Hubungan Etnik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BIODATA TOKOH PENDIDIKAN Encik K. Balasubramaniam dilahirkan pada 1 Oktober 1939 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Anak kedua ini dalam keluarganya mendapat pendidikan rendah dan menengah di ACS Ipoh, Perak. Minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, menjadikan beliau seorang guru yang terlatih setelah mendapat pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan (MTC) Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sejarah dan Pengajian India di Universiti Malaya. Setelah berjaya memperoleh ijazah pertama, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Master of Education in Sosiology di Universiti Sains Malaysia.

Antara jawatan yang disandang oleh Encik K. Balasubramaniam ialah Pengetua SMK Darul Ridzuan, Taiping, Perak, SMK St. Micheal Ipoh, Pensyarah Undangan, Institut Aminuddin Baki, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Kinta, Penolong Kanan SMK Methodist (U), Sg. Siput, dan sebagai pendidik di Malay College Kuala Kangsar. Setelah bersara, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga banyak menyumbangkan bakti dalam pelbagai pertubuhan NGO seperti sebagai Presiden Lions Club Ipoh, Presiden Persatuan Penulis India Kebangsaan, dan lain-lain lagi.

Pendapat Encik K. Balasubramaniam tentang A. Kemesraan dalam komunikasi. Menurut tokoh pendidikan ini, di Malaysia sudah wujud satu masyarakat mengikut kehendak Rukun Negara yakni cita-cita untuk mengeratkan hubungan yang lebih erat dan lebih mesra berbanding dengan masa lampau.

Bagi beliau, telah berlaku pelbagai perubahan dalam hidup harian rakyat Malaysia, sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pun begitu, pegangan etnosentrik masih kuat dalam setiap kaum di Malaysia. Ini kerana, setiap kaum masih kuat mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing. Ini merupakan satu amalan yang kurang sihat dalam sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Ringkasnya, setiap kaum harus menjalani hidup mengikut acuan bahasa dan budaya tanpa sebarang pandangan negatif dan perbandingan budaya antara kaum. Beliau juga berpendapat rakyat negara ini lebih mengutamakan persefahaman berbanding dengan etnosentrik.. B. Budaya Ziarah-menziarahi Bagi Encik K. Balasubramaniam, amalan ziarah-menziarahi merupakan salah satu amalan hidup masyarakat majmuk di negara ini terutamanya sewaktu sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Hari Natal. Selain itu, mengunjungi rakan-rakan sewaktu kecemasan atau kesusahan tanpa mengira kaum dan agama juga merupakan amalan yang cukup terpuji yang masih kuat dalam masyarakat Malaysia.

Bagi beliau, setiap individu harus menghormati sensitiviti kaum apabila menjemput dan meraikan rakan-rakan mereka yang berlainan kaum dan agama. Contohnya, dari segi makanan yang dihidangkan. Menyentuh tentang beberapa insiden perselisihan faham yang berlaku kebelakangan ini, beliau menjelaskan puncanya ialah fahaman yang sempit dan perasaan ego yang ditunjukkan oleh hanya seorang dua yang mempunyai agendanya tersendiri . Mereka harus memahami dan mengutamakan perpaduan dan persahabatan berbanding dengan isu-isu yang boleh meretakkan hubungan baik antara kaum di negara ini. C. Mengambil Berat Tokoh pendidikan yang mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal kemasyarakatan ini menggarapkan peri pentingnya setiap rakyat di negara yang kaya dengan sejarah integrasi ini menunjukkan tanggungjawab terhadap kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Setiap

golongan baik golongan pemerintah mahupun golongan yang diperintah mempunyai tanggungjawab. Pemimpin harus memimpin negara untuuk kemajuan bangsa dan negara manakala rakyat pula harus memberikan kerjasama kepada pemimpin untuk memastikan taraf hidup mereka ditingkatkan baik dari segi pendidikan mahupun sosio budayanya.

Sekali lagi, beliau menegaskan, objektif Rukun Negara harus dihayati sepenuhnya supaya landasan menuju ke arah kemakmuran negara tidak menyeleweng atau tersisih daripada matlamat dasar pembentukannya setelah peristiwa 13 Mei 1969.

D. Memuliakan dan Menghormati Seseorang Encik K. Balasubramaniam memperdepan soal agama sebagai asas untuk rakyat Negara ini memulia dan menghormati seseorang. Dalam hal ini, beliau berpendapat, wang dan kedudukan

tidak akan membawa apa-apa kebaikan atau menyumbang pembinaan sebuah masyarakat yang saling menghormati. Budaya menghormati seseorang berdasarkan kedudukan dan kebendaan sudah menjadi kelumrahan dalam komuniti hari ini tanpa sempadan. Sikap ini harus dikikis jika ingin melihat semangat persahabatan sesama insan terus terpelihara. Walaupun amalan ini begitu kuat dan tebal tetapi masih ada ruang untuk mengatasinya terutamanya melalui peranan institusi agama dan persatuan- persatuan seperti Rukun Tetangga,dan persatuan penduduk. Di samping itu, institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, dan universiti juga dapat memainkan peranan melalui program-program kemasyarakat dalam kampus dan luar kampus.

Setiap kaum ada Cocle of Ethnic contohnya, Thirukural yang menjadi panduan hidup bagi masyarakat India khususnya. Begitu juga kaum lain yang sudah pasti ada kitab sebagai panduan dan rujukan hidup. Tentu sekali, dokumen-dokumen ini dapat membantu melahirkan satu masyarakat yang harmonis.

E. Menghormati Jiran Umumnya, jiran amat penting dalam susun lapis sesebuah masyarakat. Bagi Encik K. Balasubramaniam, berlaku suatu bentuk ketidakseimbangan dari segi amalan kejiranan antara bandar dan luar bandar atau kampung dan desa. Ini mungkin disebabkan faktor kesibukan kerja dan pemilikan kemewahan atau materialistik.

Beliau membandingkan kehidupan masyarakat pada zaman awal kemerdekaan dengan masyarakat hari ini. Kehidupan yang mengejar standard semakin melenyapkan hasrat negara melahirkan satu masyarakat yang progresif dan bersatu padu. Dalam hal ini, beliau menegaskan usaha-usaha untuk membina masyarakat penyayang harus ditingkatkan untuk memperbaik

hubungan antara jiran. Contohnya, Rukun Tetangga.

Dalam keghairahan berjiran, setiap rakyat dan kaum harus menghormati sensitiviti jirannya yang berlainan kaum. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang salah faham yang

mungkin mencetuskan rasa tidak puan hati sesama jiran. Bagi Encik K. Balasubramaniam, kejiranan harus dipelihara dan diurus dengan cara dan kaedah yang penuh bertanggungjawab untuk memadamkan jurang perbezaan fahaman yang boleh menjejaskan nilai-nilai kekitaan dan perpaduan kaum.

Harapan Tokoh Encik K. Balasubramaniam berharap agar setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia harus mempunyai kesedaran bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dalam soal sosio budayanya. Mereka harus mendukung fahaman ini walau berada di mana-mana sahaja. Kesantunan dan peradaban sesebuah bangsa dilihat dan dinilai berdasarkan cita-cita dan semangat kemanusiaan dan kenegaraan yang ada padanya. Oleh itu, beliau menaruh harapan yang cukup tinggi agar satu hari nanti negara dapat memliki rakyat yang sayang akan rakanrakan senegara, dan keharmonian supaya rumpun ini dapat kembali bertambah subur seperti sewaktu negara mula-mula mencapai kebebasan daripada penjajah.

ABSTRAK Tugasan ini adalah salah satu cabangan kerja lapangan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kumpulan kami oleh Encik Shaik Abdullah Hassan Mydin,Pengurus Kursus JUH 101/2,Hubungan Etnik, Pusat Pengajian Pendudukan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Kumpulan ini telah berjaya menemu ramah dua orang tokoh, seorang tokoh agama dan seorang tokoh pendidikan yang banyak mempunyai pengalaman tentang isu-isu keagamaan dan kemasyarakatan.

Dalam kajian kerja lapangan ini, kedua-dua orang tokoh ini telah merungkai isu-isu yang berkaitan dengan lima aspek yang dikhususkan, iaitu kemesraan dalam komunikasi, budaya ziarah-menziarahi , mengambil berat, memuliakan dan menghormati seseorang, dan menghormati jiran.

Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh kedua-dua tokoh ini dirasakan perlu dan penting sebagai panduan serta renungan bagi pembaca kajian untuk melihat keadaan, kemajuan, dan aspirasi hubungan etnik di Malaysia. Adakah fenomena perpaduan yang dilihat hari ini sudah mantap dan progresif atau di sebaliknya? Jawapannya,sama-samalah kita renungkan.

PENGHARGAAN Sebagai mengakhiri tugasan, kami mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada, Encik Shaik Abdullah Hassan Mydin, Pengurus Kursus JUH 101/2 Hubungan Etnik yang telah membimbing dan mendidik kami dalam menghasilkan tugasan ini dari awal hingga akhir dengan jayanya. Ucapan terima kasih kami juga ditujukan kepada keduadua tokoh,Encik K. Balasubramaniam dan Ustaz Kazim bin Elias yang memberikan peluang untuk kami mendapatkan dapatan, semua pensyarah, pegawai dan petugas Pusat Pengajian

Pendidikan Jarak Jauh, pegawai dan kakitangan perpustakaan, rakan-rakan pengajian, serta semua individu yang menyumbangkan jasa dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini.

Terima kasih daun keladi

You might also like