Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA PENGGERAK TRANSFORMASI HARTA INTELEK MALAYSIA Perbadanan Harta Intelek Malaysia

(MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti perlindungan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia. Misi kami ialah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan ekploitasi harta intelek. Seiring dengan pembangunan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berorientasikan penghasilan kerja yang berkualiti bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur.

SYARAT-SYARAT ASAS Secara umum, kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan seperti berikut; Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan; Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet, powerpoint; Positif, kreatif dan berkeyakinan tinggi; Boleh bekerja dalam kumpulan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum; Mampu melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di bawah tekanan; Berkebolehan merancang, menganalisa, menyediakan laporan dan membuat pembentangan; Bersedia untuk ditugaskan di luar pejabat dalam dan luar negara;
1

Mempunyai pengalaman 2-3 tahun, siswazah baru yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan harta intelek adalah digalakkan untuk memohon; Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.

1.

PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN 1 kekosongan (kontrak) (Berbangsa Cina sahaja) Klasifikasi : Kumpulan Perkhidmatan : Gred : Skala Gaji : Melapor kepada : Perkhidmatan Harta Intelek Eksekutif IP8 RM2,688.00 RM8,484.00 Timbalan Ketua Pengarah Korporat

Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut: Mengawal selia Laman Web Rasmi MyIPO dan memasukkan berita terbaru mengenai harta intelek di seluruh dunia di Laman Web Rasmi MyIPO; Mengawal selia dan menjawab aduan serta soalan di Facebook dan Twitter; Menguruskan kempen-kempen kesedaran yang disertai MyIPO; Bertugas di kaunter perkhidmatan MyIPO; Bertindak sebagai pemantau protokol untuk aktiviti-aktiviti MyIPO dan aduan orang ramai; dan Melaksanakan pemasaran semasa bertugas di kaunter perkhidmatan MyIPO.

Kelayakan:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Pemohon hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan Ijazah di mana semakan pengiktirafan oleh JPA boleh dibuat di alamat web berikut : (http://pengiktirafan.jpa.gov.my).

Kami menawarkan faedah dan ganjaran yang kompetitif. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di melalui laman web kami dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini selewat-lewatnya 21 Januari 2013 kepada :

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1 59000 KUALA LUMPUR (u.p. : Seksyen Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

You might also like