Karangan Rumah Setinggan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Arif Anwar bin Lokmanol Hakim 5K7 Soalan 3 Kesan lambakan rumah setinggan & cara mengatasinya.

. Dewasa ini, rumah setinggan di Malaysia semakin berlambak bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Apa yang lebih parah ialah masih ada lagi sisa-sisa rumah setinggan di tengah bandar raya yang cukup maju seperti Kuala Lumpur. Baru-baru ini ada orang yang membina rumah setinggan kononnya tidak dapat rumah kerana kemiskinan hidup sehingga tiada wang untuk membeli rumah. Bukan itu sahaja malahan juga kemunculan pendatang asing tanpa izin yang suka hati membina rumah setinggan seolah-olah mereka tinggal di bumi sendiri. Hal ini memberi kesan kemunculannya daripada keseluruhan aspek. Antara kesan lambakan petempatan rumah setinggan ini adalah boleh melahirkan banyak permasalahan yang serius terutama dalam isu pencemaran air. Hal ini kerana segala pembuangan terus disalurkan kepada sumber-sumber air secara terus tanpa sistem penapisan. Maklumlah rumah setinggan selalunya sistem perparitan tidak terurus. Contohnya, pembuangan sampah sarap, saluran air kumbahan dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan mendorong kepada masalah pencemaran air yang serius. Pembuangan sampah yang teruk sudah pasti akan menjejaskan kualiti air sungai yang berhampiran dengan kawasan petempatan tersebut. Malah, ini juga memberi kesan kepada sungai-sungai berdekatan. Oleh itu, jelaslah bahawa akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Contohnya, kawasan setinggan di Bandar Raya Kota Kinabalu yang hampir semuanya menghadapi masalah pencemaran alam sekitar. Pembuangan sampah yang tidak terurus dan pencemaran sungai di sana amat ketara. Pencemaran seperti sungai dan laut amat berbahaya kepada penduduk Bandar Raya Kota Kinabalu kerana sungai merupakan sumber air dan pendapatan kepada penduduk pesisiran pantai Kota Kinabalu. Di samping itu, lambakan rumah setinggan menyebabkan wabak penyakit tersebar dalam kalangan penduduk rumah setinggan dan kawasan berdekatan. Hal ini kerana sistem saluran perparitan tidak terurus dan teratur. Hal ini sekaligus menyebabkan ramai penduduk rumah setinggan mendapat penyakit yang boleh membawa kepada penderitaan dan maut. Contohnya, penyakit demam denggi, demam malaria dan taun. Pembinaan sistem perparitan pula sukar untuk dibina kerana pembinaan rumah rapat. Apabila penyakit ini dihidapi oleh penduduk setinggan, ini juga akan turut menyebarkan virus penyakit ini ke tempat lain. Keadaan ini turut menjejaskan imej negara.

Arif Anwar bin Lokmanol Hakim 5K7 Soalan 3 Kesan lambakan rumah setinggan & cara mengatasinya. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dengan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan permasalahan petempatan setinggan ini semakin serius. Contohnya, melalui pertambahan pembinaan rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh penduduk rumah setinggan. Tambahan pula, dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, lebih 900 000 unit rumah kos rendah dibina di seluruh negara. Selain itu, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia perlu diteruskan dalam menyediakan kepada banyak golongan kurang berkemampuan agar boleh memiliki rumah sendiri. Dengan ini, tiada lagi penduduk yang tinggal di rumah setinggan kerana boleh membahayakan diri. Ingatlah, rakyat tidak akan tinggal di rumah setinggan jika projek-projek perumahan untuk golongan tidak mampu dan miskin tegar dilakukan secara menyeluruh dalam membanteras kemiskinan. Kemudian, pengawalan golongan imigrasi dari luar negara perlu dilakukan secara ketat. Hal ini kerana majoriti yang membina rumah setinggan adalah daripada golongan warga asing. Maklum sahajalah hanya golongan warganegara Malaysia yang layak untuk menyewa mahupun membeli rumah. Disebabkan itu, ramai warga asing membina rumah setinggan dan mencacatkan negara kita di mata dunia. Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosaklah susu sebelanga. Apabila kemasukan imigran banyak cendawan tumbuh selepas hujan di rumah setinggan tidak terkawal, pelbagai masalah sosial berlaku seperti kes rompak dan ragut. Jika dilakukan secara terkawal, masalah lambakan rumah setinggan akan mencapai sifar. Hal ini boleh dibuat melalui proses akar yang mana perlu ada kuota untuk warga asing yang bermastautin di negara kita. Akhir sekali, kerajaan perlu lebih banyak mendirikan papan tanda peringatan Jangan menceroboh tanah hak milik kerajaan dengan membina rumah haram atau setinggan. Hal ini kerana ada golongan minoriti yang suka hati membina petempatan rumah haram jika tiada papan tanda amaran sebegini. Oleh sebab itu, papan tanda amaran patut dibina dalam memperingatkan supaya tiada pembinaan rumah setinggan dilakukan. Sesiapa yang membina dengan menceroboh hak milik kerajaan boleh didakwa di mahkamah. Dengan pembinaan papan tanda amaran, tiada sesiapa yang berani membina petempatan haram. Sebaliknya, mereka akan mengadu terus kepada pemimpin berkenaan jika menghadapi masalah kemiskinan. Kesimpulannya, pembinaan rumah setinggan mengundang pelbagai masalah daripada seluruh aspek. Oleh sebab itu, semua pihak berkenaan perlu membina lebih banyak rumah mampu milik dan meneruskan program Projek Perumahan 1Malaysia dalam membanteras masalah kemiskinan sehingga mencapai tahap sifar dalam mewujudkan impian negara berpendapatan tinggi.

You might also like