Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

STESEN 3 CONTRAST BATH

Jenis modaliti : Hidroterapi (Contrast Bath) Kecederaan Jenis kecederaan Fasa Alatan : Pergelangan Kaki : Ankle Sprain I : Sub-Acute : Thermometer, Contrast Bath (2 buah baldi sejuk dan 2 buah baldi panas) Objektif: 1. Mengurangkan kesakitan. 2. Melancarkan peredaran darah di kawasan yang direndam. 3. Melancarkan proses metabolism. 4. Menambahkan keanjalan ligament.

Prosedur: 1. 2 buah baldi yang bersesuaian disediakan untuk suhu panas dan suhu sejuk. 2. 1 baldi diisi dengan air panas dengan suhu 37C -40C manakala 1 baldi lagi diisi dengan air sejuk yang suhu 12C - 18C. 3. Bahagian kaki yang sakit direndam dahulu dengan air sejuk selama 1 minit.

4. Selepas 1 minit, bahagian kaki yang sakit direndam dengan air panas selama 30 saat. 5. Seterusnya, kaki direndam dalam air sejuk selama 30 saat.

6. Selepas itu, kaki tadi direndam ke dalam air panas selama 30 saat. 7. Rendaman dalam air sejuk dan panas diulang selama 30 saat dan setiap rendaman selama 14 minit. 8. Akhir sekali, kaki direndamkan ke dalam air sejuk selama 1 minit.

9. Kaedah rawatan ini memerlukan masa selama 15 minit NOTA: Penggunaan air panas yang digunakan dalam rawatan ini ialah untuk vasodilation (pengembangan salur darah) pada bahagian anggota badan yang cedera manakala diikuti dengan pengunaan air sejuk yang bertujuan untuk menyebabkan vasoconstriction ( pengecutan salur darah). Hasilnya, satu daya tekanan yang akan mengeluarkan keradangan pada bahagian anggota badan yang cedera itu akan berlaku.

Soalan 1

1. Perlukah suhu air sentiasa dikekalkan sepanjang tempoh menjalani rawatan ini? Jawapan Bagi mendapatkan kesan ataupun hasil yang baik, suhu air mestilah sentiasa dikekalkan sepanjang menjalani rawatan ini dengan cara menambah air panas dan sejuk agar suhu yang telah disarankan dapat dikekalkan
2. Berapakah suhu yang disarankan bagi menjalankan rawatan ini? Jawapan : Bagi bekas yang mengandungi air panas, suhu yang disarankan ialah diantara 37C -

40C manakala bagi bekas yang mengandungi air sejuk pula diantara 12C - 18C.

You might also like