Bateri Modul 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BATERI

Automotif Elektrik & Diesel 2012

TAJUK

SISTEM ELEKTRIK AUTOMOTIF 1.1 BATERI

MODUL

I ( SATU )

UNIT

1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4

Fungsi dan Binaan Bateri Alat Penguji Ujian Penyenggaraan Bateri

MASA / TARIKH

Unit 1.1.1

Fungsi dan Binaan Bateri Objektif : 1. Menerangkan fungsi bateri 2. Menerangkan binaan, fungsi setiap bahagian. 3. Menghubungkaitkan bilangan sel dan plat dengan voltan serta keupayaannya. 1. Fungsi Bateri Membekalkan arus pada system elektrik kenderaan Menerima dan menyimpan arus yang dibekalkan daripada sistem pengecas Menstabilkan voltan bagi keseluruhan sistem elektrik kenderaan 2. Jenis Bateri Bateri sel basah (elektrolit) Bateri sel kering (free maintainance battery) 3. Binaan Bateri terdiri daripada i. Kotak bateri - Berfungsi untuk menempatkan komponen dalaman bateri dan elektrolit. - Di dalam bateri dibina sel dan dipisahkan oleh penyekat. Bilangan sel bergantung kepada voltan bateri - Kotak bateri diperbuat daripada plastik. Palam berliang - Palam berliang merupakan penutup yang mempunyai satu liang kecil. - Palam berliang ini berfungsi untuk membebaskan gas hydrogen yang terhasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalam bateri - Pala mini juga boleh dibuka untuk tujuan menambah air bateri apabila paras elektrolit di dalam bateri berkurangan. Terminal - Berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. - Terminal bateri diperbuat daripada timah hitam (plumbum) - Terminal positif lebih besar daripada terminal negative

ii.

iii.

riezal74 AUTOMOTIF ELEKTRIK & DIESEL, SM VOKASIONAL KUALA KANGSAR

BATERI
Automotif Elektrik & Diesel 2012

iv.

Plat - Plat positif diperbuat daripada plumbum peroksida ( PbO2) - Plat negative diperbuat daripada plumbum (Pb) - Kedua-dua plat ini berfungsi untuk bertindak balas dengan elektrolit. - Dalam setiap sel, bilangan plat negative lebih satu daripada plat positif Pemisah - Pemisah atau dikenali juga sebagai penebat diperbuat daripada campuran plastik dan kertas. - Pemisah ditempatkan di antara plat positif dan plat negative untuk mengelakkan plat ini bersentuh atau bercantum. Elektrolit - Elektrolit terdiri daripada campuran air suling dengan asid sulfuric cair. - Elektrolit ini bertindak balas dengan plat positif dan plat negative untuk menghasilkan arus elektrik. - Dalam kiraan berat, elektrolit mengandungi 65% air dan 35% asid sulfuric cair.

v.

vi.

4. Langkah Keselamatan Sekiranya elektrolit terkena anggota badan, segera basuh anggota itu dengan menggunakan air yang banyak.

Unit 1.1.2

Alat Ujian dan Pengecas Objektif i. Boleh menerangkan penggunaan alat-alat ujian a. Penguji Nyahcas tinggi b. Meter pelbagai c. Hidrometer d. Meter ampere Menerangkan tindakbalas kimia dalam bateri

ii.

1. Alat Penguji a. Penguji nyahcas tinggi (high discharge tester) Berfungsi untuk menguji keupayaan bateri semasa beban tinggi b. Meter pelbagai (multimeter) Berfungsi untuk menguji voltan bateri, arus ulangalik dan rintangan c. Hidrometer Digunakan untuk menguji ketumpatan bandingan elektrolit pada setiap sel bateri.

d. Meter ampere Digunakan untuk mengukur arus.

riezal74 AUTOMOTIF ELEKTRIK & DIESEL, SM VOKASIONAL KUALA KANGSAR

BATERI
Automotif Elektrik & Diesel 2012

2. Tindakbalas Kimia terdapat dua jenis tindakbalas iaitu i. Tindakbalas Kimia Semasa Bateri Nyahcas Ketika sel berada dalam keadaan nyahcas, electron bebas keluar daripada plat negative meninggalkan ion plumbum Ion sulfat dari elektrolit bertindakbalas dengan ion plumbum dan membentuk plumbum sulfat pada plat negative Ion hydrogen daripada elektrolit akan bertindakbalas dengan plumbum peroksida dan membebaskan ion plumbum dan membentuk air. Ion plumbum yang dibebaskan akan bertindakbalas dengan ion sulfat dan menyebabkan plumbum sulfat terbentuk pada plat positif Di dalam keadaan nyahcas ini kandungan elektrolit bertukar menjadi air. ii. Tindakbalas Kimia Semasa Bateri Dicas Ketika sel dicas semula, plumbum sulfat di plat positif dan plat negative akan terurai menjadi plumbum dan sulfat Ion sulfat kembali pada air dan bergabung dengan hydrogen dan membentuk asid sulfuric. Plat positif kembali menjadi plumbum peroksida dan plat negatim menjadi plumbum.

Unit 1.1.3

Ujian i. ii. iii. iv. Menjelaskan istilah ampere-jam Menguji ketumpatan elektrolit Menguji voltan bateri Menguji bateri dengan menggunakan penguji nyahcas tinggi

1. Ampere-jam Merupakan unit yang digunakan untuk mengukur keupayaan sesebuah bateri

Ampere-jam

= arus x masa

Ampere-jam bergantung kepada keluasan plat yang aktif dan kepekatan elektrolit. Ampere-jam dikenali juga sebagai kaedah 20 jam. Selain daripada kaedah ampere-jam , keupayaan sesebuah bateri boleh juga ditentukan dengan kaedah cold cranking dan kaedah reserve capasitive 2. Menguji Ketumpatan bandingan elektrolit Kaedah pengujian i. Letakkan bateri ditempat yang rata. ii. Periksa paras elektrolit di dalam bateri iii. Buka kesemua palam berliang iv. Gunakan hydrometer untuk menguji ketumpatan bandingan pada setiap sel dan catatkan bacaan. v. Bandingkan bacaan yang diperolehi dengan jadual ketumpatan bandingan.

riezal74 AUTOMOTIF ELEKTRIK & DIESEL, SM VOKASIONAL KUALA KANGSAR

BATERI
Automotif Elektrik & Diesel 2012

Jadual Ketumpatan Bandingan Anggaran Ketetapan 1.265 1.299 1.235 1.265 1.205 1.235 Warna HIJAU KUNING MERAH Keadaan Cas Cas Penuh Cas Setengah Cas Suku

3. Menguji Voltan bateri Kaedah Pengujian i. ii. iii. iv. v. Sediakan alat penguji. Jika menggunakan meter pelbagai, ubahkan penunjuk kepada julat 12V Sambungkan punca positif meter kepada terminal positif bateri. Sambungkan punca negative meter kepada terminal negative bateri, Perhatikan bacaan yang ditunjukkan pada meter jika kurang daripada 9.5V maka ini menunjukkan bateri tersebut perlu di cas.

4. Menguji Keupayaan bateri Kaedah Pengujian i. ii. iii. iv. v. Dengan menggunakan penguji nyahcas tinggi. Sambungkan kabel positif bateri ke terminal positif bateri. Sambungkan kabel negative penguji ke terminal negative bateri. Onkan suis penguji x lebih daripada 10 saat Perhatikan bacaan pada meter. Jika kurang daripada 9.5V, bateri perlu dicas.

Unit 1.1.4

Penyenggaraan Bateri Objektif : i. ii. iii. Memeriksa keadaan bateri Mengecas bateri dengan cara siri dan selari Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menguji dan mengecas bateri

1. Memeriksa Keadaan bateri Pastikan kotak bateri dalam keadaan baik. Jika terdapat retak atau pecah bateri tersebut tidak boleh digunakan lagi.

riezal74 AUTOMOTIF ELEKTRIK & DIESEL, SM VOKASIONAL KUALA KANGSAR

BATERI
Automotif Elektrik & Diesel 2012

2. Mengecas Bateri Terdapat dua kaedah untuk mengecas bateri iaitu i. Kaedah cepat (sambungan selari) ii. Kaedah perlahat (sambungan siri) Semasa melakukan kerja mengecas pastikan semua palam berliang dibuka Kaedah Mengecas Perlahan (cara siri) a. Pastikan bateri diletakkan ditempat yang rata dan berlapik dengan papan. b. Buka palam berliang c. Sambungkan kabel positif ke terminal positif bateri pertama. d. Dengan menggunakan wayar pelompat sambungkan terminal negative bateri pertama ke terminal positif bateri kedua. e. Kabel negative pengecas disambungkan ke terminal negative bateri kedua. f. Laraskan alat pengecas mengikut kesesuaian voltan dan bateri g. Hidupkan suis pada alat pengecas h. Biarkan bateri dicas secara siri mengikut tempoh yang ditetapkan pada alat pengecas. Kaedah Mengecas Cepat (cara selari) a. Pastikan bateri diletakkan ditempat yang rata dan berlapik dengan papan. b. Buka palam berliang c. Sambungan kabel positif pengecas pada terminal positif bateri satu. d. Dengan menggunakan kabel pelompat sambungkan di antara terminal positif bateri pertama dan kedua e. Kabel negative pengecas disambungkan ke terminal negative bateri pertama dan dengan menggunakan kabel pelompat yang lain sambungkan diantara terminal negative bateri pertama dan terminal bateri kedua. f. Laraskan alat pengecas mengikut kesesuaian voltan dan bateri g. Hidupkan suis pada alat pengecas h. Biarkan bateri dicas secara selari mengikut tempoh yang ditetapkan pada alat pengecas. 3. Langkah-langkah keselamatan Semasa melakukan kerja mengecas bateri pastikan semua palam berliang perlu dibuka Jika ingin mengeluarkan bateri daripada kenderaan, pastikan tanggalkan klip terminal negative terlebih dahulu dan kemudian baru klip terminal positif. Pastikan kawasan mengecas bateri mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak berhampiran dengan bahan mudah terbakar.

riezal74 AUTOMOTIF ELEKTRIK & DIESEL, SM VOKASIONAL KUALA KANGSAR

You might also like