Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SAINS TAHUN 4

AKTIVITI 1 Mata Pelajaran Tahun Tempoh Tema Tajuk Sub Tajuk Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran : : : : : : : : Sains 4 Arked 60 minit Menyiasat Alam Bahan Pengaratan Pengaratan Memahami sesetengah bahan boleh berkarat Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;
i)

Menyatakan cara-cara yang berlainan untuk mencegah daripada berkarat. Menerangkan bagaimana cara-cara berlainan yang boleh mencegah pengaratan.

ii)

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi

- Konstruktivisme, Kontekstual - Strategi Pengalaman lepas, perbincangan, kajian lapangan.

Fasa (Masa)

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Benda berkarat dan tidak berkarat

-Guru menunjukkan serta mengedarkan dua benda maujud iaitu benda berkarat serta tidak berkarat kepada murid. Cth, paku berkarat dan penyangkut baju. Nilai murni : -Guru menyoal apakah hasil pemerhatian dan penemuan murid terhadap barang yang dipamerkan itu. Menghormati Kemahiran saintifik: Komunikasi

-Murid diberi masa selama 5 minit untuk mencari Pencetusan Idea (10 minit) Mengenalpasti bahan berkarat dan tidak berkarat -Murid diminta menjelaskan penemuan setiap kumpulan berserta perbezaan fizikal ke atas kedua-dua bahan tersebut. -Murid diminta membina jadual dalam kumpulan Penstrukturan Idea (20 minit) Membina jadual dan menerangkan faktor penyebab pengaratan -Berdasarkan pengalaman murid pada Tahun 3, murid diminta menerangkan mengapa bahanbahan tersebut boleh berkarat. Nilai Murni : Bekerjasama yang menyenaraikan bahan berkarat dan bahan tidak berkarat serta menerangkan lebih lanjut di hadapan kelas. Kemahiran saintifik: Klasifikasi, Komunikasi Nilai murni : Berhati-hati dan mencatatkan bahan-bahan yang didapati berkarat dan tidak berkarat di sekeliling sekolah. Kemahiran saintifik: Pemerhatian

Keputusan / Hasil aktiviti 1. Murid dapat menyatakan perbezaan antara objek berkarat dan objek tidak berkarat. 2. Murid boleh mengenal pasti objek yang boleh berkarat.
3. Kemudian, murid dapat membuat kesimpulan bahawa objek yang diperbuat

daripada logam boleh berkarat. 4. Dapatan ujikaji menunjukkan murid mengetahui faktor yang menyebabkan penggaratan dengan mengenal pasti pembolehubah manipulasi , pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan.
5. Murid telah dapat menjalankan ujikaji dan merekod pemerhatian. 6. Murid juga dapat menyatakan pelbagai cara untuk mencegah objek daripada

berkarat melalui peta minda.


7. Murid turut memberikan penjelasan bagaimana cara-cara ini boleh mencegah

pengaratan. 8. Begitu juga dapat menjelaskan tentang kepentingan untuk mencegah pengaratan daripada terjadi. Kekuatan dan kelemahan aktiviti Kekuatan : 1. Menggalakkan murid untuk menggunakan fikiran mereka secara kritis dan berinisiatif 2. Membantu murid menjana sendiri idea mereka daripada pemerhatian dan maklumat yang diperolehi. 3. Membantu juga murid mengembangkan idea mereka. 4. Aktiviti ini memerlukan murid membuat aplikasi terhadap pengetahuan yang telah dipelajari,
5. Menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menerangkan

sebab-sebab pengaratan terjadi.

6. Aktiviti ini juga membimbing murid dalam membuat refleksi terhadap pemerhatian dan penyelidikan mereka.

Kelemahan 1. Murid perlulah diberikan penerangan yang jelas dan lengkap, kerana penerangan yang kurang jelas menyebabkan murid kerap menanyakan balik kepada guru. Situasi ini mengakibatkan kelicinan aktiviti ini berlangsung tidak berlaku. 2. Setiap kumpulan dalam ahli yang dipilih tidak mengikut aras pengetahuan yang berbeza. Terdapat sebuah kumpulan ahlinya hanya seorang yang aras pengetahuan nya sederhana dan empat yang lain adalah lemah. 3. Aktiviti luar darjah, adakalanya kurang bersesuaian kerana bahan yang diperolehi agak terhad. 4. Aktiviti luar bilik darjah juga mengaikibatkan adamurid yang seronok untuk berkeliaran dan bukannya menjalankan pemerhatian. 5. Aktiviti untuk mencari sebab-sebab berlakunya pengaratan tidak dijalankan satu eksperimen yang membolehkan murid nampak dengan jelas.

Cadangan Penambahbaikan 1. Guru membuat penerangan terlebih dahulu, dan sediakan kad aktivit yang mengandungi arahan agar murid tidak berulang kemukakan soalan. 2. Guru memperbanyakkan objek-objek untuk membuat perbezaan objek yang berkarat dan objek yang tidak berkarat. 3. Beberapa hari sebelum aktiviti dilakukan, guru meletakkan sendiri banyak objekobjek di kawasan sekolah. Guru perlulah terlebih dahulu memberitahu kepada

Tukang Sapu sekolah supaya objek-objek tersebut tidak diambil atau dibersihkan. 4. Aktiviti luar bilik darjah, sebelum bermula berikan arahan yang tegas kepada murid supaya menjalankan aktiviti melibatkan kerjasama dari semua murid. 5. Menjalankan aktiviti/ eksperimen untuk murid mengetahui mengapa pengaratan berlaku.

AKTIVITI 2 SAINS TAHUN 4

AKTIVITI 1 Mata Pelajaran Tahun Tempoh Tema Tajuk Sub Tajuk Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran : : : : : : : : Sains 4 60 minit Menyiasat Alam Bahan Bahan di sekeliling kita Sifat-sifat Bahan Mengenal sifat-sifat Bahan Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat; i) Mengenal pasti sifat sifat bahan ii) Mengelaskan objek mengikut kumpulan berdasarkan jenis bahan yang diperbuat Strategi Pengetahun Sedia Ada : : Eksperimen, Pemerhatian, Perbincangan Murid tahu tentang jenis jenis bahan. Memerhati, mengelas, membanding beza, berkomunikasi dan menjana idea. Nilai Sainstifik Bahan / Alatan : : Bekerjasama, berkeyakinan dan berdikari. Sudu logam, straw, rod kayu, pensel, tali pinggang

KPS / KMS / Kemahiran berfikir:

kulit, pembaris besi, rod kaca dan pinggan kaca.

Set Induksi ( 5 minit )

Guru memainkan lagu World Cup . Guru meminta murid namakan objek yang diperhatikan.

Catatan

(Bola golf, bola plastik, bola getah,guli) Langkah ( 10 minit ) Guru meminta murid melihat disekeliling sekolah / rumah untuk menamakan objek objek yang diperbuat daripada kayu, logam, kaca, getah, kain dan plastik. Dalam kumpulan berlima, murid murid berbincang dan kenalpasti bahan bahan. Guru menyediakan 6 stesen :a) Konduktor elektrik b) Konduktor haba c) Keapungan atas air d) Kebolehan menyerap air
e) Keregangan

f) Membenarkan cahaya menembusinya ( lutsinar ) Langkah 2 ( 24 minit ) 1 4 Guru memberi arahan tentang aktiviti yang perlu dijalankan. Guru meminta murid bergerak dalam kumpulan mengikut masa yang telah ditetapkan ( 4 minit ). 2 5 3 6

Pertukaran stesen berpandukan bunyi loceng. Catat hasil pemerhatian

Keputusan / Hasil aktiviti 1. Stesen A : Konduktor Elektrik Murid dapat mengenalpasti dan menyenaraikan objek yang mengalirkan arus elektrik. Murid dapat mengenalpasti dan menyenaraikan objek yang tidak mengalirkan arus elektrik. Murid mengetahui objek yang dapat mengalirkan arus elektrik dikenali sebagai Konduktor Elektrik. 2. Stesen B : Konduktor Haba Murid dapat mengenal pasti dan menyenaraikan objek yang mengalirkan haba Murid dapat mengenal pasti dan menyenaraikan objek yang tidak mengalirkan haba. Murid mengetahui objek yang dapat mengalirkan arus elektrik dikenali sebagai Konduktor Haba. 3. Stesen C : Terapung di atas air 1. Murid dapat mengenal pasti dan menyenaraikan objek yang terapung dan tenggelam. 4. Stesen D : Kebolehan menyerap air 1. Murid dapat mengenal pasti dan menyenaraikan objek yang boleh menyerap air. 5. Stesen E : Kebolehan meregang 1. Murid dapat mengenal pasti objek yang boleh dilakukan regangan, 6. Stesen F : Kebolehan cahaya melaluinya

7. Murid telah dapat menjalankan ujikaji dan merekod pemerhatian. 8. Murid juga dapat menyatakan pelbagai cara untuk mengenal pasti sifat-sifat

sesuatu bahan.
9. Murid turut dapat membust pengelasan objek mengikut kumpulan berdasarkan

jenis bahan yang diperbuat Kekuatan dan kelemahan aktiviti Kekuatan : 1. Menggalakkan murid untuk menggunakan fikiran mereka secara kritis dan berinisiatif 2. Membantu murid menjana sendiri idea mereka daripada pemerhatian dan maklumat yang diperolehi.
3. Membantu juga murid memperkembangkan idea mereka.

4. Aktiviti ini memerlukan murid membuat aplikasi terhadap pengetahuan yang telah dipelajari,
5. Menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menerangkan

sifat-sifat sesuatu bahan. 6. Aktiviti ini juga membimbing murid dalam membuat refleksi terhadap pemerhatian dan penyelidikan mereka. 7. Murid sentiasa bekerjasama sesama ahli untuk menjalankan setiap eksperimen di setiap stesen.

Kelemahan 1. Murid tidak diberikan kad aktiviti untuk menjalankan eksperimen di setiap stesen
2. Masa yang terlalu pantas, ada sesetengah kumpulan tidak dapat menghabiskan

eksperimen.

3. Loceng yang digunakan masa eksperimen tidak kedengaran dengan jelas. 4. Murid yang mempunyai aras pengetahuan yang lemah, tidak bersama-sama menjalankan aktiviti, kerana murid uang aras tinggi tidak bersama-sama membantu mereka.
5. Penggunaan objek yang tajam dan berbahaya, perlu diberikan lebih tumpuan

dan peringatan oleh guru ketika murid menjalankan eksperimen.


6. Penggunaan alatan yang terhad dan adakalanya sukar didapati.

Cadangan Penambahbaikan
1. Guru membuat penerangan terlebih dahulu, dan sediakan kad aktiviti yang

mengandungi arahan yang lengkap. 2. Guru memberikan masa yang mencukupi supaya setiap murid dalam kumpulan dapat menjalankan aktiviti bersama-sama. 3. Guru perlu menerangkan kepada murid-murid supaya bersikap kerjasama sesama ahli dalam kumpulan. 4. Penyediaan awal amat penting bagi memastikan perjalanan eksperimen berjalan lancar,

You might also like