Teori Skinner

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TAJUK: TEORI SKINNER

DISEDIAKAN OLEH: TEH LEE SHEN NOR AMALINA BINTI CHE ZAM ZAN HAZWANI BINTI KAMALUDIN 1 PISMP PJK IPGKSM

TEORI SKINNER
Teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan.

Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Dengan ini, beliau menekankan bahawa tingkahlaku seseorang dipengaruhi melalui modifikasi tingkah laku. Bagi membuktikan teori tersebut, Skinner telah menjalankan eksperimen berikut di dalam sebuah makmal .

Skinner memasukkan seekor tikus ke dalam sebuah kotak khas yang dikenali sebagai Skinner Box yang terdiri daripada- tombol, alat memberi makanan, bekas makanan, lampu yang dapat dikawal nyalaannya.

Disebabkan dorongan lapar(hunger drive), tikus berusaha keluar untuk mencari makanan. Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol secara tak sengaja dan makanan keluar.
Sejak itu, tikus mula menekan tombol apabila lapar dan makanan keluar secara berperingkat berdasarkan peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut , proses ini dikenali sebagai shaping.

Berdasarkan percubaan dan kajian yang berterusan terhadap tikus dan burung merpati, Skinner telah membuat kesimpulan bahawa unsur terpenting dalam pembelajaran ialah peneguhan (reinforcement)

SKINNER JUGA TELAH MENCADANG BEBERAPA TEKNIK LAIN YANG AMAT SESUAI DIAPLIKASIKAN DALAM PELAKSANAAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID.

Peneguhan Denda atau hukuman Reverse psychology Shaping Token economy Kontrak(lisan dan bertulis) Kawalan kendiri.

PENEGUHAN
Malah peneguhan itu boleh sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang memuaskan berlaku.

Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Misalnya, seorang guru mengarah seseorang murid yang membuat bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa gangguan

DENDA ATAU HUKUMAN


Denda

atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Skinner berpendapat bahawa denda atau hukuman hanya boleh membawa kesan dalam tempoh singkat, selepas itu tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.

REVERSE PSYCHOLOGY

Kaedah ini memerlukan kemahiran seseorang guru memahami psikologi murid-murid serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalaman murid tersebut.

Misalnya, apabila ada seseorang murid yang kerap tidur di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P), guru tersebut boleh mencuba kaedah baru iaitu memyuruh murid itu tidur dalam kelas sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini akan menyebabkan murid tersebut terkejut dan pastinya dia tidak akan dapat tidur dalam kelas.

SHAPING
Seterusnya ialah teknik shaping. Asalnya, kaedah shaping digunakan untuk mengajar haiwan secara berperingkat supaya melakukan aktiviti permainan seperti dalam sarkas dan zoo. Teknik shaping ini perlu digunakan sekiranya murid tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.

TOKEN ECONOMY
Menurut Skinner, kaedah penggunaan token economy ini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk memodifikasikan sesetengah tingkah laku supaya membentuk tingkah laku pembelajaran yang sesuai. Misalnya, seorang guru boleh memberi token seperti bintang kepada murid-murid dalam sesebuah kelas berdasarkan kriteria seperti kekerapan menjawab soalan, membaca dan sebagainya.

Kemudian, pada hujung bulan murid dengan bilangan token bintang tertentu akan dapat menebus nilai token tersebut peneguhpeneguh seperti hadiah, dibelanja makan di kantin bersama guru dan sebagainya.

KONTRAK(LISAN DAN BERTULIS) Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada secara lisan atau menandatangani kontrak. Menandatangani kontrak secara formal, misalnya Pengetua, membolehkan seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan tidak akan berani untuk mengulangi sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau masalah disiplin lain lagi.

KAWALAN KENDIRI
Teknik ini melibatkan lima langkah yang patut diberi perhatian oleh seseorang guru, iaitu langkah pertama di mana seseorang guru perlu menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan terhadap muridnya. Misalnya, seseorang guru ingin memodifikasikan tingkah laku muridnya yang kerap ponteng kelas.

Kemudian, dalam langkah kedua, guru tersebut perlu mengenal pasti anteseden kawalan.Dalam langkah ketiga, guru itu perlu merancang program tindakan yang sesuai. Misalnya, guru tersebut merancang sesi kaunseling untuk murid tersebut.

Sebagai langkah keempat, guru tersebut perlu mengimplementasi dan menilai program yang dirancang itu terhadap muridnya. Langkah kelima pula melibatkan penamatan program sekiranya langkah-langkah awal berjaya dan modifikasi tingkah laku dapat dilihat dalam diri murid tersebut.

Sekian Terima kasih

You might also like