MINIT MESYUARAT Jawatankuasa Teknik 1 2013

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH SARAWAK (MSSS) BIL.

1/2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran: 1. Ellen @ Manium ak Engang Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Setiausaha Agung MSSS Pengetua, SMK Tabuan Jaya Sekolah Sukan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSS Ketua Unit, Unit Sukan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Penolong Pengarah Unit Sukan (Pegawai MSSS dan MSSM) Setiausaha MSSB Kuching Setiausaha MSSB Sri Aman Setiausaha MSSB Betong Setiausaha MSSB Sarikei Setiausaha MSSB Sibu Setiausaha MSSB Kapit Setiausaha MSSB Mukah Setiausaha MSSB Bintulu Setiausaha MSSB Miri Setiausaha MSSB Limbang PTPS Skuasy PTPS Memanah : : : 21 JANUARI 2013 (ISNIN) 0800-1900 Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching

2.

Hassan Bin Hj. Wa Gani

3.

Paul Law Nai Kung

4.

Johnny ak Rasit

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Mohd. Rashid Bin Ibrahim Ghazali Bin Hj. Gapar Kon @ Sapawai Bin Yahu Wong Tung William ak Anut Philip ak Beginda Cornelius Aie Jabun Mezelan Bin Massimun Abdul Samad Bin Rosli Abdul Halim Bin Suhaili Wong Ho Hock Jamil Bin Talip

17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35.

Tan Gek Hiong Difison Jelema Lina Cham Kee Lian Wennedy Danny Loh Ying Ying Kangot ak Awan Chung Kui Chai Ngu Yu Hu Chua Sim Huat Rengga ak Bantin @ Oliver Rosli Bin Arshad Zulkaranainhisham Bin Sarbini Mah-mhad Zul Kennedy Bin Laili Samri Suhaili Quek Eeu Len Goh Siak Wah Openg Hj. Bujang Sum Kieu Kee Ching Ting Siew Nguong

PTPS Gimnastik PTPS Golf PTPS Gimrama PTPS Badminton PTPS Akuatik PTPS Hoki PTPS Ping Pong PTPS Bola Tampar PTPS Bola Keranjang PTPS Tenis PTPS Catur PTPS Ragbi PTPS Sofbol PTPS Bola Baling PTPS Bola Sepak PTPS Kriket PTPS Sepak Takraw PTPS Bola Jaring PTPS Olahraga

Turut Hadir: 36. 37. 38. 39. 40. 41. Su`aidi Bin Julai Joseph Ling Su Ying Anuar Bin Nibong Chong Meng Sian Dicken ak Kilue Rosli Bin Obeng Pen. Penyelia MSSB Padawan Penyelia MSSB Meradong Pen.Penyelia MSSB Lundu Wakil MSSB Bau Penyelia Sukan MSSB Serian Wakil MSSB Simunjan

42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56.

Alta Abang ak Katum Masduki Bin Sulaibi Awing ak Manggai Zabedee Cosmos Panggie Matsah Bin Kachong Affendi Bin Edi Mathew Ding Ajang Tn. Hj. Hamdan Bin Hj. Bakar Anis Bin Madeli Lim Chun Len Rasid Bin Mail Apo ak Latit Mohamad Nazrin Ikmal Mohamad Bin Ann Nojes ak Ajip

Ketua UPPK PPD Lubok Antu Pen. Penyelia PPD Saratok Pen. Penyelia PPD Julau Penyelia Sukan PPD Song Penyelia Sukan PPD Tatau Pen. Penyelia Sukan PPD Subis Pen. Penyelia Sukan PPD Baram Pen. Penyelia Sukan PPD Lawas Penyelia UPPK PPD Betong Penyelia UPPK PPD Sibu PK III Unit Sukan PK Sukan Peg.Tek. Unit Sukan Peg.Tek. Unit Sukan PK II Unit Sukan

Tidak hadir dengan sebab: 1. 2. Clement Chong Kui Kee Henry Edward Tarang Setiausaha MSSB Samarahan PTPS Perahu Layar

Agenda 1. Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Ahli dan Ahli-ahli baru mesyuarat. 1.1.1 Setiausaha MSSB Baru i. ii. 1.2 En. Kon@Sapawi Bin Yahu En. Abdul Halim Bin Suhaili Setiausaha MSSB Betong Setiausaha MSSB Limbang

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kerana membantu dalam menjayakan aktiviti MSS Sarawak 2012 di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PTPS Olahraga Encik Ting Siew Nguong kerana telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah bagi Anugerah Ketua Menteri Sarawak tahun 2012. Beliau menekankan tema Jabatan Pelajaran Sarawak Tahun 2013 ialah Terus Menjulang Sarawak. Jawatankuasa ini perlu menyusun semula strategi untuk kekalkan kejuaraan bagi Sukan Balapan dan Padang, Bola Tampar dan Akuatik serta melonjakkan penghasilan (kuantiti dan kualiti) untuk meningkatkan prestasi sukan lain. Makluman

1.3

1.4

1.5

Pengerusi memaklumkan kepada semua Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) supaya dapat menyediakan kertas cadangan sekiranya hendak mengadakan kursus sukan dan dimajukan ke Unit Sukan JPN Sarawak. Tindakan: PTPS MSS Sarawak

1.6

Beliau mengingatkan semua PTPS supaya dapat membuat persediaan yang rapi sebelum kejohanan MSSM dan menyeru supaya dapat merancang strategi yang terbaik untuk melonjakkan sukan di bawah jagaan mereka. Tindakan: PTPS MSS Sarawak

1.7

Beliau menegaskan bahawa panel pemilihan atlet yang dilantik semasa kejohanan MSSS dapat membuat pemilihan yang tepat dan betul seterusnya dapat membentuk pasukan yang mantap mewakili MSSS ke Kejohanan MSSM. Tindakan: Semua Setiausaha MSSB

1.8

Mulai tahun 2013, tuntutan kadar MSSS dimansuhkan dan tuntutan perlu menggunakan borang rasmi dengan mengikut Pekeliling Perbendaharaan terkini. Tindakan: Semua Ahli Majlis

1.9

Beliau memaklumkan bahawa Dasar 1Murid 1Sukan hendaklah melibatkan penyertaan yang menyeluruh di kalangan murid di sekolah. Salah satu aktiviti yang perlu dijalankan supaya penglibatan semua murid ialah merentas desa. Makluman

1.10 Data atlet harus disimpan sebagai rekod oleh PTPS dan juga di peringkat sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah sebagai rujukan supaya dapat memberikan data yang tepat apabila diminta. Tindakan: PTPS MSS Sarawak dan Setiausaha MSSB 1.11 Dalam Mesyuarat Pengurusan MSSM Tahun 2012 pada 22 Disember 2012 di JPN Selangor, kehendak Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ialah kejohanan peringkat negeri mulai tahun hadapan perlu dijalankan dalam penggal kedua persekolahan dan bukan awal tahun dan tidak perlu menunggu atau ikut persediaan Takwim MSSM. Tindakan: Urus Setia dan Setiausaha MSSB 1.12 Pengerusi menekankan bahawa pasukan sekolah, daerah dan bahagian seharusnya bersedia dengan pasukan masing-masing untuk bertanding pada bila-bila masa dan bukan ikut jadual kejohanan MSSS atau MSSM. Untuk tujuan itu, PTPS boleh membantu mengenal pasti pasukan pelapis untuk persediaan kejohanan MSSM 2014 dan senarai nama diminta sertakan bersama dengan Laporan. Tindakan: PTPS MSS Sarawak 1.13 Pastikan Jawatankuasa Pembangunan Sukan yang ditubuhkan pada 2009 sentiasa dikemaskini keahlian serta mengadakan mesyuarat. Peringkat PPD harus mempunyai rekod dan senarai Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah. Semua PPD adalah diminta menghantar sesalinan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Daerah ke Unit Sukan. Tindakan: Semua Setiausaha MSSB 1.14 Jawatankuasa ini ditubuhkan mengikut kehendak Bahagian Sukan KPM pada 2009 dengan tujuan merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat masing-masing. Jawatakuasa ini juga diminta membantu dalam pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan di sekolah dan daerah. Tindakan: Urus Setia dan Setiausaha MSSB

1.15 Pengerusi memaklumkan supaya menghantar pencalonan untuk Anugerah Sukan seperti Anugerah Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Anugerah MSSM- Milo KPM, Anugerah Ketua Menteri, Yayasan Sarawak dan Hari Guru.

Tindakan: Urus Setia dan Setiausaha MSSB

Agenda 2.

Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas (Bil.1/2012)

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSS Sarawak Bil. 1/2012 diterima dengan pembetulan nama Encik Ahmad Bin Jaman di muka surat 1 dan pertukaran Gimrama ke Gimnastik muka surat 2 dalam senarai kehadiran mesyuarat. Pencadang : Encik Jamil Bin Talib Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Memanah Encik Rosli Bin Arshad Pengerusi Teknik dan Pembangunan Permainan Catur

Disokong

Agenda 3: 3.1

Perkara Berbangkit

Mesyuarat Pemilihan Pasukan MSSS 3.1.1 Mesyuarat bersetuju supaya laporan mesyuarat pemilihan dimasukkan dalam kronologi kejohanan sebagai peringatan kepada jurulatih atau PTPS Bahagian untuk hadir. Diperingatkan minit mesyuarat perlu dicatat dan dihantar bersama Laporan Pengelola Kejohanan Sukan MSSS. Tindakan: Setiausaha MSSB dan PTPS

3.2

Agihan Peruntukan OS42000 (Yuran MSSM 2013) 3.2.1 Mesyuarat bersetuju supaya agihan peruntukan di bawah OS42000 yang disalurkan kepada PPD Utama hendaklah diagihkan kepada PPD Daerah mengikut kadar yang telah ditetapkan. Tindakan: Semua Setiausaha MSSB

3.3

Profil Murid Dasar 1Murid 1Sukan 3.3.1 Fasa I dan Fasa II kesemua 31 PPD telah menghantar Profil Murid, namun bagi Fasa III dan Fasa IV tidak memenuhi kehendak. Pada tahun 2013 data yang berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SMM) masih diguna pakai. Tindakan: Semua Setiausaha MSSB dan MSSD

3.4

Baju Korporat 3.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Akaun Amanah MSSS semakin berkurangan atas sebab tidak ada kutipan yuran dari murid mulai tahun 2012 dan perbelanjaan adalah melebihi dari penerimaan. Makluman

Agenda 4: Pembentangan Urus Setia Unit Sukan 4.1 Merentas Desa Mesyuarat bersetuju bahawa semua bahagian hendaklah menyertai kejohanan Merentas Desa yang akan dijadualkan pada 2 Februari 2013 (Sabtu) di Sri Aman. Pelancaran Takwim MSSS Tahun 2013 akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sarawak. Makluman 4.2 Badminton PTPS Badminton memaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM menetapkan bahawa pengisian maklumat dalam borang MO1 dan RO1 hendaklah ditaip.

Makluman 4.3 Olahraga PTPS Olahraga mohon supaya pihak pengelola kejohanan perlu ada jawatankuasa penyemakan borang-borang MO1 dan RO1. Makluman 4.4 Gimrama PTPS Gimrama memaklumkan bahawa MSS Sarawak tidak dapat menghantar atlet untuk Kejohanan MSSM pada tahun ini, kerana tidak ada jurulatih yang berkebolehan atau bertauliah. Jurulatih sedia ada sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) . Makluman 4.5 Gimnastik PTPS Gimnastik mencadangkan bahawa pada tahun ini MSSS akan menghantar 3 pasukan dan memerlukan peruntukan kewangan untuk membiayai jurulatih luar. Tindakan: Urus Setia dan PTPS Gimnastik

4.6

Hoki PTPS Hoki memaklumkan bahawa Sarawak ada sebuah Gelanggang Turf yang baru sedang dibina di SMK Paku, Bau. Makluman

4.7

Catur Mesyuarat ambil maklum sekiranya hendak menjemput Pengarah bagi Majlis Penutupan Kejohanan MSSS Catur di Miri, pihak pengelola hendaklah menyediakan teks ucapan dan dihantar seminggu sebelum majlis berlangsung. Tindakan : Setiausaha MSSB Miri

4.8

Sepak Takraw PTPS Sepak Takraw memaklumkan kepada mesyuarat bahawa Kejohanan Liga Sepak Takraw 12 tahun ke bawah tidak dianjurkan mulai tahun ini. Makluman

Agenda 5: Kejohanan MSSS dan MSSM 5.1 Tarikh Kejohanan Merentas Desa di Sri Aman dipinda ke 2 Februari 2013 (Sabtu). Makluman 5.2 Tarikh bagi Kejohanan Memanah di Sarikei juga dipinda ke 4 hingga 6 Februari 2013 disebabkan Kompleks sukan digunakan untuk Perhimpunan Belia. Makluman 5.3 PTPS Ragbi memaklumkan Kejohanan Ragbi memerlukan 4 hari iaitu 28 hingga 31 Januari 2013 di Betong. Makluman 5.4 Mesyuarat ambil maklum bahawa tarikh Kejohanan MSSS bagi skuasy juga ditunda ke 20-22 Februari 2013 atas sebab SMK Sacred Heart, Sibu digunakan untuk Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia. Makluman

Agenda 6: Peraturan AM MSS Sarawak 6.1 Mesyuarat bersetuju bahawa murid yang BUKAN warganegara Malaysia digalakan menyertai kejohanan MSS Sarawak tetapi tidak layak menyertai kejohanan MSSM. Walau bagaimanapun usul akan dibentangkan untuk kelulusan Jawatakuasa Induk MSSS dalam Mesyuarat Agung pada 4 Februari 2013 (Isnin). Tindakan: Urus Setia 6.2 Mesyuarat bersetuju bahawa murid yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah dari Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah wajib disahkan pendaftaran oleh Pengetua / Penolong Kanan bagi membolehkan menyertai pertandingan MSSS. Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat 6.3 Mesyuarat bersetuju bahawa murid-murid sekolah swasta lepasan Tingkatan Lima yang menyambung pelajaran secara berterusan seperti Senior Middle Three, Sekolah agama atau setara dengannya layak menyertai pertandingan MSSS. Makluman 6.4 Mesyuarat bersetuju bahawa semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah menunjukkan sesalinan sijil kelahiran atau My Kid yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan. Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

Agenda 7: Hal-hal lain 7.1 Mesyuarat bersetuju bahawa mulai bulan Mac 2013, borang MO1 dan RO1 MSSS hendaklah diselaraskan dan pastikan cap rasmi jawatan dan cap sekolah, dicap dengan sempurna. Sekiranya borang tidak diisi dengan lengkap, penyertaaan boleh dibatalkan oleh pengelola. Tindakan : Semua Setiausaha MSSB 7.2 Pengetua SMK Tabuan Jaya (SSN) melaporkan pada tahun 2013 seramai 280 orang pelajar yang mengikuti program sukan sepenuhnya. Daripada jumlah itu sukan bolasepak menawarkan seramai 115 orang, sukan olahraga 83 orang, sukan sepak takraw 34 orang dan sukan bola jaring seramai 48 orang. Makluman

7.3

Pengetua SMK Tabuan Jaya (SSN) memaklumkan cara Pemilihan atlet dilaksanakan dengan menggunakan kriteria-kriteria tertentu termasuk :7.3.1 potensi, bakat dan prestasi pada peringkat kejohanan MSS Bahagian dan Negeri. 7.3.2 melalui proses ujian bakat/pemerhatian dari semasa ke semasa (talent scouting) sokongan data panel TID, Jabatan Pelajaran Negeri (Unit Sukan), minat dan disiplin. 7.3.3 prestasi akademik sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan satu B dalam peperiksaan UPSR. Makluman

7.4

PTPS Bola Sepak dan PTPS Ragbi mohon supaya bilangan hari latihan pusat di tambahkan kepada 2 minggu ini bertujuan supaya dapat meningkatkan persefahaman dalam pasukan. Tindakan: Urus Setia

7.5

PTPS perlu memasukkan sesi belajar malam/ kelas bimbingan dalam Jadual Latihan Pusat. Tindakan: Semua PTPS

7.6

Taklimat perlu diberi kepada pasukan MSSS sebelum,Semasa dan selepas kejohanan MSSS. Tindakan:Semua PTPS

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1900.

Dicatat oleh: Urus Setia Unit Sukan JPN Sarawak

Mesyuarat dipengerusikan oleh: Ellen @ Manium Engang Setiausaha Agung MSS Sarawak

10

You might also like