Latar Belakang Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sek Keb Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, Selangor.

E-Mail : skpuncakalam@yahoo.com.my No.Telefon : 03-33928171 Faks : 03-33920029 Kod Sekolah : BBA3033 Alamat : Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2, 42300 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sejarah Sekolah Kebangsaan Puncak Alam Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor mula dibuka pada 1 Disember 2001. Mula diterajui dengan 3 orang pentadbir iaitu Tn. Guru Besar: Encik Supardi bin Buniran, Encik Ismail bin Mokhtar; PK Kurikulum, Encik Zarini bin Sarpan; PK Ko-Kurikulum, dan Pn.Fauziah binti PK HEM dan 500 murid.

Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 6.8 ekar. Pembinaannya bermula pada April 1999 dengan kos sebanyak 8.1 juta. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang boleh menampung kira-kira 1200 orang murid.

Sebagai sebuah sekolah yang bakal melahirkan murid-murid berpendidikan bestari, Sekolah ini telah disediakan dengan pelbagai kemudahan asas seperti Makmal Multimedia, Makmal Sains, Surau, Bilik Muzik, Bilik Audio Visual dan Pusat Sumber.

Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam menampung 1200 orang murid beserta dengan 60 orang guru. Misi & Visi Sekolah Misi Sekolah

Berusaha untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam berbagai bidang, kurikulum dan kokurikulum dan memastikan kecemerlangan pembentukan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek murid.

Visi Sekolah

Menjadikan Sekolah kebangsaan Puncak Alam Sekolah Terunggul Dalam Daerah Kuala Selangor Pada Tahun 2011 Pengetua Sekolah

En.Mohd Rozali Bin Awang Soh Logo & Bendera Sekolah

Logo Sekolah

Bendera Sekolah Moto & Lagu Sekolah MOTO

USAHA PUNCAK JAYA

Dengan moto ini hasrat sekolah adalah untuk membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Segala usaha yang dilakukan akan sampai ke puncaknya iaitu KEJAYAAN

LAGU SEKOLAH

USAHA PUNCAK JAYA

Kami warga SK Puncak Alam, Berikrar dan berjanji, Belajar sepenuh hati, Berilmu supaya berbakti.

Kami warga SK Puncak Alam, Setia pada sekolah, Berusaha supaya maju, Menjadi rakyat bersatu.

c/o: Dengan cita-cita yang murni, Berusaha menuju puncak jaya, Dengan teguh iman di hati, Berilmu, Beramal dan Berbakti.

Kami junjung rukun negara, Agama pegangan hidup kami, Kami dengan visi yang satu, Membangun sekolah tercinta.

Kami warga SK Puncak Alam, Berikrar dan berjanji, Mengenang jasa guru kami, Pasti kami hargai.

Latar Belakang Guru

Nama

Latar Belakang Murid

Refleksi

You might also like