Sumber

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SUMBER SEMULAJADI DAN KEGUNAANNYA

Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan sendirinya, bukan buatan manusia. Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu;

Sumber Mineral Sumber Hutan Sumber Laut

2 Sumber Mineral Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut;

Petroleum Gas Asli Bijih Timah

Emas

2.1 Petroleum Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain.

Gambarajah 1. Salah satu syarikat yang mengeluarkan petrol untuk kenderaan

Gambarajah 2. Diesel yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Gambarajah 3. Kerosin digunakan sebagai bahan bakar kapal terbang

Gambarajah 4. Pelantar petroleum

2.2 Bijih Timah Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik.

Gambarajah 5 Kaedah melombong bijih timah, mendulang

Gambarajah 6 Kaedah moden melombong bijih timah; kapal korek

2.3 Gas Asli Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contoh: Gas untuk memasak

Gambarajah 7 Tabung gas

2.4 Emas Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain.

Gambarajah 8 Batang emas

Gambarajah 9 Perhiasan yang diperbuat daripada emas

3. Sumber Laut Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura. Sumber laut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu;

Makanan Pelancongan Kemudahan Harian

3.1 Makanan Rakyat Malaysia telah dianugerahkan dengan dengan bermacam-macam sumber makanan laut. Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya Malaysia mengeksport hasil laut ke Singapura.

Gambarajah 10 Hasil tangkapan laut para nelayan

Gambarajah 11 Antara produk hasil laut

3.2 Perlancongan Perlancongan adalah antara penyumbang ekonomi utama Malaysia sekarang. Malaysia bertuah kerana memiliki antara pulau-pulau yang tercantik di dunia dan berjaya menarik ribuan pelancong asing dari luar dan dalam negeri. Antara pusat perlancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Redang.

Gambarajah 12 Keindahan tempat pelancongan di Malaysia

Gambarajah 13 Aktiviti skuba diving yang menjadi tarikan pelancong

3.3 Kemudahan Harian Seperti yang kita tahu, air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak, membasuh dan lain-lain.

Gambarajah 14 Penggunaan air paip harian

. Sumber Hutan Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada jumlah kawasan keseluruhanya. Disamping kaya dengan Flora dan Faunaya, hutan di Malaysia menyediakan sumber- sumber yang lain. Sumber-sumber tersebut adalah :

Perabut dan Kraftangan Makanan Rempah- ratus

Gambarajah 15 Hutan Hujan Khatulistiwa

Gambarajah 16 Hasil Balak

4.1 Perabut dan Kraftangan Banyaka produk-produk perabut dan kraftangan yang dapat dihasilkan daripada hasil hutan di neegara kita. Ianya bukan sahaja cantik, malah berkualiti tinggi, kayu- kayu seperti jati, cengal , dan meranti merupakan kayu yang mempunyai pasaran yang tinggi.

Gambarajah 17 Produk daripada hasil hutan

4.2 Makanan Pada zaman dahulu, manusia mencari sumber makanan di merata-rata tempat.salah satu tempatnya adalah hutan. Hutan di Malaysia menyediakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, ulamulaman , haiwan-haiwan dan sebagainya.

Gambarajah 18 Ulam-ulaman

4.3 Rempah ratus Dahulu, Tanah Melayu dijajah oleh barat. Barat mengkehendaki Tanah Melayu kerana kawasan pelabuhan yang strategik. selain itu, barat amat tertarik dengan hasil buminya. Salah satu hasil bumi atau hutan yang amat berharga ialah rempah ratus. Rempah ratus amat berguna dalam menyedapkan rasa makanan, mamanaskan badan dan juga bau yang dapat menenangkan fikiran.

Gambarajah 19 Rempah ratus di Malaysia

You might also like