Lontar Peluru

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Lontar Peluru

Disediakan oleh: Khong See Ling Ting Siew Ping Wong Siew Ing

Fizikal Peluru
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110mm.

Berat peluru adalah berbeza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan:
Bil 1 2 Berat Peluru 2.72 kg 4.00 kg Kelas MSSM Bawah 12 Lelaki/ Perempuan MSSM Bawah 18 dan Bawah 15 Perempuan

3
4 5 6

4.55 kg
5.45 kg 7.265 kg 4.005 kg

MSSM Bawah 15 Lelaki


MSSM Bawah 18 Dewasa Lelaki Dewasa Perempuan

Peraturan Asas Lontar Peluru


Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan Peluru mesti mendarat dalam sector 40 Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan

Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat

Latihan Ansur Maju

1. Latihan Mendorong
Melontar bola lisut. Pelontar memegang bola lisut dan melontar dengan gaya berdiri mengadap hadapan. Menolak bola besar secara berpasangan. Monolak bola besar untuk jarak.

2. Melontar secara berdiri


Mengadap arah lontaran dan melontar peluru latihan. Mengadap sisi dan melontar. Membelakangkan kawasan lontaran dan melontar. Melungsur pendek dan melontar. Memusing dan melontar.

Fasa-fasa lontar peluru

Fasa Pergerakan Melontar Peluru


Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontor peluru biasanya terdiri daripada: a) Pegangan peluru b) Lakuan sedia c) Lungsuran d) Kilasan badan e) Lontaran f) Pulihan

Teknik Melontar Peluru


1. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) 2. Gaya melungsur selangkah 3. Gaya Parry O Brien

Gaya Berdiri dan Melontar (tanpa lungsuran)


1. Lakuan sedia Peserta berdiri di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai (di bawah telinga) Rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendak dipindahkan ke kaki belakang

2. Kilasan badan Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru 3. Lontaran Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat

Peluru dilontar keluar dari tangan manuju ke hadapan dan ke atas Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat 4. Pulihan Pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini

Gaya Melungsur Selangkah


1. Lakuan sedia Peserta berdiri di belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran Letak peluru di bawah telinga, bengkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan Kaki kiri dibiarkan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tangah bulatan dengan hujung kaki) Tangan bebas untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit

2. Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur) Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan

3. Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang 4. Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai(badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang)menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik

Disusuli pula dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu diikuti dengan tangan yang memegang peluru Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar 5. Pulihan Bagi mengelak pelontar hilang keseimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu Bawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan

Gaya Parry O Brien

Peraturan Melontar Peluru


1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja. 2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan tangan semasa memegang. 3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan. 4. Pembatalan berlaku: a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar

c) Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan d) Pelepasan peluru yang tidak betul: i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada tangan sebelum lontaran dibuat ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan

5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut 6. Bendera kuning diangkat 15 saatsebelum tempoh yang dibenarkan tamat 7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontara dibuat

8. Pertandingan bermula, maka tidak boleh menggunakan alatan untuk tujuan latihan tidak kira guna bulatan, alat atau tanpa alat yang boleh tinggalkan kesan 9. Tidak boleh balut tangan kecuali luka. 10.Tidak boleh memakai sarung tangan. 11.Pakaian hendaklah sopan dan tidak menjolok mata.

Langkah-langkah Keselamatan
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. 2. Pastikan orang yang berada di sekeliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh peserta. 3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memungut peluru juga dilakukan serentak.

4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru. 5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka. 6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain 7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.

8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan. 9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam. 10.Jika peluru lembap atau basah, sapu dulu dengan kain. 11.Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.

You might also like