Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Definisi: Bersanding Kamus Dewan Edisi ke 4 bersanding ialah duduk bersebelah- sebelahan di atas pelamin; seperti pengantin duduk

k diatas pelamin. Definisi: Merenjis Kamus Dewan mendefinisikan sebagai perbuatan mengenakan air dengan memercikkannya.

Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu.

Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin.

Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin itu ada kerusi yang dihias cantik.

Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu ramai di bawah khemah atau dewan.

Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan 'detik abadi' yang patut dikenang.

Bersanding ini diadakan dengan tujuan agar ramai tetamu dan ahli keluarga dapat menyaksikannya. Ketika bersanding, acara silat, tarian, menabur gula-gula, menambur duit syiling dan persembahan lain diadakan. Selepas mempelai ditabur 'beras kunyit', keduadua mempelai akan didudukkan di atas kerusi berhadapan dengan khemah tetamu. Jadi semua orang yang hadir akan dapat menyaksikan mempelai yang berpakaian baju melayu songket.

Sejambak bunga telur diletakkan hadapan mempelai. Bunga telur akan dihadiahkan kepada mereka yang sudi mempersembahkan silat pulut. Silat pulut ialah istilah umum yang dipersembahkan semasa majlis persandingan di luar rumah. Orang sekampung mungkin belajar Silat Pedang iaitu ilmu pertempuran menggunakan senjata. Tetapi semasa majlis persandingan, 'ilmu pertempuran' tidak dipersembahkan kecuali yang ringkas dan mudah sahaja.

Upacara menepung tawar atau lebih mudah dipanggil merenjis dalam perkahwinan Melayu kini bagaikan satu kemestian ketika berlangsungnya majlis persandingan. Sejarah mengatakan budaya merenjis hanya dilakukan oleh masyarakat India dalam majlis perkahwinan bertujuan mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Masyarakat Melayu anggap merenjis sebagai tanda restu kedua-dua belah pihak. Merenjis biasanya dilakukan di atas pelamin ketika keduadua pengantin lelaki dan perempuan duduk bersanding. Ia sebagai simbolik kepada keluarga merestui kedua-dua mempelai dengan harapan supaya pasangan pengantin kekal bahagia selamanya. Upacara menepung tawar itu secara keseluruhannya dikatakan dipengaruhi dan diamalkan oleh masyarakat India yang percayai upacara berkenaan dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara buruk selain menghalau syaitan yang mendorong ke arah kerosakan kebahagiaan serta mengganggu pengantin.

rata-rata masyarakat Melayu berpendapat upacara merenjis dalam perkahwinan adalah simbolik kepada keluarga merestui kedua-dua mempelai dengan harapan supaya pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.

amalan ini sebagai menambah kemeriahan dan keceriaan majlis di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga sebagai menghormati keluarga yang lebih tua.

upacara merenjis dimulakan oleh ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda hormat dan kasih seperti datuk dan nenek serta ibu dan bapa. Ia baru diikuti ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Secara kelaziman, ia dilakukan oleh pihak lelaki dulu diikuti oleh pihak perempuan. Kebiasaannya amalan merenjis itu dilakukan dalam bilangan ganjil kedua belah pihak

beras kunyit, bertih, air mawar, inai dan bunga rampai. Bahan merenjis juga diletakkan di dalam bekas khas dipanggil set merenjis.

bahan berkenaan dilemparkan ke kiri kanan pengantin lelaki dan perempuan sebagai pemanis dan penyeri, selain bertujuan menghalau perkara buruk yang bakal hadir dalam perkahwinan mereka. Masyarakat dulu, mencalit inai ke telapak tangan kedua-dua mempelai yang mana tangan pengantin dilapik dengan daun sirih untuk mengelakkan kekotoran. Seterusnya, ibu pengantin mengambil peranan mengarahkan kedua mempelai pengantin menutup kedua-dua tangan dan dihadapkan ke paras dada sebagai tanda hormat dan terima kasih

Adat bersanding dan merenjis yang diamalkan bertujuan untuk: Mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga dengan pasangan yang baru berkahwin terutamanya. Memperkenalkan ahli keluarga baru kepada ahli keluarga yang lain. Mewujudkan sikap menghormati ahli keluarga yang lebih tua. Mewujudkan sikap toleransi antara satu sama lain. Menghargai detik detik bahagia bersama dengan keluarga.

Secara umumnya, adat bersanding dan merenjis diadakan tidak lain tidak bukan untuk menekankan dan penerapan nilai oleh generasi tua kepada generasi muda. Biarpun, tuntutan agama yang dianuti masyarakat melayu tidak mewajibkan adat ini, dan adat ini hanyalah satu warisan yang masih diamalkan namun dari sudut lainnya, adat ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang baru terjalin antara pasangan yang baru berkahwin dengan ahli keluarga masing masing.

You might also like