP, leher cekak musang. Perempuan: Baju kemeja berlengan panjang tanpa cuff warna KELABU ASAP, leher cekak musang bersaku dua di bahagian bawah sahaja. Bagi Unit Pengakap Laut, baju warna PUTIH Bagi Unit Pengakap Udara, baju warna BIRU MUDA.
Nota: Baju lengan pendek hanya boleh dipakai semasa perkhemahan

2. SELUAR/SKIRT Lelaki: Seluar panjang warna biru tua. Wanita: Boleh memakai seluar panjang biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna biru tua dipakai dan labuhnya hingga paras bawah lutut.
Nota: Pasukan Latihan Negara mengesyorkan supaya wanita memakai seluar sahaja.

3. FORAGE CAP/PEAK CAP/BOWLER HAT Lelaki: Forage Cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan pita kain kuning dan berlambang Pengakap besi. Wanita: Bowler Hat warna biru tua berlambang Pengakap besi. Bagi Unit Pengakap Laut, lelaki memakai Peak Cap berwarna putih dan wanita memakai Bowler Hat berwarna putih. Bagi Unit Pengakap Udara, lelaki memakai Peak Cap berwarna biru tua dan wanita memakai Bowler Hat berwarna biru tua. 4. SKAF & WOGEL Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur putih (0.75cm tebal) dan merah (0.75cm tebal) di bahagian tepinya. Tiada lambang Pengakap Malaysia pada pangkalnya. Skaf Gilwell boleh dipakai dalam perkhemahan atau kursus sahaja. Wogel Gilwell boleh dipakai selepas menghadiri Kursus Manikayu Peringkat 1. 5. TANDA NAMA Berwarna hitam dengan tulisan nama putih, tanpa logo Pengakap dipakai di atas saku sebelah kanan. 6. EPOLET PEMIMPIN/PENOLONG PEMIMPIN Memakai epolet warna biru tua di atas kedua-dua bahu mengikut jawatan yang ditauliahkan. 7. NAMA PANGKAT Memakai nama pangkat mengikut jawatan yang ditauliahkan di lengan sebelah kiri sahaja dengan jarak 1cm daripada jahitan bahu.

PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PERINGKAT PENGENALAN)

8. NAMA NEGERI, DAERAH & NO. KUMPULAN Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai di lengan baju sebelah kanan sahaja dengan jarak antara jahitan bahu dengan Nama Negeri dan Nama Negeri dengan Nama Daerah sejauh 1cm. Jarak antara Nama Daerah dan No. Kumpulan sejauh 1.5cm. 9. LENCANA BENDERA MALAYSIA & LENCANA KEAHLIAN Memakai Lencana Pengakap Malaysia pada saku baju sebelah kanan Selepas diterima masuk menjadi ahli Pengakap dalam Istiadat Perlantikan Pengakap, Lencana Keahlian dipakai pada saku baju sebelah kiri dan Lencana WOSM diatas saku kanan. 10. TALI PINGGANG Lelaki: Memakai tali pinggang rasmi Pengakap berkepala PERAK yang mengandungi logo Pengakap Malaysia di atasnya. Kelana: Kelana Wanita tidak memakai tali pinggang

01

11. SARUNG KAKI Memakai sarung kaki berwarna biru tua atau hitam tanpa corak atau lambang lain. 12. KASUT Memakai kasut KULIT warna hitam BERTALI. 13. TUTUP KEPALA WANITA Serkup kepala berwarna mengikut warna baju kemeja. Bagi yang memakai mini telekung, hendaklah memasukkan hujung mini telekung ke dalam baju. Warnanya mengikut warna baju kemeja (kelabu, putih atau biru muda). 14. PITA ANUGERAH Memakai pita anugerah di atas saku baju di sebelah kiri. 15. LENCANA PENGAKAP RAJA Pemimpin yang telah memperolehi anugerah Pengakap Raja boleh memakai Lencana Kecil Pengakap Raja di bawah lengan baju sebelah kanan.

Sumber: Pengenalan Ke Pengakapan, Persekutuan Pengakap Malaysia (1994)

PASUKAN LATIHAN NEGERI W.P. KUALA LUMPUR

You might also like