Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KLASIFIKASI UJIAN *Ujian Pencapaian / Ujian Kecerdasan *Ujian Diagnostik / Ujian Aptitud (kebolehan) *Ujian Formatif / Ujian Sumatif

*Ujian Rujukan Kriteria / Ujian Rujukan Norma *Ujian Objektif / Ujian Subjektif *Ujian Kuasa / Ujian Kepantasan Ujian Pencapaian / Ujian Kecerdasan Ujian Pencapaian o Ujian yang dibina khusus untuk memperoleh ukuran yang dapat memberi maklumat tentang apakah seseorang inidividu itu telah mencapai dalam sesuatu kursus ; o Pada amnya ia merupakan satu penilaian akhir status seseorang individu selepas selesai mengikuti sesuatu latihan atau unit pembelajaran. Ujian Kecerdasan o Ujian direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi pemikiran (mental) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu. Ujian Diagnostik / Ujian Aptitud (kebolehan) Ujian Diagnostik o Ujian direka untuk menganalisis dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang individu dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran supaya punca kesukaran pembelajaran dapat diketahui; o Merupakan ujian rujukan kriteria. Ujian Aptitud (Kebolehan) o Ujian dibina khusus untuk mendapat-kan ukuran bagi meramalkan kejayaan atau sebaliknya seseorang individu dalam kursus pengajian atau pekerjaan di masa depan; o Biasanya merupakan ujian rujukan norma

Ujian Formatif / Ujian Sumatif Ujian Formatif o Ujian dibina untuk mengenal pasti kesukaran yang dihadapi semasa belajar dan untuk memantau kemajuan pembelajaran individu; o Diadakan di pertengahan kursus; biasanya selepas sesuatu unit pembelajaran; o Keputusan digunakan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran; bukan untuk memberi gred; o Biasanya merupakan ujian rujukan kriteria. Ujian Sumatif o Dibina untuk menentukan setakat mana pelajar telah mencapai prestasi keseluruhan yang diharapkan; o Ditadbirkan pada akhir kursus dan diguna-kan untuk menentukan gred kursus; o Biasanya merupakan ujian rujukan norma ( walaupun, ujian rujukan kriteria juga boleh digunakan). Ujian Rujukan Norma & Ujian Rujukan Kriteria Ujian Rujukan Norma o Digubal untuk membandingkan prestasi antara pelajar berdasarkan dimensi (atribut) yang diuji itu ; o Skor dirujuk-balik kepada norma; o Proses perbandingan dibuat melalui langkah di mana pencapaian atau prestasi seseorang individu itu dibandingkan dengan prestasi kumpulan norma. Ujian Rujukan kriteria o Digubal khusus untuk mendapatkan ukuran yang membolehkan kita membuat tafsiran daripadanya tentang apa dan setakat mana domain tingkah laku spesifik yang seseorang individu dapat lakukan; o Skor yang diperolehi daripada ujian jenis ini boleh dirujuk-balik dirujuk-balik

kepada kategori tingkah laku yg spesifik; o Juga boleh digunakan (walaupun kurang berkesan) utk membuat perbandingan.

Contoh: Ujian A 1. 3 + 4 = 2. 5 + 6 = 3. 15+7 = 4. + = 5. 2 x 8 = 6. 9 x 6 = 7. x = 8. x1/5 = 9. 162 = 10. 185 = Ujian B 1. 1 + 3 = 2. 2 + 6 = 3. 4 + 5 = 4. 5 + 2 = 5. 6 + 3 = 6. 3 + 3 = 7. 7 + 2 = 8. 2 + 3 = 9. 4 + 4 = 10. 3 + 4 = Ujian C 1. 2 + 5 = 2. 6 + 3 = 3. 4 + 5 = 4. 4 + 3 = 5. 6 + 5 = 6. 8 + 7 = 7. 4 + 9 = 8. 5 + 8 = 9. 12 + 9 = .. 10. 24 + 6 = 11. 38 + 5 = 12. 15 + 7 =

Objektif Pembelajaran Boleh menambah dua nombor yang tiap-tiap satunya mempunyai satu digit dan jumlahnya Tidak melebihi 10 . Ujian Objektif & Ujian Subjektif Ujian Objektif *Mengandungi item-item yang mempunyai beberapa cadangan jawapan; *Calon dikehendaki memilih jawapan yang terbaik bagi setiap item; *Pemarkahan adalah amat objektif, senang dan tepat; *Kesukaran ujian, taburan skor, kebolehpercayaan dan kesahan isi kandungan ujian lebih mudah dikawal. Ujian Subjektif

o Terdiri daripada item-item yang memberi peluang calon memilih, menerang, dan membentangkan idea-idea dan maklumat menggunakan perkataan dan ayat sendiri; o Soalan-soalan dibahagikan kepada (i) jenis respons terhad, dan (ii) terhad, jenis respons bebas. (i) Jenis Respons Terhad (a) Soalan memerlukan jawapan yang pendek; (b) Respons yang dikehendaki dinyatakan dengan jelas dalam soalan; (ii) Jenis Respons Bebas Soalan memberi calon kebebasan untuk menjawab soalan dengan stail sendiri, dan untuk menunjukkan kebolehan mensintesis dan menilai. Ujian Kuasa & Ujian Kepantasan Ujian Kuasa o Ujian direka untuk mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman yang diperolehi; o Memberi tumpuan kepada kualiti respons yang diberi oleh pelajar; o Kurang ditumpukan kepada mengukur kepantasan pelajar dalam memberi respons; o Masa untuk ujian adalah panjang supaya pelajar mempunyai masa yang mencukupi bagi menimbang dan menjawab setiap soalan. Ujian Kepantasan o Ujian direka untuk mengukur kepantasan pelajar dalam melakukan tugasan atau menjawab soalan; o BUKAN untuk mengukur sama ada pelajar mengetahui jawapan kepada soalan yang diberi; o Soalan adalah agak senang dan seragam daripada segi kesukarannya; o Masa yang diberi untuk ujian adalah terhad; o Pelajar yg kebolehannya sederhana biasa-nya tidak dapat menjawab semua soalan. Ujian Tara (Standard)

o Ujian yang dibina berdasarkan penentuan (spesifikasi) yang terperinci; o Item-item dipilih selepas kajian rintis untuk menentukan kesuaiannya; o Ujian disertai dengan manual yang mempunyai arahan jelas utk memastikan pentadbiran dan pemarkahannya seragam; o Ujian mempunyai norma yg relevan utk penaksiran.

You might also like