POLYA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

2.0 MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA 2.

1 PENGENALAN Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya How to Solve It pada tahun 1945 yang memberi tumpuan teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Bukunya telah terjual lebih satu juta naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau telah memperkenalkan 4 fasa dalam penyelesaian masalah matematik iaitu:

Memahami dan mentafsir sesuatu masalah

Menyemak semula

Merancang/ membentuk rancangan penyelesaian

Melaksanakan penyelesaian

14

2.1.1 EMPAT FASA DALAM MODEL POLYA Kita akan membincangkan satu persatu mengenai empat fasa utama dalam model Polya ini. 1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah Pada peringkat ini, murid akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Murid juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan. Dalam Sinopsis: Bagaimana Memperolehi Kecemerlangan Dalam

Matematik? (2007), di peringkat ini murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah sesuatu soalan, perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti dan item yang hendak dicari atau dijawab. Dalam memahami dan mentafsir masalah yang dikemukakan Polya, beliau mengatakan langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami dahulu masalah yang diberikan. Murid perlu mengenal pasti: a) Apa yang diberikan, apa dia entiti-entiti, nombor-nombor, bentuk-bentuk perkaitan dan nilai-nilai yang terlibat? b) Apa yang perlu dicari? Di sini guru telah membantu murid memahami masalah dengan menyoal beberapa yang telah disediakan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar untuk memahami masalah yang komplek iaitu: Tanya soalan Terangkan masalah dengan perkataan sendiri Kaitkan dengan masalah lain yang hampir sama Fokus pada bahagian yang penting Buat model Lukis rajah

15

2. Merancang Strategi Penyelesaian Selepas murid memahami soalan tersebut, guru membimbing murid untuk merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya. Dalam langkah ini, penyelesaian pelajar perlu mengenal pasti: a) Apakah operasi yang terlibat b) Apakah heuristik / algoritma yang diperlukan Berikut adalah beberapa heuristik / strategi yang perlu dikembangkan kepada pelajar semasa pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah matematik iaitu: Teka dan uji / cuba jaya Membina model Menggunakan gambarajah Memudahkan masalah Mencari pola / corak Membina jadual Uji kaji dan simulasi Kerja secara songsang / bekerja ke belakang Menyiasat semua kemungkinan Mengenal pasti subgoal Membuat analogi Menyusun data / maklumat

16

Pemberian pelbagai bentuk masalah matematik kepada pelajar akan membentuk keyakinan mereka dalam pengendalian masalah-masalah tersebut. Dalam

merancang strategi kita perlu juga: a) Pertimbangan beberapa heuristik / strategi / algoritma b) Bandingkan dengan masalah yang hampir sama 3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian Sebaik saja penyelesaian msalah telah dirancang, murid boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid-murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk

mendapat jawapan yang betul. Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul. Untuk melaksanakan heuristik / strategi penyelesaian perlu dibuat berdasarkan kepada perancangan yang telah dirancang pada awalnya, iaitu: Terjemahkan maklumat yang diberi itu kepada bentuk matematik Laksanakan heuristik atau strategi di langkah perancangan dan jalankan semua proses dan pengiraan yang terlibat Semak setiap langkah heuristik / strategi yang digunakan Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun. 4. Menyemak Semula Penyelesaian Akhirnya, murid boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, murid boleh menyemak jawapan dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara sonsang seperti jawapan yang diperoleh daripada operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab. Semasa menyemak semula, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya cara penyelesaiaan masalah yang dilaksanakan oleh pelajar adalah logik walaupun

17

strategi yang digunakan berbeza-beza. Berikut adalag perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa penyemakan iaitu: a) Semak semua maklumat penting yang telah dikenal pasti b) Semak pengiraan c) Pertimbangkan penyelesaian yang logik d) Lihat penyelesaian yang lain e) Baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar benar telah menjawab soalan 2.2 STRATEGI/ HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH Penyelesaian masalah adalah sebuah proses bagaimana individu

menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru harus memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Program pendidikan matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada pembelajaran konsep matematik dan penguasaan kemahiran-kemahiran asas matematik. Ia juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara matematikal. Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah. Heuristik merupakan konsep yang lebih umum dan boleh digunakan untuk menyelesaikan sebarang jenis masalah. Berikut adalah beberapa jenis heuristik yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalah. Teka dan uji / cuba jaya
18

Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau

penyelesaian. Teka dan uji memerlukan kita membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dan kemudian menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui. Segala tekaan dan uji / cuba jaya tidak dibuat secara rambang atau rawak sahaja. Terdapat tiga cara melaksanakan teka dan uji / cuba jaya iaitu: Teka dan uji / cuba jaya secara rawak Teka dan uji / cuba jaya secara sistematik Teka dan uji / cuba jaya secara inferens Menggunakan gambarajah Heuristik melakar gambarajah boleh membantu pelajar memahami sesuatu masalah dengan lebih jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar tetapi jelas, pelajar boleh menandakan maklumat yang diberikan dalam masalah pada gambarajah itu. Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. Melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan mengikut skala. Mengenal pasti pola Heuristik mencari pola, pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang masalah itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan penyelesaian pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk mendapatkan penyelesaian. Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. Suatu pola ialah pengulangan sistematik yang tetap. Ia mungkin dalam bentuk angka, visual atau perlakuan. Dengan mengenalpasti pola, anda boleh meramalkan apa akan berlaku seterusnya.

19

Bekerja ke belakang secara songsang Heuristik bekerja kebelakang / secara songsang ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mencari dan masalah membuktikan. Terdapat beberapa masalah yang memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan kita diminta menentukan apa yang berlaku sebelumnya. Dalam masalah-masalah sedemikian kita boleh menentukan syarat syarat akhir itu terlebih dahulu dan kemudian menggunakan heuristik bekerja ke belakang/ secara songsang untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu. Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence, pola, persamaan dan lain-lain. Bagi sesetengah masalah, adalah lebih mudah bekerja secara songsang, iaitu dengan menggunakan penyelesaian akhir untuk melihat bagaimanakah proses di awal penyelesaian tersebut untuk mendapatkan jawapannya. Memudahkan masalah Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks.

Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan. Kebanyakan masalah boleh dipecahkan kepada masalah yang lebih kecil dan apabila digabungkan kemudian akan memberikan penyelesaian. Ada masalah masalah yang boleh diselesaikan dengan bekerja secara songsang. Bagi masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam satu langkah, ianya boleh dipecahkan kepada beberapa kes dan diselesaikan secara berasingan. Menggunakan analogi Apabila sesuatu masalah A adalah serupa, setara atau hampir setara dengan masalah B yang prosedur penyelesaiannya sudah diketahui, maka heuristik analogi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah A. Terdapat dua kes bagi penggunaan heuristik analogi. Jika masalah A itu setara dengan masalah, maka prosedur penyellesaian B boleh digunakan terus untuk menyelesaikan masalah A. Sebaliknya, jika masalah A hanya serupa atau hampir setara dengan masalah B

20

dalam beberapa bahagian sahaja, maka prosedur penyelesaian masalah B perlu diubahsuaikan. Membuat jadual/carta/graf Heuristik membuat jadual/carta/graf membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur semua kes yang mungkin dalam jadual/ carta/ graf sehingga jawapan yang dikehendaki itu diperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar melihat corak/pola maklumat. Membuat jadual/carta/garf adalah berguna apabila kita tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke dalam bentuk ayat matematik. Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta, jadual dan graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih kumpulan fakta atau maklumat. Maklumat ini boleh dipamerkan sebagai piktograf, carta bar atau graf garis. Pelajar perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan maklumat. Membaca dan membina graf adalah kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini membolehkan melihat hubungan dan pola maklumat. Melaksanakan ujikaji (eksperimen) dan simulasi Terdapat masalah boleh diselesaikan jika pelajar melaksanakan kerja praktik iaitu melaksanakan ujian/eksperimen bagi mendapat maklumat untuk membantu menyelesaikan masalah. Eksperimen/ujikaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan menyediakan bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi. Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan mengambil masa yang terlalu panjang/lama untuk diselesaikan malalui uji kaji, penggunaan simulasi boleh dijalankan. Kadangkala sesuatu masalah itu sukar digambarkan atau dikenalpasti prosedur yang sesuai untuk menyelesaikannya. Melakonkan situasi masalah itu mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Anda boleh

menggunakan orang atau objek sebenar seperti yang diceritakan dalam masalah tersebut atau mewakilinya dengan objek lain. Melakonkan semula masalah akan
21

membantu menyelesaikan masalah tersebut atau pun membantunya menjumpai strategi lain yang boleh menentukan penyelesaian masalah tersebut. Strategi ini sangat efektif untuk kanak-kanak. Menaakul secara mantik Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada

bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut. Menggunakan kaedah algebra Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut. Justeru, jelaslah disini bahawa terdapat pelbagai jenis penyelesaian masalah. Dalam menggunakan heuristik dalam penyelesaian masalah, para pelajar harus sedar bahawa sesetengah masalah mungkin boleh diselesaikan dengan satu daripada beberapa heuristik altenatif. Sesetengah masalah yang lain pula memerlukan lebih daripada satu heuristik. Di samping itu, penggunaan heuristikheuristik merupakan satu kemahiran yang agak sukar untuk dikuasai dengan baik. Oleh itu, guru matematik perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk menerangkan kepada pelajar bagaimana dan bila sesuatu heuristik itu sesuai digunakan. Pendekatan yang diambil oleh guru harus membabitkan aspek diskriptif dan priskriptif. 2.3 APLIKASI PENYELESEAIAN MASALAH MENGGUNAKAN MODEL POLYA Contoh 1 Keluasan suatu segiempat tepat ialah 120 cm. Panjang dan lebarnya adalah nombor bulat. Apakah dua nilai yang mungkin bagi panjang dan lebar nya? Apakah nilai yang akan memberikan perimeter yang terkecil? Penyelesaian: Langkah 1: Memahami masalah

22

Maklumat yang diberikan, Luas = 120 cm2. Luas = panjang x lebar. Langkah 2: Merancang penyelesaian Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari semua nilai panjang dan lebar yang mana hasil darabnya ialah 120. Gunakan jadual agar lebih mudah dan jelas. Langkah 3: Melaksanakan penyelesaian Bina satu jadual panjang dan lebar seperti berikut yang mempunyai keluasan 120 cm2. Lebar 2 3 4 5 6 8 10 Panjang 60 40 30 24 20 15 12 Perimeter 124 86 68 58 52 46 44

Dari jadual di atas, perimeter yang terkecil ialah 44 cm. Langkah 4: Menyemak semula Semak jawapan anda untuk memastikan bahawa jawapan anda betul Panjang = 12, Lebar = 10 Luas = 12 x 10 Perimeter = 2 (12 + 10) = 4 Contoh 2 6.24 l dikurangkan sebanyak 530 ml menjadi? A. 0.94 l

23

B. 5.71 l C. 6.31 l D. 6.71 l Penyelesaian: Langkah 1: Memahami masalah soalan - Mencari baki cecair setelah dikurangkan - Cecair asal 6.24 l - Dikurangkan sebanyak 530 ml Langkah 2: Merancang strategi - Menggunakan operasi tolak (cecair asal jumlah cecair dikurangkan) - Menggunakan eksperimen Langkah 3: Melaksanakan strategi i. Menggunakan operasi tolak (cecair asal jumlah cecair dikurangkan) = 6. 24 l ml =6. 24 l X 1000 = 6240 ml = 6240 ml 530 ml = 5710 ml liter = 5710 = 5.71 liter 1000

ii. Menggunakan eksperimen cecair asal 6.24 l / 6240 ml

24

cecair yang dikurangkan 530 ml/ 0.53 ml

Langkah 4: Menyemak jawapan i. Menggunakan operasi tambah = 6240 ml 530 ml = 5710 ml = 5710 ml + 530 ml = 6240 ml liter = 6240 1000

= 6.24 liter = Jadi, baki cecair selepas dikurangkan 5710 ml / 5.71 l = B. 5.71

2.4 KESIMPULAN Masalah-masalah dalam kehidupan sebenar selalunya tidak bersifat tertutup dan tidak mempunyai hanya satu jawapan yang betul. Ada pelbagai cara untuk
25

menyelesaikan

sesuatu

masalah

dalam

kehidupan

sebenar.

Pelajar

perlu

menguasai kemahiran untuk menetukan cara yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Masalah yang bersifat tertutup iaitu yang boleh diselesaikan dengan mengikut pola menjawab yang tertentu hanya akan memperkembangkan kemahiran terhad. Manakala masalah yang bersifat terbuka berupaya untuk mereka cipta dan bukan hanya mengikut dan menghasilkan semula apa yang sudah wujud. Ini akan membawa kepada perkembangan daya kreatif dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada penemuan sainstifik, rekacipta dan inovasi. Penyelesaian masalah merupakan satu proses menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran, dan pemahaman individu tersebut untuk mengenalpasti suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Kaedah penyelesaian masalah yang dikenali sebagai Model Polya mempunyai empat fasa yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah. Empat fasa tersebut telah diterangkan secara ringkas iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah, merancang / membentuk rancangan penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak semula. Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis masalah yang ingin dan hendak di selesaikan. Strategi strategi yang kerap digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik di sekolah rendah adalah seperti kaedah analisis, kaedah analogi, melukis gambarajah, bekerja secara songsang, mempermudahkan masalah, melihat kepada pola matematik, asimilasi dan melakonkan semula, menggunakan operasi matematik dan membuat jadual.

26

You might also like