Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

HUKUM D-M

HUKUM DM dalam FRASA NAMA


1. (D) merujuk kepada Diterangkan manakala (M) merujuk kepada Menerangkan. 2. Sesuatu perkara yang mahu Diterangkan harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang Menerangkan. 3. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan pisang sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli goreng sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang betul ialah pisang goreng bukannya goreng pisang kerana ia merujuk kepada frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.

KEKECUALIAN DALAM HUKUM DM


Kekecualian Hukum DM berlaku apabila penerang mendahului unsur yang diterangkan. Berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan (terutamanya pada nama jawatan)

You might also like