Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 1B(i) Menurut Perintah Am Bab D, Peraturan 4(2)(f) menyatakan bahawa seorang pegawai awam tidak boleh tidak

jujur dan tidak amanah dalam menjalankan tugastugasnya. Berdasarkan kenyataan yang diberikan, Guru X telah melanggar peratuaran yang dinyatakan kerana dia disyaki telah membuat tuntutan perjalanan palsu dan satu prosiding jenayah akan dimulakan terhadap Guru X. Apabila prosiding jenayah telah dimulakan di mana-mana mahkamah, ketua Jabatan di mana Guru X bertugas hendaklah mendapatkan suatu laporan daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah yang mengandungi maklumat berkaitan dengan pertuduhan, tarikh ditangkap, pegawai dijamin atau tidak dan apa-apa maklumat yang berkaitan. Ketua Jabatan mengemukakan laporan tersebut kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib(PBT) yang berkuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat bersama dengan syor Ketua Jabatan sama ada Pegawai X patut ditahan daripada kerja. Berdasarkan laporan dan syor Ketua Jabatan yang dikemukakan kepadanya, Jawatankuasa Tatatertib berkenaan membuat pertimbangan dan keputusan sama ada Pegawai X patut ditahan daripada kerja. Pihak Berkuasa Tatatertib(PBT) mempunyai kuasa sepenuhnya dalam menentukan keputusan penahanan Guru X daripada menjalankan tugasnya. Sebaik sahaja selesai prosiding jenayah terhadap Pegawai X, Ketua Jabatannya perlu mengemukakan keputusan mahkamah dan sebarang maklumat berkaitan dengan

rayuan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib(PBT) untuk membuat keputusan sama ada Guru X akan dibuan kerja atau dibebaskan. Jika Guru X disabitkan kesalahan dalam membuat tuntutan perjalanan palsu, maka Guru X akan dibuang kerja berkuat kuasa mulai dari tarikh sabitannya sementara menunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib di bawah Peraturan 33. Namun, jika keputusan akhir prosiding jenayah terhadap Guru X adalah

dibebaskan iaitu Guru X didapati tidak bersalah dan tiada rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, maka Guru X hendaklah dibenarkan menjalankan semula tugasnya dan menerima segala emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh penahanan kerjanya. Selain itu, Guru X mempunyai hak yang sama seperti yang dibebaskan apabila prosiding jenayah berkeputusan dengan pensabitannya tetapi atas rayuan Guru X telah dibebaskan. Jika prosiding jenayah terhadap Guru X berkeputusan dengan pembebasannya tetapi terdapat rayuan oleh Pendakwa Raya dan telah disabitkan, maka Jawatankuasa Tatatertib berkenaan berkuasa untuk menghentikan Guru X dari kerjanya atau turunkan pangkat berkuat kuasa mulai tarikh sabitannya semasa menunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib di bawah Peraturan 33.

You might also like