Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Siti Nor Aziera binti Nordin (Part 6) Laporan Lawatan ke Kompleks Kraf Tangan, Kuala Lumpur Pada hari

Sabtu, 5 Januari 2013, Persatuan Kelab Keusahawanan Kampus Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Komplek Kraf Tangan, Kuala Lumpur. Kami bergerak dari kampus seawal jam 6.00 pagi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pendedahan cara mempertengahkan perniagaan. Seramai 40 ahli Kelab keusahawanan telah menyertai lawatan ini dengan diiringi dua orang pensyarah iaitu, Puan Noranita dan Cik Nurul. Kami telah tiba disana pada pukul 10.00 pagi. Rombongan ini pergi dengan menaiki sebuah bas persiaran yang disewa khas. Peniagaan yang boleh diketengahkan adalah seperti perniagaan batik. Terdapat pelbagai corak batik yang dapat dipelajari disana antaranya batik sutera. Corak batik yang dipamerkan merupakan antara corak batik yang kian pupus dek zaman tetapi dengan usahasama kerajaan dan industry kraftangan Negara Berjaya membawa seni ini ke satu tahap yang baru.Ini merupakan satu usaha murni agar batik tidak terhapus begitu sahaja dalam arus pemodenan. Terdapat pelbagai jenis seni yang ada tetapi tidak dapat diketengahkan pada hari ini contohnya atap singgora,ukiran kayu yang unik dan pelbagai lagi.Seni ukiran kayu yang mempunyai mutu dan berkualiti memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dihasilkan.Mereka yang mempunyai seni kemahiran seperti ini semakin pupus kerana anak muda kini tidak terdedah dengan kepentingan seni ini kepada Negara dan masa akan datang. Lawatan ini diadakan dengan harapan memberi pendedahan kepada generasi muda masa kini khususnya pelajar UITM Kampus Bandaraya agar supaya tidak melupakan seni kraftangan Negara yang pada masa dahulu merupakan kebanggan Negara. Sekian, terima kasih.

You might also like