Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Konfrontasi 1963-1966

Jika diimbas kembali sejarah hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran, ternyata Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai hubungan yang paling istimewa dengan negara Malaysia. Hubungan istimewa ini sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa ciri persamaan yang telah wujud di antara kedua-dua buah negara seperti bahasa, budaya, adat resam dan agama. Namun begitu keunikan hubungan dua negara serumpun ini turut digambarkan oleh beberapa konflik yang sering kali silih berganti. Konfrontasi Malaysia-Indonesia telah tercetus berikutan dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Walaupun ia merupakan perkara dalaman bagi Malaysia, Indonesia mendakwa penubuhan Malaysia merupakan satu agenda Barat yang bertujuan mengepung Indonesia. Semasa mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia, Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio antara lain menuduh, Konfrontasi menentang Malaysia kerana Malaysia merupakan sebagai pengikut setia kepada neo-kolonialisma dan neo-imperialisma. dan menyifatkan penubuhan Malaysia sebagai the marriage between Malay feudalism and British imprealism Indonesia akhirnya mengisytiharkan konfrontasi ke atas Malaysia pada 20 Januari 1963. Pada 31 Januari 1963 Duta Malaysia di Indonesia iaitu Dato Kamaruddin Haji Idris dipanggil pulang ke Malaysia. Pencerobohan pertama Indonesia ke atas wilayah Malaysia dilakukan terhadap balai polis Tebedu, Sarawak pada 12 April 1963 dan menyebabkan seorang terbunuh. Indonesia kemudiannya telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 16 September 1963 iaitu tarikh penubuhan Malaysia. Bagi menunjukkan penentang Indonesia ke atas penubuhan Malaysia juga Presiden Sukarno telah mengisytiharkan Ganyang Malaysia. Dalam ucapannya Sukarno menyatakan bahawa Ganyang Malaysia bertujuan untuk menamatkan projek neo-

kolonialisme yang menggunakan penubuhan Malaysia dan Indonesia akan berjuang bagi mencapai matlamat tersebut. Bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta telah dibakar dan pada 17 September 1963 Malaysia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina. Selain dari itu juga bangunan Kedutaan British di Jakarta dan beberapa bangunan syarikat British juga turut menjadi sasaran rakyat Indonesia. Malaysia membalas tindakan konfrontasi Indonesia dengan cara menyekat penghantaran semua jenis barang melalui pengangkutan udara dan laut ke Indonesia. Sejak 16 Januari 1963 hingga 27 Mac 1963, Indonesia telah melancarkan 50 serangan ke atas Malaysia. Sehubungan dengan itu, Malaysia telah mengemukakan bantahan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu U-Thant. Sukarno seterusnya mengisytiharkan Dwi Komando Rakyat (DWIKORA) pada 3 Mei 1964 yang bertujuan mempertingkatkan pertahanan Indonesia dan membantu pemberontak di Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bagi mengganyang Malaysia(Syed Othman, 1999).Selanjutnya pada Julai dan Ogos 1964, tentera-tentera Indonesia melakukan pendaratan dan serangan ke atas Johor dan Singapura. Nelayan-nelayan Malaysia juga turut menjadi mangsa tentera-tentera Indonesia yang telah menceroboh perairan negara. Keselamatan negara telah menerima ancaman yang serius dari Indonesia. Sebenarnya sebelum pertelingkahan secara terbuka ini, banyak usahausaha diplomatik yang dijalankan tetapi gagal seperti Persidangan Bangkok dan Persidangan Puncak di Tokyo pada 20-21 Jun 1964. Ia termasuk juga usaha untuk mengadakan satu pertubuhan serantau yang merangkumi Malaysia, Filipina dan Indonesia dalam Maphilindo tetapi gagal. Sukarno menolak sama sekali untuk bertemu dengan Tunku. Kata beliau, I dont want to see or meet Tunku Abdul Rahman, this means that I will not be going to Tokyo to hold negotiations with Tunku Abdul Rahman at this moment.

Serangan oleh pihak Indonesia dilakukan oleh mereka yang terdiri dari Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang telah mendarat di Sarawak pada 12 April 1963. Sukarelawan Indonesia juga seterusnya mendarat di Pontian, Johor pada 17 Ogos 1964 diikuti pendaratan di Labis, Johor pada 2 September 1964. Serangan-serangan ini dijalankan oleh pasukan regular dan paratroopers yang terdiri dari rakyat Indonesia. Selain dari itu pasukan penyerang juga terdiri dari kumpulan irregulars yang merupakan rakyat Malaysia dan dilatih di Pasir Panjang , Pulau Karimon Indonesia (Nik Anuar, 1999). Namun begitu, menjelang selepas pertengahan tahun 1965, satu senario politik di Indonesia menunjukkan keadaan yang semakin tidak menentu dengan pengaruh PKI yang semakin menonjol dan penentangan di kalangan pemimpin-pemimpin yang anti-komunis semakin terserlah. Kemuncak kepada konflik politik dalaman Indonesia telah membawa kepada tercetus peristiwa Gerakan 30 September 1965 atau lebih dikenali sebagai G30S/PKI. Situasi telah memberikan satu peluang baru kepada kerajaan Malaysia ke arah usaha-usaha yang lebih mantap bagi menamatkan konfrontasi. Malaysia telah berhubung secara rahsia dengan pemimpin-pemimpin baru Indonesia untuk mencuba sebarang rundingan ke arah penyelesaian damai. Langkah tersebut menunjukkan kesan yang positif apabila Adam Malik dan kemudiannya diikuti oleh kumpulan pemimpin tentera Indonesia telah bersetuju dengan perkara tersebut. Usaha ini akhirnya membawa kepada penamatan konfrontasi MalaysiaIndonesia melalui Perjanjian Bangkok pada 11 Ogos 1966. Sikap Malaysia terhadap perbincangan Bangkok berasaskan kepada dua andaian iaitu Jakarta kini telah bersedia untuk menerima Malaysia dengan wilayah dan persempadanan semasa dan merupakan langkah untuk menjaga air muka Indonesia Setelah pelbagai usaha diadakan, akhirnya Perjanjian Bangkok atau dikenali juga dengan nama Perjanjian Pemulihan Persahabatan telah dimeterai. Perjanjian ini telah menamatkan konfrontasi kedua-dua buah negara yang berlangsung selama tiga tahun.

Penamatan Konfrontasi Penamatan konfrontasi telah menamatkan dan memulihkan hubungan yang telah terputus di antara Malaysia dan Indonesia. Setelah itu, pada 31 Ogos 1967, Pejabat Perhubungan Malaysia di Jakarta dan Pejabat Perhubungan Indonesia di Kuala Lumpur telah menjalankan semula misi diplomatik antara kedua-dua buah negara. Dengan termeterainya Perjanjian Pemulihan Persahabatan itu, satu paradigma baru telah muncul iaitu pemikiran terhadap keperluan hubungan bilateral yang lebih erat dan diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas iaitu bekerjasama ke arah mewujudkan hubungan serantau di kalangan negara-negara di Asia Tenggara. Perkara ini jelas melalui ucapan Tun Abdul Razak dalam upacara penandatanganan perjanjian tersebut. Ucapan tersebut berbunyi; The nation of SouthEast Asia must cooperate and be sincere to one another, to play an important role in achieving good co-operation and friendship among the countries in Southeast Asia Perjanjian pemulihan persahabatan tersebut juga mendapat reaksi yang cukup positif di kalangan masyarakat antarabangsa. Ini kerana penamatan konflik Indonesia-Malaysia mampu mengurangkan ketegangan politik yang sedang berlaku di rantau Asia Tenggara yang sedang bergolak akibat konflik di Indochina. Bagi para pemimpin Malaysia mereka mengharapkan perdamaian ini terus berkekalan dan rakyat di kedua-dua buah negara patut menjadikan peristiwa konfrontasi sebagai pengajaran. Malah Tunku menyatakan hubungan mesra antara kedua-dua buah negara sepatutnya menjadi lebih mesra berbanding dengan hubungan dengan negaranegara lain memandangkan kepada rakyat Indonesia dan Malaysia bertutur dalam bahasa yang sama, agama anutan yang serupa dan berasal dari rumpun bangsa yang sama. Perjanjian pemulihan hubungan Malaysia-Indonesia juga disambut dengan gembira oleh rakyat Malaysia apabila rombongan Tun Abdul Razak telah diberikan sambutan Heres Welcome di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri Selangor telah memberikan cuti pada hari tersebut dan

mengarahkan kakitangannya berada di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut ketibaan rombongan Tun Abdul Razak dari Bangkok. Pada hari yang sama seramai 45 orang rombongan dari Indonesia yang diketuai oleh Adam Malik telah tiba di Kuala Lumpur untuk mengadakan lawatan singkat ke negara ini. Dalam mengalu-alukan rombongan ini, Tunku mengingatkan agar Malaysia dan Indonesia melupakan konfrontasi dan menumpukan perhatian kepada kerjasama bagi memajukan keduadua buah negara. Di pihak Indonesia, penamatan konfrontasi juga turut dialu-alukan. Persatuan-persatuan pelajar seperti Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia (KAMI) dan Kesatuan Aksi Pemuda dan Pelajar Indonesia (KAPPI) melaung-laungkan slogan Hidup Malaysia dan Hidup Tun Razak. Namun begitu Partai Nasional Indonesia (PNI) tidak menyokong penamatan konfrontasi. Mengulas tentang senario Duta British di Indonesia menyatakan, Even only a few months ago it would have been difficult to believe the day would come so soon when the Malaysian flag would fly here side by side with the Indonesian, and the Malaysian National anthem be heard Langkah awal kerjasama yang ditunjukkan oleh Indonesia ialah menarik balik Komando Ganyang Malaysia (KOGAM) dan menukarkannya kepada Komando Operasi Tertinggi Indonesia (KOTI). manakala Malaysia telah bersetuju untuk membebaskan 900 tahanan Indonesia dan mereka dihantar pulang dengan sebuah kapal khas pada 28 September 1966 (Straits Times, 1966). Walaupun konfrontasi berjaya ditamatkan, Tunku masih menaruh kebimbangan terhadap keselamatan wilayah Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu pengawalan terhadap Sabah dan Sarawak telah diambil alih oleh Angkatan Tentera Malaysia yang menggantikan Angkatan Tentera Komanwel Seberang Laut (Overseas Commonwealth Forces) yang terdiri dari tentera-tentera Britain, Australia dan New Zealand yang telah berperanan menjaga Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh konfrontasi.

You might also like