Hak Suami Isteri Membuat Tuntutan Selepas Penceraian

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

ALAMAT MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan Sulaiman , Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur. Tel : 03-22733788 Fax : 03-22734308 03-22740136

MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan. Jalan Tun Mustapha, Peti Surat 81843, 87028 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel : 087-410857 087-420857 Fax : 087-410855 087-420855
LABUAN

KUALA LUMPUR

PUTRAJAYA

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bangunan Annexe, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya.

Tel : 03-88804500

Fax : 03-88804564

HAK SUAMI ISTERI HAK SUAMI ISTERI MEMBUAT MEMBUAT TUNTUTAN TUNTUTAN SELEPAS PENCERAIAN SELEPAS PENCERAIAN

Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumahtangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam islam amat sempurna dan adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga. Sesungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubungan di antara satu dengan lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syara. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak dilindungi. Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah nafkah eddah, tunggakan nafkah isteri, mutah, hak mendapatkan tempat tinggal, harta sepencarian, hak jagaan anak (haddanah) dan nafkah anak.
1. NAFKAH EDDAH

3.

HARTA SEPENCARIAN

5.

NA FKAH ANAK

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat ditentukan oleh Hukum Syara. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa asset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan Harta Sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
4. HAK JAGAAN ANAK (HADANAH)

Nafkah anak ialah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain. Nafkah Anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

6. TUNGGAKAN NAFKAH

Hadanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syara dan Undangundang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan). Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anakanak tersebut samada hendak tinggal bersamaibu atau bapa. Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana Mahkamah Syariah.

Nafkah eddah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh eddah rajie disebabkan sesuatu penceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syara.

7.

HAK TEMPAT TINGGAL

Seseorang perempuan yang yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia berasa biasa tinggal semasa dia dalam perkahwinan selama tempoh eddah.

2.

MUTAH

Mutah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang di beri kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab yang munasabah mengikut Hukum Syara. Kadar mutah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-kedua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mutah tersebut.

NOTA PERINGATAN : Segala maklumat di dalam risalah ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah di dalam mana-mana prosiding Mahkamah.

You might also like