Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGUKURAN KELENTURAN

Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan pergerakan yang maksimum. fleksi (kedudukan sudut sendi berkurangan) ekstensi (kedudukan sudut sendi bertambah) bergantung pada tisu lembut (ligamen, tendon dan otot) pada sendi lebih daripada struktur tulang di bahagian sendi itu sendiri. saiz badan, jantina, usia, dan aktiviti fizikal mempunyai had. Misalnya melalui ekstensi pada siku atau lutut, hiperekstensi dan abduksi.

Konsep Kelenturan

Kelenturan adalah komponen terpenting dalam kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Kekurangan dalam aspek ini boleh menyebabkan masalah fungsi atau gangguan bagi setiap individu.

Matlamat Kelenturan

Individu yang mempunyai kelenturan akan dapat melakukan pergerakan dengan mudah, mengurangkan risiko kekejangan otot, peningkatan kemahiran dan mengurangkan peluang kecederaan semasa pergerakan.

Objektif Kelenturan

Individu yang mempunyai tulang belakang yang keras mengalami masalah dalam melakukan aktiviti fizikal disebabkan kegagalan menyerap daya hentakan berjalan, berlari atau melompat.

Fungsi Ujian dan Pengukuran Kelenturan


Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenal pasti individu yang mempunyai pergerakan sendi yang terhad. mengenal pasti tahap kelenturan seseorang yang lebih baik pada bahagian sendi yang lain. digunakan untuk tujuan diagnostik

Bateri, Prosedur Ujian dan Pengukuran Kelenturan


Terdapat dua jenis ujian kelenturan lurus: (a) Ujian kelenturan relatif: Dilakukan berhubung dengan berapa panjang dan keluasan pada beberapa bahagian badan. Julat pergerakan, kepanjangan atau keluasan otot mempengaruhi bahagian badan yang diukur. (b) Ujian kelenturan mutlak: Dilakukan hanya untuk mengukur pergerakan dan bertujuan untuk persembahan mutlak.

Arahan kepada peserta sebelum ujian.

Melakukan 5 hingga 10 minit senaman aerobik yang ringan untuk meningkatkan kadar nadi dan otot;
Lakukan dengan perlahan, dengan cara menahan regangan statik terhadap sendi-sendi yang terlibat; Maklumkan jika mereka mempunyai masalah belakang. Jika peserta ujian mempunyai masalah belakang, benarkan mereka untuk berlatih dengan alat ujian yang diberikan. Jika mereka rasa tidak selesa, anda boleh menyuruh mereka berhenti.

You might also like