Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa kerja kursus ini dapat disiapkan bukannya kerana kebolehan diri saya sendiri semata-mata, tetapi adalah atas jasa dan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, orang yang saya ingin berterima kasih ialah dua orang pensyarah yang mengajar saya. Mereka telah memberi penerangan yang cukup jelas tentang kerja kursus ini. Selain itu, mereka juga sentiasa bersedia untuk menerima pertanyaan daripada saya tentang masalah yang dihadapi semasa membuat kerja kursus ini. Mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam membantu saya menyelesaikan kerja kurusu ini. Namun, mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan walaupun banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya memang bersyukur kepada mereka.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan kesyukuran saya terhadap ibu bapa saya. Mereka telah memberi sokongan dari segi kewangan dan moral kepada saya. Apabila saya memerlukan wang untuk membeli buku rujukan, mereka akan menyediakannya dengan serta merta, dan apabila saya menghadapi tekanan dalam melaksanakan kerja kursus, mereka sentiasa berada di sisi saya untuk mendengar masalah saya dan membantu saya. Mereka telah melakukan banyak pengorbanan untuk saya secara senyapsenyap.

Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada rakan sekelas saya, terutamanya rakan sebilik saya. Mereka telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus saya. Kami sentiasa berbincang tentang permasalahan yang kami hadapi dalam membuat kerja kursus dan mereka memang tidak teragak-agak untuk mengkongsikan pengalaman mereka membuat kerja kursus kepada saya. Keikhlasan mereka terhadap saya telah mengharukan saya. Sama juga dengan rakan sebilik
1

saya, Fong Chun Sen yang selalu menolong saya dalam kerja kursus saya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepadanya.

Kesimpulannya, tanpa bantuan daripada pihak-pihak tersebut, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan kerja kursus saya dengan baik. Oleh itu, sekali lagi saya menyampaikan kesyukuran saya kepada mereka.

Pengenalan Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telahpun mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu yang kita gunakan sepenuhnya pada hari ini merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia yang telah diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Walau bagaimanapun, beberapa pembaikan telah dilakukan bagi

memantapkan sistem ejaan baharu tersebut. Hasil penambahbaikan tersebut, maka kita dapat menggunakan sistem ejaan Rumi hari ini dengan lebih sistematik, seragam dan tanpa kekeliruan. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Hal ini kerana apa-apa yang telah dirakamkan akan kekal lama dan sebarang kesalahan atau kesilapan yang dilakukan boleh dilihat dengan jelas. Dalam hal ini, kepekaan penulis terhadap penggunaan bahasa amat penting. Mereka harus memastikan bahasa yang digunakan akan dipersembahkan dengan menarik, dapat ditelahi dan mudah untuk dibaca dan difahami. Mereka yang bertanggungjawab menyediakan teks-teks bertulis perlu mempunyai

kemahiran berbahasa dan dapat menguasai bahasa sasaran dengan sempurna. Penulis perlu berupaya menggunakan bahasa dalam berbagaibagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak berkaitan. Oleh itu, penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras, dan format yang ditetapkan.

Sistem Ejaan Bahasa Melayu Pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu sangat penting bagi pemantapan dan penguasaan yang baik dan lancar. Penguasaan bahasa Melayu yang baik menjamin pemantapan dan kredibiliti bahasa Melayu.

A. Huraian Cara Penulisan Di sini saya akan huraikan cara penulisan pola suku kata, pola keselarasan vokal, pola kekecualian vokal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk berserta dengan contoh perkataan daripada petikan yang saya pilih.

1. Pola Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Setiap suku kata bahasa Melayu dilambangkan oleh satu bunyi vokal. Vokal itu dapat didahului atau diikuti oleh konsonan. Dari segi ejaan, terdapat 11 pola suku kata dalam bahasa Melayu. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Manakala, suku kata yang berakhir dengan konsonan dipanggil suku kata tertutup.

Pola Suku Kata Terbuka V KV KKV KKKV

Contoh Perkataan o-leh, i-ni, i-tu di, to-koh, pa-da me-sra, di-plo-matik, ma-sya-rakat stra-tegi, skru

Pola Suku Kata Tertutup VK KVK KKVK VKK KVKK

Contoh Perkataan bu-ah, un-tuk, Ok-tober a-sal, dan, pen-ting a-krab, repu-blik, kon-gres eks o-rang, mendo-rong, hu-bung-an

KKVKK KKKVK

Shang-hai, struk-tur

2. Pola Keselarasan Vokal Kelarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut: a) Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar. b) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. c) Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibatdengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir. Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Suku Kata Akhir Tertutup a

Suku Kata Praakhir

Contoh Perkataan berpendapat(dapat), dalam, asal asing,

panggilan(panggil), dilahirkan(lahir)

Melayu, tahun, sambutan(sambut) anugerah, dengan, mengenal(kenal) perit, lebih, penting belum,

e pepet e pepet

a i

e pepet

terbentuk(bentuk), terus-menerus(terus)

e taling e taling e taling

a e taling o

dewan leceh, gelek, selekeh esok, selekoh peringkat,

pemerintah(perintah), penyiar(siar)

i i

i u

didik, gigih, pilihan(pilih) meskipun, hidupnya(hidup), institut korporat, sekolah , orang oleh, kongres tokoh,

o o

a e taling

rombongan(rombong), mendorong(dorong)

u u u

a i u

pejuang, pusat, tugas mungkin turut, untuk, hubungan(hubung)

Bagi memudahkan kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola tersebut, maka rajah yang berikut telah dirumuskan daripada jadual di atas.

3. Pola Kekecualian Vokal Kekecualian pada peraturan keselarasan huruf vokal berlaku pada beberapa perkataan pinjaman daripada bahasa-bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris. Pola kekecualian yang menyimpang daripada keselarasan tersebut, iaitu sebanyak 16 pola diperlihatkan. Berikut merupakan contoh perkataan yang didapati dalam petikan: Pola a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo a e pepet e taling i e taling u e pepet e pepet i e pepet oi ou u e pepet Contoh Perkataan kabaret, panel atom, calon, lapor gembleng profesor, gabenor imlek, simen ijon, diftong tulen, subjek lelucon teater intensif, akademik petroleum Disember iseng, filem hipokrit bonus, forum skuter, lumer

4. Kata Terbitan Kata terbitan bermaksud kata dasar yang menggunakan atau disertai imbuhan, sama ada imbuhan awalan, apitan atau akhiran. Kata ini juga bermaksud kata yang menggunakan bentuk terikat. Cara penulisan bagi kata terbitan ini ialah semua imbuhan awalan, apitan, akhiran, serta terikat hendaklah ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasarnya. Jenis Kata Terbitan Kata Terbitan Imbuhan Awalan Kata Terbitan Imbuhan Apitan Kata Terbitan Imbuhan Akhiran Kata Terbitan Imbuhan Terikat Contoh Perkataan mendorong, berpendapat, mendapat kemajuan, merapatkan, perhatian panggilan, angkatan, rombongan jurubahasa, monograf, dwibahasa

10

5. Kata Ganda Kata ganda atau kata ulang hendaklah ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan lama telah dihapuskan. Ada tiga jenis kata ganda dalam bahasa Melayu yang semuanya ditulis dengan menggunakan tanda sempang. Tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang diulang. a) Kata ganda penuh yang terdiri daripada kata ganda semu atau kata ganda jamak. Contoh: kira-kira lain-lain masing-masing

b) Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara bahagian kata yang diulang itu. Contoh: Kedua-dua terus-menerus mengagak-agak bersama-sama

c) Kata ganda yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem, hendaklah ditulis dengan menggunakan tanda sempang. bertungkus-lumus bolak-balik gunung-ganang

11

Apabila kata ganda itu dijadikan bentuk dasar yang sekali gus menggunakan awalan dan akhiran atau salah satu imbuhan tersebut, tanda sempang masih tetap digunakan. dibolak-balikkan keramah-tamahan beramah-tamah

12

6. Kata Majmuk Kata majmuk dalam bahasa Melayu dapat ditulis sebagai dua kata yang terpisah ataupun ditulis serangkai. Kata-kata yang ditulis serangkai disebut sebagai kata majmuk yang telah mantap. Cara penulisan bagi kedua-dua bentuk ini mempunyai peraturan yang tertentu. a) Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus hendaklah ditulis terpisah antara satu sama lain. Contoh: perdana menteri gula melaka bunga telur

b) Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau yang disebut rangkai kata setara hendaklah ditulis secara dipisah. tua muda hidup mati ibu bapa

c) Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah dituliskan secara terpisah. Contoh: buah hati anak emas pilih kasih

d) Bagi ketiga-tiga bentuk di atas, hendaklah ditulis serangkai jika menerima awalan dan akhiran sekali gus. Contoh:

13

menganakemaskan nebcampuradukkan dilipatgandakan

e) Pengulangan bagi kata nama yang ditulis terpisah hendaklah pada kata nama yang diterangkan, iaitu kata nama yang pertama dan bukan menggandakan seluruh rangkai kata tersebut. -

14

B. Perbandingan Antara Kata Serapan Bahasa Nusantara Dengan Kata Pinjaman 1. Umum Kata Serapan Bahasa Nusantara (Bahasa Sanskrit)

Latar Belakang Berasal daripada penghijrahan orang India ke Dunia Melayu. Masa Kurun pertama masihi. Bidang Konsep kewujudan, pembentukan pertubuhan sosial kelas, permulaan perniagaan.

Kata Pinjaman (Bahasa Inggeris)

Latar Belakang Berasal daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Masa Kurun ke-16 (sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka). Bidang Istilah politik,ekonomi dan akademik moden dan nama barang industri,letrik dan teknologi tinggi.

15

2. Sistem Ejaan Perbezaan

Kata Serapan Bahasa Sanskrit

Kata Pinjaman Bahasa Inggeris


Penyesuaian dan pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

Vokal panjang berubah menjadi pendek.

Konsonan retrofleks disesuaikan menjadi konsonan dental.

Penyesuaian, pengekalan atau pengguguran satu daripda gabungan huruf konsonan yang sama.

/y/ pada bahagian hadapan perkataan berubah menjadi /j/.

Huruf q disesuaikan menjadi huruf k.

/w/ pada bahagian hadapan perkataan berubah menjadi /b/.

/wh/ pada bahagian hadapan perkataan berubah menjadi /w/.

// (/m./) dalam bahasa Melayu dilafazkan sebagai /ng/.

Perlafazan /m/ tidak berubah.

Contoh perkataan: bahasa, pahala, berita.

Contoh perkataan: geologi, jaz, cek, wisel

16

Persamaan

Mengalami penyesuaian vokal dan konsonan setelah diserap ke dalam bahasa Melayu. Fonologi bahasa kata pinjaman atau serapan berbeza dengan bahasa Melayu. Mempunyai peraturan penyesuaian ejaan yang tertentu. Perubahan fonem asing hanya dilakukan apabila perlu sahaja.

17

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROJEK PEMBINAAN PONDOK BACAAN

DISEDIAKAN OLEH JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN GURU KUALA LUMPUR

19

1. Pendahuluan Kertas kerja projek ini dibuat setelah kami menerima cadangan daripada pelajar IPGT. Pembinaan pondok bacaan ini dapat menyediakan satu ruang yang selesa kepada para pelajar untuk membaca buku atau berehat di

samping menunjukkan galakan pihak IPGT terhadap pelajar agar banyak membaca.

2. Rasional 2.1 Menyediakan satu infrastruktur baharu kepada pelajar. 2.2 Memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar.

3. Objektif 3.1 Menyediakan satu ruang yang selesa kepada pelajar untuk membaca atau berehat. 3.2 Meringankan beban pusat sumber yang selalu dibanjiri oleh pelajar IPGT yang terlalu banyak. 3.3 Menggalakkan para pelajar agar banyak membaca buku. 3.4 Mengisi kawasan lapang di IPGT dan mencantikan kawasan IPGT.

4. Sasaran Pondok ini dibina untuk kemudahan para pelajar.

5. Jangka Masa Diperlukan 14 hari. Projek ini bermula dari 1 September hingga 14 September.

20

6. Halangan 5.1 Kekurangan bajet. 5.2 Kesukaran mencari kontraktor yang sanggup melaksanakan projek ini. 5.3 Kesukaran memohon kebenaran daripada pihak IPGT untuk menggunakan kawasan lapang tersebut.

7. Sumber Kewangan/ Perbelanjaan SUMBER KEWANGAN 6.1 Peruntukan Jawatan Perwakilan Pelajar 6.2 Kutipan Murid (RM 5.00 x 1000 orang) 6.3 Kutipan Derma Jumlah RM 500.00 RM 5000.00 RM 3500.00 RM 9000.00

PERBELANJAAN 6.4 Kos Upahan Kontraktor 6.5 Kos Pembelian Perabot Jumlah RM 8000.00 RM 1000.00 RM 9000.00

21

8. Ahli Jawatankuasa Induk Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Puan Rahmah bt. Idris : Dylan Liew Chun Haw : Alex Wong Zhao Yi : Patrick Wong Pak Ying : Siti Zurain bt Yusof : Wong Mei Mei Yeoh Shyi Khuan Jason Anak Anon

9. Ahli Jawatankuasa Kerja Hiasan Pembelian Perabot Kawalan Disiplin Pelajar : Wong Mei Mei : Jason Anak Anon : Yeoh Shyi Khuan

22

10. Pelaksanaan Hari 1 Aktiviti AJK akan mencari kontraktor yang sesuai untuk melaksanakan pembinaan pondok bacaan. AJK akan membawa kontraktor melihat kawasan lapang tersebut dan berbincang tentang reka bentuk pondok serta kos yang diperlukan. Kontraktor akan menyediakan pelan reka bentuk pondok. AJK akan menilai dan menentukan reka bentuk pondok yang paling baik. Kontraktor akan membuat persediaan awal seperti membeli bahanbahan pembinaan, mencari pekerja dan sebagainya. Kontraktor akan membawa pekerja-pekerja memulakan kerja

4~7

pembinaan pondok. AJK akan mengawal tingkah laku pelajar IPGT 8~12 agar tidak menganggu kerja pembinaan dan menghiasi pondok tersebut. Di samping itu, AJK juga akan membeli perabot yang akan diletakkan di dalam pondok bacaan tersebut. 13~14 AJK akan memindahkan perabot baru ke dalam pondok dan menghiasi pondok tersebut.

11. Pelan Pondok Bacaan

23

12. Penutup Diharapkan dengan membina pondok bacaan ini, pelajar dapat mempunyai satu ruang yang selesa untuk membaca dan berehat. Seterusnya, diharapkan juga budaya membaca dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pembinaan pondok ini akan menampilkan galakkan pihak IPGT kepada pelajar agar banyak membaca. Selain itu, pembinaan pondok ini juga menunjukkan bahawa pihak IPGT mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan akan berusaha menyelesaikan kesulitan pelajar.

Disediakan oleh: ......................................... (PATRICK WONG PAK YING) Setiausaha, Jawatankuasa Pembinaan Pondok Bacaan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur.

Disahkan oleh: ........................................ (DR.MUHAMMAD B.ABD. RAHMAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur.

24

Kesimpulan Sistem Ejaan Rumi Baharu telah berjaya menyeragamkan ejaan bahasa Melayu dan mengangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sistem ejaan ini lebih teratur, terutama dari segi keselarasan huruf vokal, aturan pengejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa asing dan pengejaan istilah khusus telah dinyatakan dengan jelas. Pengurangan penggunaan lambang seperti tanda sempang dan angka dua merupakan ciri-ciri ekonomis dalam ejaan baharu ini. Selain itu, aturan yang berlandaskan prinsip keterlenturan dalam ejaan baharu ini termasuklah penerimaan fonem asing satu distribusi baharu bagi fonem tertentu. Penerimaan unsur ini telah menjadikan ejaan baharu bahasa Melayu bersifat efisen dan terbuka untuk memudahkan proses pengembangan. Namun demikian, penyelidikan dan penelitian perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengadakan kodifikasi dan penyelarasan semula mana-mana aspek ejaan tertentu agar sesuai dengan keperluan perkembangan ilmu, kemajuan linguistik dan bidang-bidang ilmu yang berkaitan serta perkembangan bahasa secara keseluruhannya. Pada umumnya, sesebuah teks bertulis berbentuk esei dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup. Bahagian pendahuluan memperkenalkan isu, tajuk atau tema secara eksplisit. Bahagian ini perlu menarik untuk merangsang minat dan perhatian khalayak kepada maklumat yang akan dinyatakan selanjutnya. Pendahuluan juga hendaklah dapat memberikan gambaran tentang mesej yang akan diperkatakan. Bahagian isi merupakan bahagian yang mengambil ruang yang lebih luas kerana ia

memperkembangkan dan memperkatakan tajuk atau tema teks. Dalam bahagian ini penulis mengemukakan segala fakta, pandangan, ulasan, pendapat, idea,dan hujah yang berhubung dengan topik atau konteks teks. Ia menjadi fokus teks dan memperlihatkan keupayaan atau kekurangan yang dimiliki oleh penulis. Dalam bahagian penutup, penulis akan merumuskan dan menyimpulkan segala isi yang telah dipersembahkan dalam bahagian sebelumnya. Teknik yang digunakan oleh penulis bagi menyimpulkan dan merumuskan penulisannya bergantung pada jenis teks.
25

Refleksi

Saya berasa gembira melaksanakan kerja kursus ini kerana saya telah mendapat banyak pengetahuan baru, terutamanya mengenai bahasa Melayu. Saya telah memperoleh lebih banyak ilmu mengenai bidang sistem ejaan rumi dan komunikasi bertulis.

Saya juga berasa letih membuat kerja kursus ini. Hal ini kerana kerja kursus ini telah memakan masa yang lama. Ini adalah disebabkan banyak maklumat yang kena saya cari. Selain itu, saya juga memakan masa yang lama untuk mencari petikan yang sesuai.

Di samping itu, saya bersyukur dan menghormati semua tokoh-tokoh yang telah menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu di negara kita. Saya juga bersyukur kepada sarjana-sarjana yang memberi penjelasan kepada bahasa Melayu. Karya-karya mereka telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengubah sifat malas saya, iaitu membuat kerja pada saat-saat terakhir. Hal ini telah menimbulkan banyak masalah terhadap rakan-rakan saya. Oleh itu, saya akan mula memupuk sifat rajin dalam diri saya mulai hari ini.

Kesimpulannya, saya ingin membuat lebih banyak kerja kursus mengenai bahasa Melayu pada masa depan jika mempunyai peluang

tersebut. Saya ingin menimba lebih banyak pengetahuan mengenai bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana saya ingin menyampaikan ilmu yang betul kepada murid-murid saya pada masa depan.

26

Bibliografi Buku Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd Padilah Haji Ali (2012). Dewan Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet Kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Moden (http://ms.wikipedia.org/wiki/) Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu (http://lincahtaiping.wordpress.com/) BMM KONTEKSTUAL-PENGEJAAN KATA DAN IMBUHAN PINJAMAN (MUKADIMAH) (https://mysalawati.21classes.com/)

27

28

You might also like