Jadual Spesifikasi Ujian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.

0 Pengenalan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Tujuan JSU diwujudkan adalah untuk menghasilkan soalan yang berkualiti. JSU dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sebarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran. Selain itu, JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian serta dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

Dalam jadual spesifikasi ujian ini, terdapat 6 aras kesukaran soalan iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aras-aras ini ialah domain kognitif yang dinyatakan oleh Taksonomi Bloom. Aras ini merupakan rujukan asas yang perlu diketahui oleh penggubal soalan sebelum membina soalan untuk pelajar. Penentuan aras soalan mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

Ciri soalan bagi aras pengetahuan memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal. Ciri soalan bagi aras kefahaman pula memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri. Pada aras aplikasi, ciri soalan memerlukan calon menyelesaikan masalah. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

Ciri soalan bagi aras analisis pula memerlukan calan memecah, mencerakin dan mengupas fakta untuk mengkaji unsur-unsur secara mendalam termasuklah

membandingkan dan membezakan fakta dan maklumat yang diperolehi. Aras ini

menguji kebolehan pelajar mengenalpasti isi tersirat dan tersurat sesuatu fakta yang telahg dipelajarinya. Pada aras sintesis, ciri soalannya memerlukan calon merancang, mereka, mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari

penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, prosedur, atau cadangan.

Aras yang tertinggi adalah aras penilaian. Ciri soalan aras penilaian pula ialah menkehendakkan calon menilai sesuatu, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek pro dan cons semasa membuat penilaian. Pelajar boleh diberi soalan tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Pelajar akan menilai sendiri kebaikan dan keburukannya melalui pengalaman sedia ada dan pengetahuan yang diterimanya. Melalui soalan aras ini, ia mampu menggalakkan pelajar menilai dan memproses data yang diterima.

Bagi menghasilkan jadual spesifikasi ujian, kumpulan saya telah memilih Sains Tahun 4 untuk menghasilkan suatu set soalan ujian bulanan yang mengandungi 20 soalan objektif dan 3 soalan subjektif. Set soalan ujian yang telah digubal oleh

kumpulan kami adalah untuk ujian bulanan Mac. Soalan-soalan dalam set kertas ujian ini digubal berdasarkan Tema 1 dalam Sains Tahun 4 iaitu Menyiasat Benda Hidup. Terdapat tiga topik di bawah tema ini iaitu benda hidup mempunyai keperluan asas, benda hidup mengalami proses hidup serta haiwan dan tumbuhan melindungi diri. Set soalan ujian ini bertempoh satu jam dan jumlah markah adalah 35 markah.

2.2
Topik 1.0

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - Soalan Objektif


Aras Soalan Pengetahuan Benda Hidup Mempunyai Keperluan Asas 1.1 Memahami manusia mempunyai keperluan asas 1.2 Memahami haiwan memerlukan keperluan asas. Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

1.3 Memahami tumbuhan memerlukan keperluan asas 2.0 Benda Hidup Menjalani Proses Hidup 2.1 Menganalisa proses - proses hidup manusia 2.2 Menyedari tentang sesetengah perlakuan boleh mengganggu proses hidup 2.3 Menganalisis proses hidup haiwan

2.4 Memahami proses-proses hidup tumbuhan

3.0

Haiwan dan Tumbuhan Melindungi Diri 3.1 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tabiat bagi melindungi diri daripada bahaya/musuh. 3.2 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri khas dan tabiat melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau. 3.3 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciriciri khas dan tabiat yang membenarkan mereka bermandiri

3.4 Memahami tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada musuh 3.5 Memahami tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada kawasan kering dan angin kuat. Jumlah

You might also like