Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RUMUSAN Alhamdulillah kami dapat menyelesaikan tugasan audit bahasa ini dengan lancar dan baik.

Kumpulan kami iaitu kumpulan parker kereta, telah diberi tugas untuk memantau papan tanda yang terdapat di kawasan parkir kereta IPG Tuanku Bainun. Kawasan parker kereta telah dibahagikan kepada beberapa bahagian, kami seramai tujuh orang dalam kumpulan tersebut telah dibahagikan kepada bahagian masing-masing iaitu kawasan Dewan Hajah Rohani, Gym, Prasekolah, Perpustakaan, Belakang kantin, Bangunan pentadbiran, Tepi bangunan pentadbiran, Dewan Aminuddin Baki, dan Pusat seni. Alhamdulillah tugasan dapat dijalankan dengan baik. Kami mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dibetulkan seperti penambah baikan papan tanda, menambah papan tanda yang baru, pembetulan ejaan, dan menceriakan lagi papan tanda tersebut. Dari tugasan ini saya telah belajar bahawa setiap perkara yang kita buat hendaklah bilakukan dengan sungguh-sungguh dan buat yang terbaik. Ini kerana, dari tugasan yang kita telah lakukan, atau telah selesaikan, kita akan dinilai oleh masyarakat sekeliling, dan itu akan menggambarkan imej kita yang sebenar. Sepanjang tugasan ini, pensyarah bimbingan, pengerusi program, sahabatsahabat telah banyak kumpulan kami. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi banyak faedah kepada kami sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Walaupun kami menghadapi beberapa masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini, kami dapat menyiapkan dengan sempurna atas kerjasama antara rakan-rakan. Oleh itu, memberikan tunjuk ajar dan penerangan kepada ahli

kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih.

You might also like