Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN

Disediakan oleh: PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2011 PS/PJ/BM NURHIDAYAH MOHD.ZOHIR@SUHAIMI JAMILAH MOK THER NUR ELIYANA YUSOFF ANIS AZAZI

CAMPUR TANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU


Campur tangan British dalam hal ehwal negerinegeri Melayu membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada Raja-Raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak British. Perlantikan pegawai ini mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran kecuali pengurusan yang melibatkan agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu. Campur tangan British menyebabkan terbentuknya:

Negeri-negeri Selat Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Selepas tahun 1824,British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu : 1. Pulau Pinang (ditubuhkan tahun 1786). Pada tahun 1805, Kerajaan India mengangkat Pulau Pinang menjadi Presidency ke-4 selepas Madras,Bombay dan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara. 2. Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman ditubuhkan dengan seorang residen yang bertanggungjawab kepada kerajaan India pada 1819. 1819-1823, semua arahan datang secara langsung dari Raffles di bangkahulu tetapi setelah Raffles pulang ke England, Singapura diletakkan di bawah pentdbiran India. 3. Meleka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 melalui pertukaran dengan Bangkahulu diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan India.

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)


Pada tahun 1826 Kerajaan India menyatupadukan negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dipanggil dengan Negeri-Negeri Selat dengan tujuan mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. NNS selat menjadi Presidency ke-4 dengan Pulau Pinang sebagai ibu negeri. Taraf presidency diturunkan ke taraf Residency. Jawatan gabenor menjadi residen. 2 timbalan residen dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran negeri selat dipindahkan ke Singapura1830 dan jawatan gebenor digunakan semula di NNS. Gabenor yang pertama ialah Sir Harry Ord. Gabenor dibantu Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangan. Majlis perundangan terdiri daripada 9ahli rasmi dan 5 ahli tidak rasmi. Tugasnya membuat undang-undang NNS tetapi mesti mendapat persetujuan Parlimen British terlebih dahulu. Gabenor NNS diberi kuasa penuh memerintah NNS.

You might also like