Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN PERSATUAN (PERSATUAN / KELAB / PASUKAN)

Rujukan : 02 /
/ /

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SELAYANG

Bab (1) NAMA DAN ALAMAT : Persatuan / Kelab / Pasukan ini dinamakan :KADET REMAJA SEKOLAH d/a : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor D.E. Bab (2) TUJUAN : Tujuan Am : _________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Tujuan Khas : _______________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

AKHIR : Lain - lain perkara yang diarahkan oleh Pengerusi ( Pengetua ) dan Setiausaha Majlis Persatuan.

Bab (3) KEAHLIAN ( PARA ANGGOTA ) A B C Terbuka kepada semua pelajar. Tiap-tiap persatuan hendaklah menentukan bahawa semua ahli dapat menyertai dalam semua kegiatan secara aktif. Pelajar-pelajar mestilah memohon menjadi ahli pada awal tahun untuk pendaftaran.

Bab (4) GUGUR MENJADI AHLI A B C D E Seorang ahli itu hilang keahliannya apabila ia dipecat oleh Jawatankuasa kerana melanggar Undang-Undang Tubuh dan tidak menghiraukan nasihat Jawatankuasa. Menghadiri kurang 80% perjumpaan tahunan yang diwajibkan. Ahli yang tidak menjelaskan yuran. Berhenti dan berpindah sekolah. Minta berhenti menjadi ahli (beserta surat rasmi) dengan alasan yang munasabah.

Bab (5) MESYUARAT AGUNG A Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali setahun di dalam bulan Januari. Tempat persidangan diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat Agung Tahunan boleh dijalankan apabila kehadiran sekurang-kurangnya 36 orang menjadi cukup koram atau tiga kali jumlah jawatankuasa Persatuan / Kelab / Pasukan. Berkuasa memilih 11 orang jawatankuasa. Melantik seorang juruaudit.

C D

Bab (6) MESYUARAT JAWATANKUASA A B C Sekurang-kurangnya diadakan dua kali sebulan dengan dihadiri oleh tidak kurang daripada 8 orang ( dua pertiga daripada jumlah jawatankuasa ). Mesyuarat Jawatankuasa pertama di antaranya hendaklah menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan dan menyediakan rancangan sepanjang tahun. Mesyuarat Jawatankuasa terakhir ( Penyelarasan ) hendaklah diadakan selewatlewatnya sebulan sebelum sekolah ditutup untuk cuti akhir penggal persekolahan tiaptiap tahun. Diantaranya hendaklah mempastikan Laporan Tahunan dan Penyata Kirakira telah disediakan. Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Jawatankuasa dan Agenda, tujuh hari sebelum diadakan mesyuarat tersebut.

Bab (7) JAWATANKUASA A 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. B Jawatankuasa (murid) ini hendaklah mengandungi : Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Seorang Penolong Bendahari Lima orang Ahli Jawatankuasa. Seorang Juru Audit Kesemua ahli yang tersebut di atas hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung.

Bab (8) DERMA / SUMBANGAN AHLI Ahli-ahli hendaklah membayar Sumbangan Tahunan sebanyak RM3.00 bagi Kelab/Persatuan dan RM5.00 bagi Badan Beruniform. Tambahan dari jumlah sumbangan yang ditetapkan hendaklah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan surat permohonan hendaklah dipanjangkan kepada penolong pendaftar.

Bab (9) KEWAJIPAN DAN HAK AHLI A B Ahli yang telah gugur keahliannya mengikut bab 4 ceraian a hingga e, lucut segala haknya di atas peraturan ini. Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut, hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat / perjumpaan dan berpakaian seragam sekolah atau uniform yang ditetapkan. Ahli-ahli yang telah dipecat atau telah digugur hak keahliannya bolehlah membuat rayuan bertulis pada Jawatankuasa Persatuan untuk mendapatkan pertimbangan kemasukkannya semula. Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau sebarang surat mengenai persatuan ini.

Bab (10) PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERATURAN A B C Undang-undang tubuh ini tidak boleh ditambah atau dipinda atau dibatalkan kecuali didalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pindaan atau tambahan pada undang-undang tidak boleh dijalankan kuatkuasanya sebelum dibenarkan oleh Majlis Persatuan Sekolah. Jawatankuasa persatuan hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan. Laporan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan.

Bab (11) KEWANGAN PERSATUAN / KELAB / PASUKAN


A B C D E F Sumber kewangan - Baki Wang Tahun Lepas, Yuran Ahli, Derma dan Peruntukan yang diberi oleh Sekolah. Bendahari Kehormat di benarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM10.00 pada sesuatu ketika. Bakinya hendaklah disimpan oleh Pemegang Amanah yang ditentukan oleh Pengetua selaku Pengerusi Majlis Persatuan (Tabung Kebajikan Sekolah). Pada masa penyerahan atau pengeluaran melalui Pemegang Amanah oleh Bendahari maka hendaklah dicatatkan dan ditandatangani sebagai tanda pengesahan. Kewangan persatuan bermula pada awal Januari dan berakhir 2 minggu sebelum cuti persekolahan. Baki wang berdasarkan Penyata Kira-kira Tahunan hendaklah diserahkan atau dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Persatuan ( Pengetua ) oleh Pemegang Amanah serta dicatatkan dan ditandatangani dalam tiga salinan.

BAB (12) TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA A


1. 2. 3. 4. 5.

PENGERUSI
Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat kecuali dalam Mesyuarat Agung. Berhak memberi keputusan undi kepada bilangan yang sama. Menyaksikan dan menandatangani tanda pengesahan wang daripada Bendahari kepada Pemegang Amanah dan sebaliknya. Menandatangani minit mesyuarat sebelum disahkan. Menjaga dan mentadbir hal ehwal perjalanan persatuan ini.

NAIB PENGERUSI
Menggantikan dan membantu tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

C
1. 2. 3. 4. 5. 6.

SETIAUSAHA
Mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja persatuan. Bertanggungjawab mengutus surat-surat persatuan yang ditentukan oleh Jawatankuasa. Hadir dalam semua mesyuarat dan menulis semua minit. Menyediakan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan membentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa pertama. Menyediakan Laporan Tahunan dan membentangkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Terakhir ( Penyelarasan ) Menyimpan buku daftar ahli-ahli persatuan serta butir-butir mengenai No. Kad Pengenalan / Tingkatan / Tahun / Alamat / No. Tel. dan lain-lain butir yang di perlukan.

PENOLONG SETIAUSAHA
Membantu Setiausaha dalam menjalankan semua urusan dan kerja-kerja persatuan serta menggantikan tempat setiausaha apabila ketiadaannya.

E
1. 2.

BENDAHARI
Bertanggungjawab mengenai hal kewangan persatuan dan segala buku-buku yang berkaitan dengan kewangan. Membentangkan Penyata Kewangan Persatuan pada setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa terakhir ( penyelarasan ). Penyata ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung. Menyimpan segala kira-kira perbelanjaan persatuan, resit-resit dan menyediakan segala penyata berkenaan pada bila-bila masa dikehendaki. PENOLONG BENDAHARI Menolong bendahari dan menggantikan bendahari apabila ketiadaannya.

3.

G
1. 2. 3. 4. 5. 6.

JAWATANKUASA
Bertanggungjawab atas kemajuan semua mesyuarat. Hendaklah hadir dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir mesyuarat, hendaklah memaklumkan secara bersurat kepada Setiausaha dengan alasan yang munasabah. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir dalam 3 kali mesyuarat tanpa mengemukakan alasan yang munasabah, dengan persetujuan Jawatankuasa boleh dipecat atau dilucutkan jawatannya. Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/AJK untuk biro Jawatankuasa yang dibentuk. Setiap AJK mestilah mematuhi etika kerahsiaan.

BAB (13) PENAUNG


Pengetua adalah sebagai Pengerusi Majlis Persatuan dengan sendirinya merangkap Penaung.

BAB (14) PENASIHAT/PEMIMPIN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Minit Mesyuarat Agung, Perlembagaan Persatuan dan Perancangan Aktiviti Utama Persatuan hendaklah diserahkan kepada Pengetua secara bertaip, 14 hari dari tarikh Mesyuarat Agung. Penasihat-penasihat persatuan ini dilantik oleh Pengetua di awal tahun. Jika lebih daripada seorang, seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai Ketua Penasihat. Penasihat-penasihat hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung. Penasihat-penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti persatuan. Penasihat hendaklah membimbing jawatankuasa dan ahli. Penasihat hendaklah menandatangani dan menyerahkan Buku Kehadiran Aktiviti Kokurikulum pelajar pada hari yang sama aktiviti dijalankan. Penasihat hendaklah menandatangani/dimaklumkan sebelum diedarkan atau ditampal semua surat pemberitahuan, surat permohonan atau jemputan. Segala surat menyurat hendaklah melalui Pengetua. Penasihat hendaklah menentukan semua laporan/minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan disediakan dengan lengkap dan diserahkankan kepada Penyelaras Kokurikulum masing-masing dua (2) minggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan.

BAB (15) PENGGANTUNGAN PERSATUAN


1. 2. 3. Persatuan ini tidak boleh digantung / dibubarkan oleh ahli-ahli atau penasihat. Pengetua berhak mengGantung / membubarkan apabila perlu. Apabila ini berlaku segala harta hendaklah diserahkan kepada Majlis Persatuan sekolah itu sendiri.

BAB (16) TAFSIRAN


Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam undang-undang Tubuh ( Perlembagaan ) perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi / Setiausaha Majlis Persatuan. Keputusan Pengerusi ( Pengetua ) adalah muktamad.

____________________________ ( Tandatangan Pengerusi ) Nama : MUHD AIMAN BIN NOR AMRI Ting : 5 NEPTUNE

________________________________ ( Tandatangan Setiausaha ) Nama : RAIMI DALILA BINTI YUSOF Ting : 5 MUSYTARI

____________________________ ( Tandatangan Bendahari ) Nama : SYAHMINA ATHIRAH BINTI SAUDI Ting : 5 MUSYTARI

_______________________________ ( Tandatangan Penasihat/Pemimpin ) Nama : PN ZAINAB BINTI MOHD JAN Tarikh : _________________________

_________________________________

Tarikh : ___________________________

_________________________________ Pen. Pendaftar Sekolah

Tarikh : ______________________

You might also like