Fasa-Fasa Lontaran

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Fasa-Fasa Lontaran

i. Pegangan peluru
ii. Lakuan sedia (Preparation) iii. Lungsuran (Glide) iv. Lontaran (Delevery) v. Pulihan (Recovery)

i. Pegangan peluru Peluru boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

ii. Lakuan sedia Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagianbelakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak hampir leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar.

iii. Lungsuran Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri. Bagi gaya lungsur selangkah,bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.

iv. Lontaran Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

v. Pulihan Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Lakuan-lakuan yang membatalkan lontaran


1. Melontar di luar bulatan 2. Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.

3.

Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan

4.

Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar dengan manamana bahagian badan.

Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak

Bahagian belakang

Titik "0" pita ukur pada kesan peluru

Garis sektor
Baca jarak lontaran di bahagian dalam papan penahan

You might also like