Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Mazlan mahu Mingomingo perkasa di pasaran.

Encik Ramli Mazlan merupakan pengasas pembuatan ice cream jenama Mingomingo yang beroperasi di alamat No 2 Jalan AU 1A/3A, Taman Keramat Permai, KL. Permulaan perniagaan Encik Ramli Mazlan diusahakan secara kecilkecilan dengan bilangan pekerja seramai 6 orang sahaja. Sifat usahawan yang ada pada beliau membolehkan perniagaan yang diusaha telah berjaya mencapai kejayaan setelah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam perniagaan yang mempunyai daya saing yang tinggi. Kejayaan perniagaan makanan ice cream Encik Ramli Mazlan telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.

Perniagaan Encik Ramli Mazlan telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Perniagaan ice cream Mingomingo telah mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan baru yang lain dengan bantuan daripada MARA dalam bentuk kewangan. Kesungguhan beliau memberi pendidikan dan latihan berkaitan perniagaan kepada usahawan baru telah berjaya melahirkan modal insan berasaskan perniagaan makanan. Kejayaan yang dikecapi oleh En Ramli Mahzan dijadikan role model kepada usahawan bumiputera yang Berjaya, usahawan baharu dan masyarakat keseluruhannya.

Didapati idea perniagaan Encik Ramli Mazlan berkembang bermula daripada tahap idea sehingga dikormersialkan dengan jayanya. Secara umumnya, seseorang usahawan berjaya sebenarnya boleh dilatih. (Sumber: Business Kini, 2008, ms.14/16)

Soalan 1. Terangkan peranan usahawan kepada masyarakat dalam kes di atas. [10]

2. Huraikan lima tahap proses merealisasikan idea perniagaan yang dijalankan oleh Ramli Mazlan dalam usaha menjalankan perniagaan ice cream. [15] 3. Huraikan cirri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Encik Ramli Mazlan sebagai usahawan yang berjaya. [10]

Soalan

(1) Jelaskan peranan usahawan kepada masyarakat dalam kes di atas [10] Jawapan : 1.memberi peluang pekerjaan 2.memberi peluang perniagaan kepada usahawan lain 3.melahirkan modal insan melalui pendidikan dan latihan usahawan baharu 4.menjadi role model kepada masyarakat dan usahawan baru (2) Huraikan lima tahap proses merealisasikan idea perniagaan yang dijalankan oleh Encik Ramli Mahzan dalam usaha menjalankan perniagaan ice cream.[15] Jawapan: 1.Tahap idea 2.Tahap konsep 3.Tahap pembangunan produk 4.Tahap ujian pemasaran 5.Tahap pengkomersilan (3) Huraikan ciri-ciri ushawan yang dimiliki oleh Encik Ramli Mazlan sebagai usahawan yang berjaya.[10] 1.Gigih 2.Berwawasan 3.Berani mengambil risiko 4.Sanggup menghadapi cabaran 5.Bijak merebut peluang 6.Kreatif dan inovatif

Panduan Pengajaran Tajuk : Peranan usahawan kepada masyarakat Jenis kes ilustarsi Sinopsis Kes ini mengenai bidang pemakanan dan pembuatan ice crean jenama mingo mingo oleh seorang usahawan yang bernama Encik Ramli bin Mazlan daripada peringkat awal perniagaan sehingga keperingkat kejayaannya dan peranannya kepada masyarakat. Objektif 1.Menonjolkan proses merealisasikan idea 2.Menjelaskan peranan usahawan kepada masyarakat 3.membincangkan ciri-ciri usahawan yang berjaya Strategi memimpin kes 1.membentuk kumpulan kecil 5-6 pelajar 2.edarkan kes semasa sesi asingkan soalan 3.terangkan sinopsis kes, bacaan individu 5-7 minit 4.minta bincang dalam kumpulan isu-isu yang timbul dalam kes. Catatkan isi utama untuk perbincangan 10-15 minit. 5.perbincangan mula dengan soalan kemudian memuncak kepada soalan perbincangan Soalan cadangan 1.Golongan siapa yang suka makan ais cream 2.Pernahkan mendengar tentang ice crean jenama Mingo mingo Soalan 1.Apakan ciri-ciri usahawan yang ada pada Encik Ramli Madzan 2.Terangkan sumbanga Encik Ramli Mazlan sebagai usahawan kepada masyarakat 3.Jelaskan proses merealisasikan idea perniagaan yang dilalui oleh Encik Ramli Madzan Soalan analisis 1.Huraikan cabaran persekitaran yang dihadapi untuk mengembangkan perniagaan makanan ice cream Mingo mingo dan jelaskan tindakan yang yang boleh diambil oleh Encik Ramli Madzan.

You might also like