Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN DAUN (K) 78300 MASJID TANAH, MELAKA

MBA0010 Tel /Fax : 06-3846219 e-mail : skduriandaunk@gmail.com

Ruj. Kami Tarikh

: PIBG SKDD (K)/ 820/ 01/ 2012 (4) : 21 Januari 2013

Yang dihormati, YBhg. Encik Abu Bakar bin Abdul, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Alor Gajah, 78000 ALOR GAJAH. Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN MENAIKTARAF PRASARANA SEKOLAH Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), memohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan agar dapat memberi peruntukan bagi menaiktaraf prasarana tersebut : Bil 1. Prasarana Jalan tar di kawasan sekolah Lintasan Zebra Cermin Cembung Lalu Lintas Catatan Memerlukan kepada penurapan baru kerana keadaan jalan yang sudah teruk dan perlu diturap segera kerana sekolah terpilih menjadi Pusat Mengundi PRU13 Lintasan zebra yang perlu dinaik taraf di hadapan sekolah demi keselamatan murid. Kemudahan ini amat perlu diletakkan di hadapan pintu pagar demi keselamatan kenderaan yang keluar masuk sekolah.

2. 3.

3. Pihak kami turut melampirkan gambar-gambar berkaitan untuk rujukan pihak tuan. (Sila lihat lampiran). 4. Pihak kami memohon jasa baik tuan agar permohonan ini dapat diluluskan demi kebaikan bersama khususnya untuk anak-anak pelajar SK Durian Daun K. 5. Segala perhatian, tindakan dan kerjasama tuan amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Pendidikan Bermutu, SKDD (K) No 1 Saya yang menjalankan tugas, . ( ABDUL MUIZ BIN MOHD NOOR Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Durian Daun (K).
s.k 1. Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah 2. Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Alor Gajah

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN DAUN (K) 78300 MASJID TANAH, MELAKA
MBA0010 Tel /Fax : 06-3846219 e-mail : skduriandaunk@gmail.com

You might also like