Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Istilah KeruntuhanMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawamaksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan

dan kerosakan.Kamus Za'ba (2000: 982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakandan kejatuhan. Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan diatas.Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan jugameliputi rosaknya akhlak remaja apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budayamasyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat,bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminumminuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh. Akhlak Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksudbudi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat.Menurut Kamus Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertianiaitu pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripadapandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis danahli sufi.Menurut Kamus al-Mawrid (1999:521), akhlak iaitu kalimah al-Khuluq membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama.Menurut Abd. Rahman Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripadaBahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksudkepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yangbermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran" . Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialahkepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku NabiMuhammad s.a.w. yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran.Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1998: 86), akhlak dari segi istilahmembawa maksud segala perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang, tingkah laku yangdiamalkan sekian lama dan diterima oleh semua masyarakat sebagaisebahagian daripada cara hidup itu dinamakan akhlak. Akhlak itu perludipelajari agar dapat diketahui mana sifat yang baik dan yang buruk,mana yang boleh dikerjakan dan mana yang tidak boleh dikerjakan.Akhlak menurut istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkanperbuatan dan tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia,terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan danlarangan serta petunjuk Al- Quran dan hadis.Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak adalah hai'ah atau sifat dalam diri manusia iaitu jiwa manusia yang telahtetap sehingga dengan mudah dan senang mendorong ke arah perlakuanatau perilaku yang baik atau buruk tanpa perlu difikir atau dirancang. Disamping itu akhlak juga mengandungi substance atau kejiwaan yangdirealisasikan dalam bentuk kelakuan. Akhlak juga difahami sebagaiprinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukanoleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau membentuk hubungan seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannyadi dunia ini dicapai secara yang paling sempurna. Sebagai ilmu, akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatanberakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan,keburukan, kewajipan, hati nurani atau suara hati.Takrif akhlak menurut Dr. Haron Din (2001: 4), mempunyai dua bentuk iaitu akhlak Islam dan akhlak falsafah atau etika. Menurut beliau, akhlak Islam ialah akhlak yang bersumber kepada wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara akhlak falsafah ialah akhlak yang bersumber kepadadaya usaha kemampuan pemikiran manusia.Berdasarkan pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa akhlak ituialah kumpulan sifat yang lahir daripada dalam jiwa dan berdasarkandorongan dan pertimbangan sifat itu, suatu perbuatan itu dapat dikatakanbaik atau buruk menurut pandangan manusia. Dengan sifat itu, seseorangdapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya. Akhlak yang baik ialah benar, ikhlas, syukur, amanah, menepati janji, sabar, pemaaf,pemurah dan lain-lain manakala akhlak yang tidak baik ialah dusta,sombong, takbur, dengki, dendam, mengumpat, riak, khianat dan lain-lain. Akhlak yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah akhlak buruk yangdimiliki oleh remaja sehingga tercetusnya permasalahan sosial dalammasyarakat dan negara.

You might also like