Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN (SISTEM QUARTERMASTER)

QUARTERMASTER

SAINT JOSEPH JB

KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN (SISTEM QUARTERMASTER)

1. TUJUAN Tujuan Kertas Kerja ini adalah untuk memohon kelulusan bagi melaksanakan Program PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN (SISTEM QUARTERMASTER) yang akan dijalankan oleh Kelab Olahraga, SK St. Joseph Johor Bahru kepada murid-murid sekolah ini.

2. TAKRIFAN a. Sistem Quartermaster merupakan satu sistem pengurusan dan penjagaan peralatan sukan yang melibatkan murid-murid sekolah bagi melatih mereka menjadi seorang pegawai teknikal sukan.

3. LATAR BELAKANG a. Sistem Quartermaster ini telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. b. Sistem ini diperkenalkan di sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sistem pengurusan sukan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru dalam pengurusan sukan sekolah.

4. OBJEKTIF a. Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam pengurusan dan penjagaan alatan sukan. b. Memberi pendedahan kepada murid-murid sistem pengadilan dalam sukan Olahraga balapan dan padang. c. Melatih murid menjadi pegawai teknikal sukan bagi semua jenis sukan. d. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri murid dan kepimpinan bagi setiap pelaksanaan pengurusan sukan di sekolah.

5. RASIONAL a. Sistem Quartermaster ini mampu menghasilkan satu sistem pengurusan sukan yang lebih efisien dan teratur. b. Sistem Quartermaster mempunyai struktur pentadbiran yang sempurna dan teratur serta mempunyai Ahli Jawatankuasa yang berkemampuan untuk melaksanakan program tersebut.

6. KUMPULAN SASAR 30 0rang murid sekolah SK St. Joseph, Johor Bahru. Rujuk lampiran 1.

7. KAEDAH PELAKSANAAN

a. Pelaksanaan program sepakat Bestari dilaksanakan di peringkat Sekolah. Kelab olahraga sekolah perlu melaksanakan program ini sekali setahun bagi memastikan terdapat pelapis bagi murid yang terpilih untuk menjadi Quartermaster.

b. Setiap murid yang terpilih untuk mengikuti program ini akan diberikan kursus sehari bersama pegawai KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

c. Satu sesi perlantikan bagi pengawas Quartermaster akan dijalankan. Dimana murid akan diberi tag nama quatermaster dan sijil di akhir persekolahan mereka nanti.

d. Pengawas Quartermaster bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan dan penjagaan alatan sukan dijaga dengan baik selepas waktu Pendidikan Jasmani dan aktiviti Ko-kurikulum dijalankan.

e. Pengawas Quartermaster bertanggungjawab untuk menjadi pegawai teknikal semasa Kejohanan Sukan Olahraga sekolah dan aktiviti sukan lain yang dipertandingkan di sekolah ini.

8. PELAKSANAAN SISTEM QUARTERMASTER Aktiviti kursus Quartermaster ini akan dijalankan selama sehari. Program adalah kerjasama daripada Panitia Pendidikan Jasmani dan Kelab Olahraga SK St. Joseph, Johor Bahru. Berikut merupakan tentatif program bagi kursus Quartermaster :

7.30 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi

: Pendaftaran murid : Taklimat pengenalan Program Quartermaster : Rehat : Praktikal pengurusan teknikal Olahraga

12.00 tengahari : Taklimat tanggungjawab pengawas Quartermaster 1.30 petang 2.00 petang 4.00 petang 5.00 petang : Rehat : Taklimat pengurusan peralatan dan stor sukan : Praktikal pengurusan peralatan dan stor sukan : Bersurai

9. BUTIRAN PROGRAM TARIKH : HARI MASA : : 2 Februari 2013 Sabtu 8.00 pagi 5.00 petang Dewan Mini SK St. Joseph dan Padang SK St. Joseph

TEMPAT :

10. PIHAK PENGANJURAN PROGAM Kelab Olahraga dan Panitia Pendidikan Jasmani SK St. Joseph, Johor Bahru.

11. ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil 1 Perkara Makanan dan minuman Jumlah RM 4 per person RM4 X 30 = RM120 2 Tag Nama Quartermaster RM 2 per unit RM2 X 30 = RM60 JUMLAH KESELURUHAN RM 180 Catatan

12. PENUTUP

a. Program Pengurusan Dan Penjagaan Penggunaan Peralatan Sukan (Sistem Quartermaster) diharap dapat meningkatkan mutu pengurusan sukan di sekolah dengan lebih sistematik dan efisien.

Disediakan :

--------------------------------------------(NOR SAHIDAH BINTI MOHAMAD ALI) SETIAUSAHA SUKAN SK ST. JOSEPH JOHOR BAHRU.

LAMPIRAN 1 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 NAMA MURID GABRIEL TAN SANJAI ADAM BIN ABDUL AZIZ AQMAL HAFETZ NAVVEEN NAIR A/L MANOHARAN DHIVEAYSHEON SIVAKUMAR MUHAMMAD AZRIZAL BIN MOHD ARES NARINDRRA A/L CHANDRASEGARA M. MAHATHIR L. KEERTAM RAJ VISSWAA SUBRAMANIAM PHUA YI HANG WONG YI JIE DINESH MURALI PILLAI A/L MURALITHARAN SHEIK IRFAN BIN SAHUBAR SATHIK MOHAMED ZIYAAFSER BIN MOHD ZINNNAH MUHAMMAD MUQRIZ BIN MOHAMED EZAMBRE MITESHRAM NAIDU A/L KALAISELVAM AMIR KABIR BIN MD ARIF MUHAMMAD HAFIZ DANIAL BIN HARISFADILAH ALI MIFDZAL BIN MARZUKI MUHAMMAD HILMI BIN JOHARI MUHAMMAD HEQMAL BIN ARBAHI GURUMOORTHY A/L MAGANDRAN FELICZEN AMBROS ANAK DAVID MOHAMAD ZIKRI ZAINURRIN BIN MD NADZIRIN AKHBAR HANAPI ISMAIL BIN ABDULLAH SANJESH A/L PALANI GOWRI SHANKAR A/L GUNALAN KEVIN SEBASTIAN THOMAS KELAS 4K 4K 4K 4K 4K 4K 4H 4H 4H 4H 4H 4H 5K 5K 5K 5K 5K 5K 5H 5H 5H 5H 5H 5H 5M 5M 5M 5M 5M 5M

You might also like