Masyarakat India Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA

Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Sejarah Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulankumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[1]

Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.

Bahasa Tamil akka kakak

Bahasa Melayu

kadai kedai kappal kapal katikam ketika

muthu mutiara nagaram negara purva purba suniyam udayam vakai bagai bhumi bumi Surya Suria sunyi udaya

Penghijrahan Tamil Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Pembahagian pekerjaan Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.

'Pada masa kini,selepas tahun 70an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar. Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah sesat di bandar serta tidak dapat menyesuaikan dengan kehidupan bandar. Anakanak lelaki keluarga seperti inilah, yang secara signifikan, hidup tak tentu , tak dapat sesuaikan diri kehidupan bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil

dan sederhana. Ada yang lain pula menggotai kumpulan samseng ia itu hasil kesan filem filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India Malaysia yang berhijrah ke bandar.

Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Akan tetapi, ia didapati tidak mencukupi.

Kelompok etnik yang lain Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong. Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.

Taburan geografi Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.

Slanga yang menghina untuk orang India Malaysia Pandangan bahawa Keling ialah slanga yang menghina bagi orang India atau Hindu adalah tidak benar. Perkataan keling telah pun digunakan sejak zaman silam.Sejarah Melayu juga mengunakan perkataan keling,tetapi tidak dengan nada

menghina.Perkataan ini mungkin akar-umbinya berasal dari perkataan "KALINGA" satu kerajaan india purba yang mendominasi budaya dan ekonomi di Asia tenggara.

Namun begitu rata-rata orang india di Malaysia, dan Singapura kini akan rasa terhina dengan panggilan ini. Baru-baru ini, istilah "Keling" pernah digunakan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mengakibatkan kegemparan di kalangan orang India yang menuduh ahli-ahli parlimen untuk rasisme. Penggunaannya kini tidak digalakkan dan tidak digunakan dalam saluran rasmi, sebagai menghormati perasan kaum India di Malaysia.

KEMASUKAN INDIA KE TANAH MELAYU


1. Pengenalan

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramairamai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.

SEBAB-SEBAB KEDATANGAN a) Faktor penolak keadaan sosioekonomi di India Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuantuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya

pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

b) Faktor penarik i. Perkembangan perusahaan getah Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.

ii. Galakan daripada Kerajaan British Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orangorang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

3. Sumbangan Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan getah. Buktinya pada 1897 345 ekar, 1900 46 ribu ekar, 1905 48 ribu ekar, 1906 85 ribu ekar, 1909 200 ribu ekar, 1911 1 juta ekar, 1914 1.5 juta ekar, 1918 2.5 juta ekar dan 1940 3.5 juta ekar. Di samping dalam perusahaan getah orang India

juga telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru, doctor, kerana dan lainlain lagi. 4. Kemasukan a. Sistem buruh kontrak Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruhburuh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan. b. Sistem Kangani Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik. Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem

kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan. 5. Komposisi penduduk orang India a. Orang Tamil Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan. b. Orang Malayali Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional. c. Orang Telugu Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet. d. Orang India Utara Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis. 6. Bilangan penduduk orang India Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Melayu).

Kebudayaan Masyarakat India Di Malaysia


Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu. Antara kebudayaan hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan vanakum. Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai adat berkunjung kerumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat india digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah rakan atau sanak saudara. Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang kerumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah. Dalam masyarakat ini, sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda kebaikan. Dalam masyarakat india, keluarga merupakan institusi yang sangat penting. Dalam sesebuah institusi keluarga india, bapa memainkan peranan utama dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, ibu merupakan seseorang yang sangat dihormati dan yang

paling mulia dalam institusi keluarga. Malah ibu dianggap tuhan dalam keluarga mereka. Manakala anak perempuan mereka pula dipanggil seperti seorang ibu dalam tradisi masyarakat mereka. Oleh yang demikian, dalam kebudayaan mereka, anak perempuan dijaga dengan sempurna dan amat dititikberatkan terutamanya ketika mereka masih dara. Ini menunjukkan bahawa golongan wanita diangkat dengan darjat yang tingi dalam kehidupan masyarakat hindu di negara ini. Kedudukan suami dalam keluarga pula, golongan suami dianggap sebagai tuhan oleh isterinya. Dan golongan suami harus ditaati dan dihormati oleh golongan isteri. Sewaktu perkahwinan masyarakat india, kad jemputan memainkan peranan yang penting kerana sekiranya terdapat kesalahan pada kad jemputan ia menunjukkan bahawa majlis perkahwinan mereka tidak akan berjalan dengan lancar. Malah pada kad jemputan, mereka menyapu dengan serbuk kunyit cair sebagai keharmonian. Seterusnya beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa kekuil untuk disembahyangkan (arccanai). Kad jemputan tersebut diletakkan di dalam dulang bersama pinang, wang ringgit, sireh dan sebagainya sebagai tanda kekayaan. Upacara ini dikenali sebagai paanam paaku. Seterusnya dulang tersebut dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberikan kepada pengantin lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Seterusnya adalah penyediaan thaali yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan dan lelaki. Pada thaali tersebut diletakkan segumpal benang putih yang dilumur dengan kunyit. Dalam penyediaan thaali ini, ia mengambil masa selama tujuh atau sembilah hari sebelum perkahwinan. Dalam penyediaan thaali ini pihak lelaki dikehendaki membawa emas, cendana, kumkum, sireh dan bayaran untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali tersebut hendaklah diletakkan di tempat sembahyang. Seterusnya, upacara sembahyang dilakukan dan dikenali sebagai thalippadaiyal dimana dalam upacara tersebut nasi manis disediakan termasuk dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Semasa perkahwinan berlangsung, upacara penyatuan atau ikatan suci akan dilakukan agar perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan

upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Selepas itu, pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Pelbagai adat yang dilakukan ketika perkahwinan berlangsung Antaranya adat menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa dan membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti kepada bapa mertua serta sari dan wang kepada ibu mertua. Selepas upacara perkahwinan, pengantin perempuan

dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Selain daripada adat perkahwinan, masyarakat india juga mempunyai adat menyambut kelahiran bayi. Dalam menyambut kelahiran bayi, semua ahli keluarga akan dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah itu, apabila bayi dilahirkan, ahli keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara keagamaan selama 16 hari. Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan anak. Ketika ini, rumah dan buaian akan di hias dengan begitu cantik. Dalam acara ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dala memberikan nama yang sesuai kepada anak, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang bertuah dan bersesuain dengan bintang aksaranya. Dalam memberikan nama bayi, bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu agama oleh golongan wanita. Seterusnya adalah kebudayaan kaum india dari aspek perayaan. Masyarakat india menyambut pelbagai jenis perayaan dalam setahun mengikut kelendar hindu. Sepanjang tahun tersebut, mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang dan perubahan tahun. Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini upacara sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama hindu. Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan perayaan menuai dan padi baru masak serta memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

You might also like