Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Arahan : Sila jawab secara ringkas dan padat dalam ruangan yang disediakan mengikut tempoh masa yang

telah ditetapkan. Submition yang melebehi tempoh boleh menyebabkan anda kehilangan markah. Daripada Kuliah yang anda ikuti dalam Interaksi 1, 1. Jelaskan maksud Teknologi Pengajaran dan kepentingannya kepada tugas seorang guru di sekolah. 2. Apakah maksud Domain Teknologi Pengajaran dan jelaskan perbezaan di antara Domain Fasa 1 ( 1977 ) dengan Fasa 2 ( 1994 ). 3. Jelaskan apa yang anda faham tentang Reka Bentuk Pengajaran ( Instructional Design ) dan bagaimana ianya boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran seorang guru.

BAHAN RUJUKAN EDU3105


Teknologi Pendidikan Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan:

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Konsep Teknologi
TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas. HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.

Subtajuk : Teknologi pengajaran Peranan Teori Pembelajaran Domain Teknologi Pengajaran Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P

TEKNOLOGI PENGAJARAN

RENUNGAN 1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?. 2. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran? Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia. Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya. "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology) Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

FIKIR-FIKIR 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ? 2. Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 3. Apakah pengajaran? 4. Apakah pembelajaran?

PERANAN TEORI PEMBELAJARAN

RENUNGAN 1. Apakah teori pembelajaran? 2. Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku? Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai. Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme. FIKIR-FIKIR Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pengajaran?

DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN RENUNGAN 1. Apakah domain teknologi pengajaran? 2. Apakah peranan domain teknologi pengajaran? Domain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan. Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan. FIKIR-FIKIR Berdasarkan analisis teknologi pengajaran, AECT, senaraikan lima domain teknologi pengajaran. Huraikan maksud dan seterusnya terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran tersebut.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P RENUNGAN 1. Apakah peranan teknologi pengajaran terhadap pembelajaran? 2. Bagaimana teknologi pengajaran memberi kesan terhadap pembelajaran?

Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. Antara peranan teknologi pengajaran ialah: (a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan (b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran (c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran FIKIR-FIKIR 1. Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda. 2. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? 3. Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan.

Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda. LATIHAN Nyatakan secara ringkas definisi konsep-konsep berikut: a. Teknologi b. Pengajaran c. Pembelajaran d. Teknologi Pengajaran Bibliografi Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain, (2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Kuala Lumpur.

Teknologi Pengajaran
Seel dan Richey (1994) buku Instructional Technology: The Definitions and Domain of the Field menjelaskan bahawa reka bentuk adalah proses menyatakan speci sifikasi syarat untuk belajar yang mencakupi

- aktiviti reka bentuk sistem pengajaran, - reka bentuk mesej, - strategi pengajaran dan - ciri-ciri pelajar. Manakala pengembangan/pembinaan (development) adalah proses menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu. Mengikut AECT (1977) dalam buku The Definition of Educational Technology, RP adalah lebih kecil daripada PP kerana RP adalah salah satu daripada beberapa peringkat reka bentuk dalam pembina atau pengembangan pengajaran. PP didefinisikan sebagai satu cara sistematik untuk mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh sistem pengajaran. Definisi yang diberi oleh AECT membandingkan yang mana lebih besar di antara RP dan PP. Walau bagai manapun mengikut Kemp (1989 ), elemen yang digunakan untuk reka bentuk pengajaran boleh juga digunakan untuk pengembangan atau membina bahan pengajaran. Ini menunjukkan tiada perbezaan di antara RP dengan PP. Reigeluth (1983 ) pula cuba membezakan RP dan PP dari segi fungsinya. RP sebagai satu disiplin memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah?kaedah pengajaran. Mana kala PP memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah?kaedah untuk membina pengajaran. Ini bermaksud RP menumpukan kepada pernyataan kaedah?kaedah pengajaran. Mana kala PP menumpukan kepada cara?cara membina pengajaran. Pernyataan kaedah pengajaran akan menetapkan spesifikasi dan kriteria yan diperlukan untuk meningkatkan proses pengajaran ke tahap yang diharapkan. Manakala cara?cara membina pengajaran akan menunjukkan langkah atau prosedur untuk membina atau menghasilkan bahan pengajaran atau seluruh sistem pengajaran. Sebagai contoh, jika membina modul pengajaran, pernyataan tentang reka bentuk modul akan ditetapkan. Selepas itu cara?cara membina bahan akan pula ditunjukkan menggunakan prinsip grafik dan teori pengajaran. Selanjutnya bahan dinilai sebelum digunakan. Akhirnya bahan digunakan dalam sistem pengajaran. Kesemua langkah ini menggunakan pendekatan sistem.

Dengan lain perkataan `apa' yang hendak direka bentuk dengan `cara' membina bahan dan kaedah penyampaian adalah dua perkara yang berbeza, yang pertama ditekankan oleh reka bentuk pengajaran dan kedua ditekankan oleh pengembangan pengajaran. Kedua?dua unsur ini terdapat dalam definisi Briggs (1977) yang menyatakan RP adalah seluruh proses menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran (apa) dan pembinaan satu sistem penyampaian (cara) untuk memenuhi keperluan berkenaan. Richey (1986) mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta specisifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pdajaran. Beliau melihat RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu reka bentuk, bina, nilai dan mengurus pembelajaran. Duffy dan Jonassen (1991) pula berpendapat bahawa RP adalah satu andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajar dan proses pembelajaran untuk mengenal pasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran, dan tentang pemilihan atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan. Andaian dan keputusan yang dibuat oleh pereka pengajaran ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran dan pengajaran. Teori RP ialah satu set panduan yang akan mengenal pasti apakah kaedah pengajaran yang sesuai dalam keadaan atau latar pengajaran yang berbeza. Teori RP menentukan apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai bagi guru (atau lain sumber pembelajaran) untuk membantu pelajar supaya boleh belajar (Reigeluth, 1983, 1987). Teori RP menjelaskan (describe) dan menunjukkan (prescribe) peraturan dan prinsip untuk mereka bentuk pengajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pdajaran. Pakar teori pengajaran mengkaji pengajaran manakala pereka pengajaran membaiki pengajaran. Pada akhir-akhir ini, istilah reka bentuk pengajaran telah digunakan secara meluas yang membawa maksud yang lebih luas daripada pengembangan (pembinaan) pengajaran iaitu mencakupi seluruh proses pengajaran (Gustafson, 1991). Reka bentuk pengajaran adalah suatu cara sistematik mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh proses pengajaran Manakala pengembangan pengajaran dikatakan memberi maksud aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan.

Teknologi Pengajaran

Seel dan Richey (1994) buku Instructional Technology: The Definitions and Domain of the Field menjelaskan bahawa reka bentuk adalah proses menyatakan speci sifikasi syarat untuk belajar yang mencakupi - aktiviti reka bentuk sistem pengajaran, - reka bentuk mesej, - strategi pengajaran dan - ciri-ciri pelajar. Manakala pengembangan/pembinaan (development) adalah proses menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu. Mengikut AECT (1977) dalam buku The Definition of Educational Technology, RP adalah lebih kecil daripada PP kerana RP adalah salah satu daripada beberapa peringkat reka bentuk dalam pembina atau pengembangan pengajaran. PP didefinisikan sebagai satu cara sistematik untuk mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh sistem pengajaran. Definisi yang diberi oleh AECT membandingkan yang mana lebih besar di antara RP dan PP. Walau bagai manapun mengikut Kemp (1989 ), elemen yang digunakan untuk reka bentuk pengajaran boleh juga digunakan untuk pengembangan atau membina bahan pengajaran. Ini menunjukkan tiada perbezaan di antara RP dengan PP. Reigeluth (1983 ) pula cuba membezakan RP dan PP dari segi fungsinya. RP sebagai satu disiplin memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah?kaedah pengajaran. Mana kala PP memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah?kaedah untuk membina pengajaran. Ini bermaksud RP menumpukan kepada pernyataan kaedah?kaedah pengajaran. Mana kala PP menumpukan kepada cara?cara membina pengajaran. Pernyataan kaedah pengajaran akan menetapkan spesifikasi dan kriteria yan diperlukan untuk meningkatkan proses pengajaran ke tahap yang diharapkan. Manakala cara?cara membina pengajaran akan menunjukkan langkah atau prosedur untuk membina atau menghasilkan bahan pengajaran atau seluruh sistem pengajaran. Sebagai contoh, jika membina modul pengajaran, pernyataan tentang reka bentuk modul akan ditetapkan. Selepas itu cara?cara membina bahan akan pula ditunjukkan menggunakan prinsip grafik dan teori pengajaran. Selanjutnya

bahan dinilai sebelum digunakan. Akhirnya bahan digunakan dalam sistem pengajaran. Kesemua langkah ini menggunakan pendekatan sistem. Dengan lain perkataan `apa' yang hendak direka bentuk dengan `cara' membina bahan dan kaedah penyampaian adalah dua perkara yang berbeza, yang pertama ditekankan oleh reka bentuk pengajaran dan kedua ditekankan oleh pengembangan pengajaran. Kedua?dua unsur ini terdapat dalam definisi Briggs (1977) yang menyatakan RP adalah seluruh proses menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran (apa) dan pembinaan satu sistem penyampaian (cara) untuk memenuhi keperluan berkenaan. Richey (1986) mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta specisifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pdajaran. Beliau melihat RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu reka bentuk, bina, nilai dan mengurus pembelajaran. Duffy dan Jonassen (1991) pula berpendapat bahawa RP adalah satu andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajar dan proses pembelajaran untuk mengenal pasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran, dan tentang pemilihan atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan. Andaian dan keputusan yang dibuat oleh pereka pengajaran ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran dan pengajaran. Teori RP ialah satu set panduan yang akan mengenal pasti apakah kaedah pengajaran yang sesuai dalam keadaan atau latar pengajaran yang berbeza. Teori RP menentukan apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai bagi guru (atau lain sumber pembelajaran) untuk membantu pelajar supaya boleh belajar (Reigeluth, 1983, 1987). Teori RP menjelaskan (describe) dan menunjukkan (prescribe) peraturan dan prinsip untuk mereka bentuk pengajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pdajaran. Pakar teori pengajaran mengkaji pengajaran manakala pereka pengajaran membaiki pengajaran. Pada akhir-akhir ini, istilah reka bentuk pengajaran telah digunakan secara meluas yang membawa maksud yang lebih luas daripada pengembangan (pembinaan) pengajaran iaitu mencakupi seluruh proses pengajaran (Gustafson, 1991). Reka bentuk pengajaran adalah suatu cara sistematik mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh proses pengajaran

Manakala pengembangan pengajaran dikatakan memberi maksud aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan.

You might also like