Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BORANG UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 ada menyediakan borang-borang untuk

memasukkan pelan ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ) dan Majlis Daerah. Borang-borang ini perlu disertakan bersama-sama salinan pelan lukisan kerja sesebuah bangunan. Borangborang ini amat penting untuk mendapatkan kelulusan pelan tersebut dari pihak Majlis Daerah dan JKR.

Borang A :

Perakuan pelan-pelan bangunan / struktur. ( Bagi endosemen pelan-pelan untuk dikemukan untuk diluluskan ). Orang yang mengemukakan ialah orang yang berkelayakan dan bertanggungjawab bago endosemen atas pelan-pelan seperti pelukis pelan atau arkitek yang berlesen

Borang B :

Notis mengemukakan / menyambung semula kerja pembangunan ( Undangundang kecil 22 (1) dan 22 (2)

Borang C :

Notis siap pancang tanda ( undang-undang kecil 23 )

Borang D :

Notis siap tapak ( undang-undang kecil 25 (1) )

Borang E :

Permohonan bagi pengeluaran sijil kelayakan bagi bangunan (Undang-undang kecil 23)

BORANG BORANG DARI MAJLIS PERBANDARAN Borang-borang penyerahan pelan untuk Majlis Perbandaran berlainan dari Majlis Daerah dan JKR. Jadi untuk penyerahan pelan ke Majlis Daerah, pihak arkitek perlu mengisi borang-boran yang dikeluarkan dari jabatan ini. Diantara borang-borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) ialah borang MBSA/B/1/84 Pind MBSA/B/2/1984 Pind 2, MBSA/B/14/79 Pind 1/98, dan MBSA/B/4/87

MBSA/B/1/84

: Memaklumkan mengenai butir-butir pelan seperti alamat, batu-batu sempada adalah mengikut pelan tapak, Q.T, geran, C.P. disahkan dengan tandatangan Arkitek atau Pelukis pelan dan tandatangan jurutera.

MBSA/B/2/1984 Pind 2

: Borang untuk kiraan bayaran memproses pelan. Dibawah undang-undang kecil bangunan seragam 1984. Bagi lantai, kadar bayaran ialah tiap-tiap 9m2 ( 100kp ) dalam ( RM ). Bagi alat-alat sanitari pula, bayarannya mengikut kadar bagi tiap-tiap seunit dalam ( RM ). Borang ini juga memerlukan tandatangan dari pihak arkitek dan jurutera,

MBSA/B/14/79/ Pind 1/98

: Merupakan borang untuk senarai semakan laporan tapak dan cadangan. Menyatakan mengenai loksai dengan memberitahu nama jalan dan nama lorong beserta jaraknya. Menyatakan mengenai tapak iaitu : Jumlah batu-batu sempadan lot yang dapat dikesan dan tindakan yang diambil untuk batubatu sempadan yang tidak dapat dikesan Jarak ke bangunan sedia ada beserta keterangan bangunan Jarak ke menara lot beserta keterangan

bangunan

Menyatakan keadaan tapak, kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik, air, telefon, lampu jalan dan longkang di kawasan tersebut. Disahkan oleh arkitek dan jurutera

MBSA/B/4/87

: Borang-borang untuk permohonan kelulusan pelan bangunan. Bersama-sama borang ini perlu dilampirkan dokumen-dokumen mengenai : Surat-surat carian rasmi daripada penguasa / pemegang tanah iaitu cabutan hak milik tanah, Q.T (surat hak milik sementara) / salinan geran tanah Surat akuan pemilik-pemilik tanah / surat perjanjian yang disahkan / disaksi oleh majistret / pesuruhjaya sumpah / pegawai kerajaan A Salinan resit bayaran cukai bandar atau surat pengesahan daripada ketua jabatan penilai, MBSA. Sekiranya cukai belum dikenakan Surat perintah pembangunan daripada Jabatan Perancang Bandar Salinan surat teguran daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba, KWSB, Jabatan Kerja Raya (Jalan), TNB, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Penerbangan Awam Surat akuan penerimaan pelan infrastruktur daripada Jabatan Kejuruteraan Salinan surat akuan penerimaan permohonan ubah syarat tanah daripada Pentadbir Tanah

You might also like