Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Daftar di Blogspot Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail

atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot. Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang Create Your Blog Now. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut: 1.

Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumatmaklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang Continue.

(klik imej untuk besarkan) 2.

Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. AlamatURL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.

(klik imej untuk besarkan) 3.

Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

(klik imej untuk besarkan) Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

Mulakan Menulis! Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian Posting > Create.

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada Publish post dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?

(klik imej untuk besarkan) Ubahsuai Rupa Blog Anda Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada Layout > Page Elements

Klik pada Add a Page Element untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik Edit pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang Save dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Contoh sidebar yang dihasilkan:

Nota kaki : Ha! Hey kawan! Dah siap aku buat tutorial nie.. Nanti buat lah..ok??

You might also like