Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.0 PENGENALAN. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.

Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian Negara.

2.0 SEJARAH KEDATANGAN ETNIK BANJAR KE TANAH MELAYU Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia, kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, yang terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah utama orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat yang terkenal sebagai kawasan penanaman padi. Oleh yang demikian, ramai yang berpendapat bahawa mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga dikatakan mahir dilakukan oleh mereka. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan
1

mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara. Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Bagi golongan mingrasi pertama, penghijrahan telah berlaku pada tahun 1780 ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Bagi golongan migrasi kedua, pada tahun 1862 telah berlaku penghijrahan besarbesaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.Bagi golongan migrasi ketiga pula, etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera pada tahun 1905. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda. Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Dalam masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka dikatakan sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri

terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu. Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku Banjar

terutamanya ke Tanah Melayu. Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup. Sebenarnya, menurut Qamaruz Zaman Ismail, Bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, dipetik dalam rencana Berita Harian Orang Banjar Warisi Darah Pejuang (Isnin, 12 Mac 2012) yang disunting oleh Azrul Affandi Sobry mengatakan bahawa, ada dua kelompok penghijrahan orang Banjar ke negara ini iaitu mereka yang mahu bebas daripada masalah dan tekanan di Banjar Masin serta sekelompok lagi ialah pendakwah. Mereka yang lari dan mahu bina kehidupan baru telah memilih untuk
3

mengasingkan diri dan tinggal jauh di dalam hutan. Mereka ini tidak begitu disegani orang tempatan kerana masalah bahasa.

3.0 KEBUDAYAAN KEBENDAAN 3.1Makanan Masyarakat banjar juga terkenal dengan pelbagai makanan dan manisan yang menjadi juadah kepada masyarakat ini sejak dahulu hinggalah sekarang. Antara makanan tersebut adalah wadai kepeng. Wadai kepeng ini pada masa dahulu disediakan selepas selesai menanam padi ataupun di sebarang majlis doa kesyukuran atau doa selamat. Proses menyediakan kuih ini tidaklah sukar dan selalunya masyarakat Banjar akan membuatnya secara bergotong-royong. Cara menyediakan wadai kepeng ini adalah menggunakan tepung pulut, garam dan air suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama sehingga menjadi doh. Kemudian doh tersebut perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit dan bentukkan menjadi bulat kemudian dipicit sedikit agar menjadi leper. Seterusnya, proses membuat kuahnya pula adalah menggunakan santan, air, gula putih, gula merah dan garam. Semua bahan itu akan dimasak bersama sehingga mendidih. Apabila kuah tersebut mendidih barulah dimasukkan adunan tepung yang telah dibentuk tadi. Kesemua bahan tersebut perlu dikacau supaya tepung tadi tidak melekat. Bagi memastikan bahawa juadah ini telah siap dimasak adalah dengan melihat tepung tersebut telah timbul kemudian tenggelam kembali ke dalam kuah.

Gambar menunjukkan makanan masyarakat Banjar, wadai kepeng. Selain itu, salah satu makanan yang popular bagi masyarakat banjar adalah kuih kalakatar. Kuih ini hampir sama seperti bengkang tetapi cara membuatnya menggunakan isi kelapa muda dan air kelapa muda. Kuih ini enak dimakan semasa panas. Cara membuat kuih ini dianggap renyah oleh itu sukar untuk membuatnya dan masih ramai orang banjar yang tidak mahir untuk membuat kuih ini. Resipi bagi menyediakan kuih ini adalah dua cawan tepung gandum, satu biji telur ayam, gula secukup rasa dan sedikit garam. Kemudian campurkan campuran air dan isi kelapa muda, tepung, gula, telur dan garam hingga sebati. Ambil bekas untuk memasak, sapukan sedikit minyak pada bekas berkenaan dan masukkan adunan kuih ke dalam bekas berkenaan. Kuih ini boleh dimasak dengan cara bakar mahupun kukus. Namun kebanyakkan orang yang menjual kuih ini akan memasaknya dengan cara bakar. Kuih ini ternyata enak dimakan dan hanya terdapat di kawasan yang mempunyai masyarakat banjar.

Gambar menunjukkan kuih kalakatar yang dimasak secara bakar atau kukus

Seterusnya adalah kuih balongan ahyam merupakan kuih tradisional yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang masyarakat Banjar yang datang dari Banjar Masin Indonesia. Kebiasaannya, kuih tersebut hanya disediakan untuk hidangan keluarga pada bulan Ramadan tetapi sudah dipasarkan bagi menambah pendapatan keluarga. Kuih ini tidak terlalu susah untuk dibuat kerana ia hanya mengunakan bahan seperti kelapa, gula merah, gula putih, daun pisang dan dikukus selama 15 minit. Rasanya pula enak manis seperti dodol.

Gambar menunjukkan kuih balongan ahyam Seterusnya, masyarakat Banjar juga mempunyai lauk tradisi iaitu ikan wadik. Makanan ini seakan-akan pekasam namun tidak masam. Cara penyediaan ikan wadik ini adalah dengan menggunakan ikan daripada jenis ikan darat seperti sepat atau puyu yang banyak terdapat di kawasan penanaman padi. Memandangkan Daerah Kerian merupakan salah satu tempat pengeluar padi yang terbesar maka

bagi mencari ikan dari jenis ini adalah tidak sukar diperolehi dan banyak didapati di sini. Bagi penyediaan ikan wadik ini, ikan-ikan tersebut akan diletakkan di dalam guri atau balang. Ikan tersebut akan disusun secara berlapis-lapis sambil meletakkan garam di atas ikan tersebut. Terdapat juga orang yang menyediakan ikan ini menaburkan beras goreng atau asam keping di dalamnya. Untuk menikmati ikan tersebut perlu menunggu sehingga sebulan bagi memastikan ikan-ikan tersebut benar-benar terperap dan sebati dengan bahan-bahan yang telah dimasukkan di dalam ikan tersebut. Cara memasak ikan wadik ini adalah dengan menggoreng bersama bawang besar dan cili padi serta dimakan panas-panas bersama nasi putih. Hidangan ini nyata dapat membangkitkan selera kepada orang yang menikmatinya.

Gambar menunjukkan makanan tradisi etnik Banjar iaitu ikan wadik. 4.0 KEBUDAYAAN BUKAN KEBENDAAN 4.1 Fahaman/Kepercayaan Dan Agama Masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkaraperkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya.

Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar. Disebabkan kebanyakkan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman padi maka terdapat satu budaya yang dinamakan berderau bagi aktiviti penanaman padi ini. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti penanaman padi secara berkumpulan. Aktiviti ini diadakan apabila musim penanaman padi bermula. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk menanam padi. Sebagai contoh, jika tuan pemilik tanah sawah padi ingin menanam padi, terdapat 10 orang yang datang untuk membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu 10 orang itu untuk menanam padi mereka. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi. Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkembangan

pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca Al-Quran, mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu agama yang lain. Tambahan pula, kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam kehidupan mereka. 4.2 Adat Perkahwinan Asimilasi dalam perkahwinan di negara ini pastinya lebih menyerlah dan ketara kerana kebanyakannya berhijrah dari tanah lain. Lebih ketara adalah asimilasi dalam budaya perkahwinan melayu. Seperti yang kita ketahui, perkahwinan adalah satu sisi budaya yang unik dan berbeza bagi setiap masyakat dan etnik. Etnik Banjar juga tidak terlepas dari senarai asimilasi budaya perkahwinan ini. Pada masa sekarang, ramai yang mengakui bahawa semakin sukar untuk melihat pengantin Banjar mengenakan pakaian tradisional dan menjalankan adat perkahwinan asal mereka. Orang Banjar memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat
8

penting. Menurut pandangan sebahagian besar orang Banjar, akad nikah tanpa diikuti oleh upacara adat perkahwinan menimbulkan kecurigaan bahawa pengantin perempuan hamil sebelum bernikah. Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana yang cukup ringkas. Mereka tidak ada adat merisik seperti kebanyakan masyarakat yang lain. Hal ini kerana, dalam masyarakat Banjar zaman dahulu, perkahwinan mereka berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan sebagainya. Upacara dimulakan apabila kedua-dua belah berkenaan, keluarga lelaki berjanji akan datang ke rumah perempuan selalunya pada waktu Isyak untuk menyatakan hajat mereka untuk meminang anak perempuan secara terus terang.

Gambar menunjukkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dirai dalam perkahwinan etnik Banjar. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, perjanjian akan dibuat untuk menentukan tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. Pada kebiasaannya, majlis perkahwinan diadakan selepas musim mengetam dan menuai padi. Hal ini disebabkan oleh bekalan beras yang dapat ditampungnya sendiri. Menurut adat masyarakat Banjar, kedua-dua bakal pengantin tidak dibenarkan berjumpa antara satu sama lain. Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung. Apabila pihak lelaki telah menghantar barang keperluan dan duit belanja, barulah pengantin perempuan boleh bersiap sedia untuk upacara mandi adat. Upacara mandi adat atau berpapai dijalankan di tempat khas yang dipanggil balai yang diperbuat daripada empat batang tiang yang diikat dengan batang tebu. Pada
9

setiap batang tebu diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang, ketupat dan kuih cincin. Kawasan balai akan menempatkan bidan dan pembanti untuk memandikan pengantin dengan menggunakan upih pinang. Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk upacara mandi bersama atau mandi adat. Pengantin lelaki dikehendaki memakai kain pelikat dan selendang manakala pengantin perempuan pula memakai kain batik (kain telasan) dan selendang jarang ketika upacara dijalankan. Kemudian, ketika hendak melangkah keluar daripada balai, mereka dikehendaki melakukan upacara pijak telur sebelum naik ke rumah. Selepas itu, kedua-dua pengantin duduk mengelilingi cermin, lampu, pelita atau lilin sebanyak tiga kali dengan dibantu oleh bidan. Selesai acara itu, lilin atau pelita ditiup sambil memasang niat. Upacara ini dinamakan tahaba bermaksud bertembung dalam bahasa Melayu. Kemudian, pengantin perempuan pula tidak dibenarkan melihat wajah di cermin kerana dikhuatiri akan hilang seri wajahnya. Pengantin disandingkan di tengah laman, di atas buaian sambil

dipersembahkan pencak silat sembah dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong. Ketika bersanding, hanya upacara bersalaman dengan pengantin sahaja yang dilakukan tanpa merenjis pengantin atau disebut sebagai tepung tawar dalam masyarakat Melayu. Selain itu juga, pada hari persandingan tersebut diadakan majlis khatam Al-Quran pengantin dan tetamu diberikan bunga telur sebagai kenangan. Menjelang malam, mereka sekali lagi disandingkan di dalam kelambu. Ketika ini, upacara makan di dalam kelambu diadakan iaitu makanan yang dimasak daripada barangan yang dibekalkan oleh pihak lelaki sebelum ini. Selepas selesai, pengantin lelaki keluar dari bilik dan pada ketika itu, dia berzanji dan bermarhaban sehingga pukul 12 tengah malam. Kemudian, barulah pengantin lelaki disuruh masuk semula ke dalam bilik untuk bertukar pakaian manakala pengantin perempuan disuruh melipat kain. Pada ketika ini, terdapat adat bertaguran iaitu adat bertegur sapa. Selepas tiga hari, pihak perempuan dikehendaki mengadakan majlis bubur bayak atau berayak sebagai tanda selamat bertujuan menyelamatkan kelambu atau perkahwinan yang baru dilangsungkan. Pada hari berikutnya, barulah kedua orang mempelai sudah boleh bertaguran atau bertegur sapa.
10

Selain itu, pengantin juga akan melalui budaya bergosok. Dalam upacara adat ini, badan pengantin perempuan digosok oleh bidan untuk mengembalikan seri pengantin. Bahan yangh diperlukan untuk upacara ini ialah kulit kayu yang diperoleh daripada 44 pokok yang belum berbuah atau dikenali sebagai pokok dara. Terdapat pantang larang yang dipegang ketika mengambil kulit kayu tersebut. Doa dipohon kepada Nabi Ilias sambil menyeru nama pengantin yang berbintikan ibunya. Bahan lain yang digunakan dalam upacara bergosok ialah segenggam beras pulut yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus serta diayak, bertujuan mengeluarkan daki dari badan pengantin. Telur ayam dara, sedikit air, daun sirih bertemu urat, kapur yang dipangkah, gambir dan pinang, dilipat dan digulung serta disimpul kemudian, ditumbuk halus. Bidan akan menggosok pengantin bermula dari pangkal hidung, dan terus naik ke atas. Dua tangan berpusing, dan diletakkan rata ke muka. Sebenarnya, pengaruh agama Islam terhadap adat dan upacara perkahwinan orang Banjar sangat besar. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan daripada masyakarat Baanjar merupakan penganut agama Islam. Terdapat dua pengaruh besar dalam adat perkahwinan orang Banjar iaitu pengaruh ekonomi dan pengaruh agama. Hal ini terbukti, apabila pengantin perempuan anak orang kaya biasanya akan menerima jujuran yang lebih banyak daripada pengantin perempuan anak orang miskin. Bagi pengantin lelaki pula, anak lelaki keluarga kaya perlu memberi jujuran yang lebih banyak daripada anak lelaki keluarga miskin. Hal ini memenuhi syarat, adat dan resepsi secara barat. Sekiranya dahulu jodoh mereka ditentukan orang tua, mereka sekarang boleh memilih pasangan yang sesuai dengan pandangan hidup mereka. 4.3 Pantang Larang Wanita Hamil Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang lain. Pantang larang bagi wanita hamil masyarakat Banjar adalah mereka tidak dibenarkan duduk di tengah pintu. Hal ini boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan susah untuk keluar. Seterusnya, jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan
11

orang boleh melihatnya. Perkara ini disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang. Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain. Bagi wanita yang bakal bersalin penggunaan air pelongsor sangat popular dan digunakan sehingga ke hari ini. Tujuan penggunaan air ini adalah bagi memudahkan proses melahirkan anak. Tempoh bagi wanita berpantang pula adalah selama 44 hari. Bagi wanita yang berpantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan serta mereka akan mengamalkan minum air halia setiap hari. Amalan yang diamalkan sepanjang berpantang bagi orang Banjar adalah mereka akan menggunakan barut sepanjang bermeter-meter. Di dalam balutan ini akan dimasukkan pelbagai jenis herba seperti halia, jintan manis dan bawang putih. Kaki perempuan yang bersalin juga akan dibedung supaya tidak boleh terlalu mengangkang. Manakala selepas 10 hari, akan dilakukan urutan supaya dapat menaikkan peranakan dan urutan akan dilakukan sebanyak 3 kali. 4.4 Adat Menanam Uri Selain daripada adat perkahwinan, terdapat beberapa lagi adat yang semakin dilupakan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Banjar. Walau yang demikian, sebahagiannya masih diteruskan terutamanya di kawasan kampung kerana masih berada dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam kawasan tersebut. Antaranya ialah kaedah menanam uri iaitu uri yang keluar bersama bayi dengan membasuh dan membaca bacaan tertentu sebelum ditanam. Kemudian, uri tersebut ditanam bersama sembilu, cabai, bawang, asam, garam dan dimasukkan ke dalam periuk tanah yang mempunyai lubang di bawahnya dan tidak dikambus. Upacara berkhatan pula dilakukan dalam suasana yang cukup ringkas, majlis kenduri doa selamat dan hidangan pulut kuning. Selalunya bagi anak lelaki, mereka berpakat bersunat beramai-ramai kerana diadakan kenduri selepas berkhatan. Bagi anak perempuan, sunat dilakukan oleh bidan kampung. Selain itu, upacara belah
12

mulut turut dilakukan oleh bidan kampung. Cincin akan digunakan untuk diletakkan di dalam mulut tidak kira cincin milik ibu mahupun milik bidan diiringi bacaan tertentu yang diamalkan. 4.5 Adat Upacara Naik Buaian Terdapat beberapa budaya yang masih diamalkan oleh orang Banjar pada masa sekarang antaranya adalah upacara naik buaian. Walaupun tidaklah semeriah dengan budaya asal namun pelaksanaannya masih dapat dilihat sehingga kini. Antaranya adalah upacara naik buaian yang selalunya diadakan pada bulan maulud ataupun pada Rabiulawal yang mana disertai dengan upacara berzanji dan marhaban. Kelainannya upacara ini adalah mengikut jantina bayi tersebut. Jika bayi tersebut adalah lelaki, mereka perlu dipakaikan dengan kain batik lepas dan dialas dengan kain belacu yang dicelup dengan dua warna secara berselang-seli. Warna yang digunakan adalah putih kemudian merah dan putih kembali. Bagi bayi perempuan pula yang membezakannya adalah warna kain belacu yang bermula dengan merah dan berselang-seli dengan putih dan kemudian merah. Upacara ini dilakukan tanpa upacara cukur jambul. Mereka hanya akan membawa bayi tersebut mengelilingi buaian sebanyak tiga kali. Di tepi buaian itu diletakkan sebuah bakul yang mengandungi segantang beras, satu gula kabong, sebiji kelapa, sepiring pulut, sebiji telur rebus, dan dua batang lilin. Dua batang lilin tersebut akan dinyalakan sambil berdoa supaya diterangkan hati secerah cahaya lilin tersebut. Selesai upacara, semua barang akan diserahkan kepada orang yang meletakkan bayi ke dalam buaian. Pada tali buaian pula diikat makanan seperti tiga biji ketupat nasi, tiga biji ketupat pulut, kuih cincin dan pisang dengan tujuan kehidupan kanak-kanak tersebut akan menjadi semanis-manis makanan tersebut. Selesai sahaja selawat makanan ini akan diserahkan kepada kanak-kanak yang datang melihat dan memeriahkan majlis. 4.6 Budaya Bapukung Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi mereka unik sekali. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut

13

bayi. Sebenarnya, budaya yang dinamakan bapukung bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik lain yang menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). Walaupun keadaan bayi kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan sebegini menyebabkan bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat. Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan dakapan kepada bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu. Bayi akan merasa lebih selesa berbanding kaedah buaian yang biasa. Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Cara membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti dalam rahim ibu. Biasanya, orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar boleh memuatkan buaian bapukung dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang Justeru, orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa anak bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. Pada kebiasaannya, ketika mendodoi anak dalam bapukung, ada nyanyian khusus yang digelar dudoi lagu Banjar. Yun ayun anakku ayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas bakijim lakasi guring, umak aur banyak gawian. Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna

14

dinana anakku guring, guring di dalam, dalam Bismillah, jauhi culas jauhkan kulir, kus samangat hidup baiman. Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti buaian lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena. Menurutnya lagi, jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi. 4.7 Adat Upacara Kematian Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula waluh dan ayam bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak. Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kuburdan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampul berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah. Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat
15

Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama, kedua, ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100. Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah. 5.0 Bahasa Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan

sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu). Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak. Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu, Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala. Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vokal iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan dengan vokal selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan. Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/. Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan. 6.0 Budaya Etnik Banjar serta Implikasinya terhadap Pengajaran Pembelajaran. Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan
16

menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah. Namun begitu, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada

perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang

berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tambahan pula, tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid17

murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Muridmurid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza

daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh yang demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses

18

sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah disiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya. Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosiobudaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada

meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai

19

kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosiobudaya masyarakat setempat. 7.0 RUMUSAN Sebagaimana yang boleh dilihat, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalaan adat resam dan organisasi sosial sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran
20

sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor. Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Banjar sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara hidupnya yang tersendiri. Namun yang sedemikian, kami percaya bahawa mereka tetap berpijak pada bumi Malaysia dan sedia bersama-sama dalam membangunkan negara. Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Maka, kesedaran perlulah dipupuk bahawa etnik Banjar juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.

21

8.0 REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t, pertama sekali setinggi penghargaan dan ucapan syukur alhamdulillah kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) yang wajib diambil bagi semester kali ini. Walaupun dengan masa yang terhad untuk menyiapkan tugasan ini, kami telah menunjukkan kebolehan dengan dapat menyiapkan tugasan berdasarkan tempoh yang telah diberikan. Berdasarkan tajuk tugasan pada kali ini, iaitu berkaitan dengan budaya etnik serta implikasi terhadap pengajaran pembelajaran, saya telah memilih etnik Banjar. Setelah beberapa pemerhatian yang saya lakukan etnik Banjar tidak terlalu popular seperti etnik Jawa dikalangan masyarakat Malaysia. Hal ini berikutan kerana, ramai dikalangan masyarakat sekitar yang tidak tahu wujudnya etnik Banjar. Saya telah membuat kesimpulan sendiri bahawa berkemungkinan populasi etnik Banjar yang kurang berbanding dengan etnik Jawa. Disebabkan itu, masih ramai yang tidak tahu kewujudan etnik Banjar. Tambahan pula, etnik Banjar banyak berada di kawasan Perak dan Selangor. Di Johor, Cuma di Batu Pahat sahaja yang terdapat etnik Banjar. Dengan membuat banyak pembacaan berkaitan dengan etnik Banjar, saya dapat mengenalpasti sejarah, kebudayaan, pantang larang dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan etnik Banjar. Bagi saya amat menarik sekali, kebudayaan yang terdapat dalam etnik Banjar serta bahasanya yang berbeza dengan bahasa Melayu mahupun bahasa Jawa. Dalam menyiapkan tugasan ini dapat saya membuka mata serta membuka minda berkaitan dengan ciri-ciri yang terdapat bagi sesebuah etnik. Saya dapat mengenalpasti bahawa setiap etnik mempunyai cara hidup yang berbeza, oleh itu masyarakat bagi setiap etnik juga berbeza mengikut cara hidup mereka. Maka, sebagai seorang guru yang profesional perkara seperti ini harus dititik beratkan. Banyak kebaikan yang dapat seorang guru perolehi sekiranya seorang guru tersebut memahami criteria-kriteria mahupun personaliti bagi setiap individu murid yang berada di dalam bilik darjah.
22

Perkara ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah. Seorang guru harus mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang baik, tenang serta terkawal. Sekiranya seorang guru, tidak memahami murid-muridnya dan sentiasa tidak dapat mengawal kemarahan serta emosi di dalam bilik darjah. Murid-murid juga akan merasakan perkara yang serupa, mereka tidak dapat mengawal emosi serta tidak seronok berada di dalam bilik darjah untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap etnik mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, seorang guru harus mengambil kebaikannya serta kekuatan yang terdapat di dalam diri muridmurid untuk membantu mereka serta rakan sekelas yang lain terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kini saya sedar betapa pentingnya sekecil-kecil perkara yang kadangkala kita terlepas pandang dan dapat mempengaruhi sesuatu perkara yang lain. Guru seharusnya peka dalam setiap perkara yang berlaku terhadap muridmuridnya sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Dengan adanya hubungan yang baik antara guru dan murid, proses pengajaran dan pembelajaran semestinya dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Semoga dengan kesedaran ini, dapat saya memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang profesional dan disenangi sama ada murid mahupun rakan guru. Sekian, terima kasih.

23

9.0 RUJUKAN BUKU Abdul Latiff Abu Bakar. (2001). Adat Melayu Serumpun. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abd. Rahman Hj. Abdullah. (1985). Adat Istiadat Dan Upacara Perkahwinan Daerah Kalimantan Selatan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. Dr. Omar Farouk Bajunid. (1989). Pengantar Kesenian Perak. Universiti Malaya Kuala Lumpur. Habsah Bt Mohd Nordin & Zainal Jazlan. (2005) Istiadat Perkahwinan Melayu Perak. Ipoh: Sakan Multitrading. Wan Maizura Wan Mahmud. (2007). Masyarakat Malaysia. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek.

ARTIKEL Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Orang Banjar Warisi Darah Pejuang. Berita Harian, N8-N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Buat Tebuk Bina Kampung Sukar Jejaki Orang Luar. Berita Harian, N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Banjar Pakar dalam Sektor Pertanian. Berita Harian, N8-N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Bahasa Berbeza Dari Segi Slanga, Dialek, Kosa Kata.Berita Harian, N9.

Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Perubatan Banjar Guna Ayat Suci. Berita

24

Harian, N8-N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Pantang Larang Wanita Hamil Seperti Orang Melayu. Berita Harian, N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak, Selesa. Berita Harian, N8-N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Tarian Masyarakat Banjar LemahLembut. Berita Harian, N9.

Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 16). Budaya, Cara Hidup Banjar Unik. Berita Harian, N8-N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 16). Wadai Kepeng Dibuat Secara BergotongRoyong.Berita Harian, N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 17). Pengantin 'Berpapai' Sebelum Naik Pelamin.Berita Harian, N8-N9. Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 17). Arus Kemodenan Antara Punca Adat Asal Terhakis.Berita Harian, N9

LAMAN WEB Tiada penulis. (2011). Balongan Ahyam, Cenkarok Juadah Ramadan Masyarakat Banjar.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=utu san_malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm&arc=hive. Dilayari pada Februari 2013.

25

10.0 LAMPIRAN

26

You might also like