Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi

nama. Cth:
Kami selalu memperkatakan hal itu. (kata kerja) Olahragawan itu sihat sentiasa. (kata adjektif) Hari jadinya ialah hari esok. (kata nama) Ahli perniagaan itu sering kali ke London. ( frasa sendi nama)

Kata adverba

Bentuk kata adverba

Kata adverba jati

Kata adverba yang asalnya kata adjektif


Penggandaan penuh

Kata adverba yang asalnya kata kerja Kata adverb bentuk gandaan

Penggandaan separa
Pengandaan berentak

Berawalan

Berakhiran

Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Contoh dalam ayat:

Pelancong itu akan tiba esok dari Korea. Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit. Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh dalam ayat:
Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit kuat. Anak bongsu Pak Salam sudah besar panjang.

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh dalam ayat:
Pemuda itu suka berenang menelentang. Oran tua itu sering ke hutan menyendiri.

Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata erja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataanyang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya. Contoh:
Betul-betul Sedikit-sedikit Sama-sama

Contoh dalam ayat:

Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah. Kebelankangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya.

Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa iaitu:
Penggandaan separa berawalan Penggandaan separa berakhiran

Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalnya. Contoh:
Bersungguh-sungguh Terkial-kial Tersipu-sipu

Contoh dalam ayat:

Pelajar itu menelaah bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya. Adik menangis teresak-esak apabila menerima berita buruk itu.

Kata adverba penggandaan separa berakhiran pula ialah perkataan yang terhasil daripada porses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. Contoh:
gila-gilaan Habis-habisan Besar-besaran

Contoh dalam ayat:

Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan kejuaraannya. Para perajurit berjuang mati-matian mempertahankan tanah air.

Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Contoh:
Hingar-bingar Sedu-sedan Lintang-pukang

Contoh dalam ayat:

Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya. Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.

You might also like