Lontar Peluru

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

Fizikal Peluru

Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110mm.

Berat peluru adalah berbeza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan:
Bil 1 2 Berat Peluru 2.72 kg 4.00 kg Kelas MSSM Bawah 12 Lelaki/ Perempuan MSSM Bawah 18 dan Bawah 15 Perempuan

3
4 5 6

4.55 kg
5.45 kg 7.265 kg 4.005 kg

MSSM Bawah 15 Lelaki


MSSM Bawah 18 Dewasa Lelaki Dewasa Perempuan

Peraturan Asas Lontar Peluru


Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan Peluru mesti mendarat dalam sector 40 Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan

Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat

Latihan Ansur Maju

1. Menolak bola besar secara berpasangan sebanyak 5 kali. 2. Menolak bola besar untuk jarak sebanyak 5 kali dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. 3. Menolak bola besar ke dinding menggunakan kedua-dua belah tangan ( aras tinggi dan aras rendah) 4. Menolak bola besar ke dinding dengan menggunakan sebelah tangan.

Fasa-fasa Lontar Peluru

Fasa Pergerakan Melontar Peluru


Lontar peluru melibatkan 4 fasa seperti berikut: a) Pegangan peluru dan lakuan sedia b) Lungsuran c) Lontaran d) Pulihan

Gaya Melontar Peluru


Pada amnya terdapat tiga gaya: 1. Gaya melontar dirian (tanpa lungsuran) 2. Gaya melungsur selangkah 3. Gaya Parry O Brien

1. Gaya melontar dirian (tanpa lungsuran)


Fasa 1: Pegangan peluru Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua: a) Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. b) Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

Fasa 2:Lakuan Sedia Berdiri di bahagian hadapan bulatan. Bahu kiri mengadap arah lontaran. Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Fasa 3: Lontaran -Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dah menolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

Fasa 4:Pulihan Kedudukan kaki depan belakang seperti semasa lontaran.

2. Gaya lungsur selangkah


Fasa 1: Pegangan peluru Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua: a) Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. b) Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

Fasa 2: Lakuan sedia -Berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakangkan kawasan lontaran. -Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. -Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Fasa 3: Lungsuran Dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah bulatan dengan mengilang kaki kiri.

Fasa 4: Lontaran -Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dah menolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

Fasa 5: Pulihan Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang.

3. Gaya Parry OBrien


Fasa 1: Pegangan peluru Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua: a) Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. b) Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

Fasa 2: Lakuan sedia -Berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakangkan kawasan lontaran. -Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. -Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Fasa 3: Lungsuran Dalam keadaan badan condong, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Kaki kanan bergerak ke tengah bulatan.

Fasa 4: Lontaran -Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dah menolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

Fasa 5: Pulihan Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang.

Peraturan Melontar Peluru


1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja. 2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan tangan semasa memegang. 3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan. 4. Pembatalan berlaku: a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar

c) Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan d) Pelepasan peluru yang tidak betul: i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada tangan sebelum lontaran dibuat ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan

5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut 6. Bendera kuning diangkat 15 saatsebelum tempoh yang dibenarkan tamat 7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontara dibuat

8. Pertandingan bermula, maka tidak boleh menggunakan alatan untuk tujuan latihan tidak kira guna bulatan, alat atau tanpa alat yang boleh tinggalkan kesan 9. Tidak boleh balut tangan kecuali luka. 10.Tidak boleh memakai sarung tangan. 11.Pakaian hendaklah sopan dan tidak menjolok mata.

Langkah-langkah Keselamatan
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. 2. Pastikan orang yang berada di sekeliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh peserta. 3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memungut peluru juga dilakukan serentak.

4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru. 5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka. 6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain 7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.

8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan. 9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam. 10.Jika peluru lembap atau basah, sapu dulu dengan kain. 11.Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.

You might also like