Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DOKUMENTASI MAJLIS PERASMIAN SURAU SHARIFAH ALANI DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEK.KEB.TAMAN TUN DR.

ISMAIL (1) 2012

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr.Ismail

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN SURAU SHARIFAH ALANI DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR.ISMAIL (1) 1433 H/ 2012 M

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: 22 FEBRUARI 2012 : RABU : 3.00 petang : SURAU SHARIFAH ALANI

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta Inayah-NYA Panitia Pendidikan Islam SK Taman Tun Dr.Ismail (1) telah mengadakan majlis perasmian Surau Sharifah Alani dan sambutan Maulidur rasul dengan jayanya. Majlis ini telah bermula pada pukul 2.45 petang, 22 Februari 2012 bertempat di surau sekolah. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran yang berbahagia Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal bin Hj Abu Bakar yang merupakan Pengerusi Yayasan EMKAY beserta ahli keluarganya. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yayasan EMKAY, Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Dr.Zainul Ariff B.Hussain, pegawai dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Wakil pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerjaraya, RHB Bank, Bank rakyat, Balai polis Taman Tun Dr. Ismail, Pihak SYABAS dan semua guru SK Taman Tun Dr. Ismail ( 1 ), ibu bapa dan murid murid. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismanizan B. Ismail dan diikuti bacaan ayat suci al-Quran oleh adik Muhammad Hafizuddin Hud B. Mohd Sani. Seterusnya majlis diserikan dengan bacaan alunan zikir oleh para ustaz serta nyanyian nasyid oleh murid murid tahun empat SK Taman Tun Dr.Ismail (1).

Perjalanan majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu- aluan daripada Guru Besar SK Taman Tun Dr. Ismail ( 1 ), Puan Hjh Nik Nab Bt Sulaiman. Guru besar melahirkan rasa kesyukuran atas sokongan semua pihak dalam usaha untuk menjayakan pembinaan Surau Sharifah Alani ini. Ucapan seterusnya disampaikan oleh tetamu terhormat majlis iaitu yang Berbahagia Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal bin Hj Abu Bakar. Beliau turut melahirkan rasa bangga atas semangat dan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan surau ini dapat dibina dengan jayanya. Dan seterusnya merasmikan pembukaan Surau Sharifah Alani dengan rasa penuh kesyukuran. Selepas ucapan perasmian, Puan Hjh. Nik Nab selaku Guru Besar mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal B. Haji Abu Bakar untuk upacara memotong pulut kuning, menandatangani plak dan memotong reben di pintu besar surau sebagai simbolik rasa kesyukuran atas terbinanya surau sekolah ini. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati oleh Guru Besar SKTTDI 1 Puan Hjh.Nik Nab Bt. Sulaiman kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Hj.Mustapha Kamal B.Hj Abu Bakar dan keluarga sebagai tanda kenangan dari pihak sekolah. Selepas itu Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Hj.Mustapha Kamal B. Haji Abu Bakar bersama para tetamu bergerak ke surau untuk melawat bangunan surau, menunaikan solat hajat dan solat asar berjemaah. Seterusnya semua jemputan bergerak ke surau untuk menunaikan solat asar secara berjemaah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan ceramah Maulidur rasul yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim B. Mohamad dari SK.Cochrane. Alhamdulillah, majlis perasmian surau telah berjalan dengan jayanya. Panitia Pendidikan Islam ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian ini samaada secara langsung atau tidak langsung. Semoga ianya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah, Insyallah.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (Pn.Akmar Madihah bt. Ishak) AJK Majlis Perasmian Surau Sharifah Alani SK.Taman Tun Dr.Ismail (1)

. (Pn.Nabilah bt. Abdullah) Ketua Panitia Pendidikan Islam SK.Taman Tun Dr.Ismail (1)

Disahkan oleh,

.. (Pn.Kamariah bt abd.Raof) GPK Tadbir dan Kurikulum SK Taman Tun Dr.Ismail (1)

You might also like