Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

2.

Pengujian

Rajah 2.7: Pengujian

Kaedah bagi memperoleh maklumat dengan cara objektif dan bersistem


(Tan Hui Leng dan Ee Ah Meng, 1996)

Proses pengukuran yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif
(Vincent Pang dan Denis Lajium, 2010)

Kaedah mengumpul data untuk digunakan bagi mengenal pasti daerah kelemahan murid
(Yahya Othman, 2005)

Definisi Pengujian

KESIMPULAN

Kaedah atau alat bersistem dan mempunyai matlamat jelas yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dari semua aspek dan mengenal pasti kelemahan murid bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Rajah 2.8: Definisi Pengujian 16

Rajah 2.9: Tujuan Pengujian

Menurut Tan Hui Leng dan Ee Ah Meng (1996), pengujian telah digunakan sejak dari zaman Socrates lagi dan bertujuan untuk mengukur pembelajaran kanak-kanak. Pada era modenisasi ini, fungsi atau tujuan pengujian telah berkembang dengan lebih luas lagi.

Seperti yang dinyatakan dalam rajah di atas, antara tujuan pengujian adalah untuk memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam buku Penilaian dalam Proses Pendidikan, terdapat dua jenis maklumat utama yang boleh diperoleh melalui pengujian.

Keberkesanan Guru

Hasil Pembelajaran Murid

Rajah 2.10: Maklumat Utama dalam Pengujian

Keberkesanan guru merujuk kepada keberkesanan pengajaran guru daripada pelbagai aspek seperti keberkesanan kaedah, teknik dan bahan yang digunakan untuk menyampaikan ilmu. Mokhtar Ismail
17

(2009) mengatakan bahawa guru akan dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pengajaran melalui pengujian yang

dilakukan. Beliau juga mengatakan bahawa tanpa pengujian, mana mungkin keberkesanan pengajaran guru dapat dinilai. Andainya

prestasi murid merosot, guru perlu menilai dan merenung kembali sesi pengajaran yang telah dijalankan ke atas murid-murid dan mencari sama ada kekurangan itu berpunca daripada guru atau pun tidak. Selain daripada itu, hasil pembelajaran murid juga boleh ditentukan dengan adanya pengujian. Pencapaian murid dalam sesuatu Justeru, dengan

kemahiran boleh ditentukan dengan pengujian.

melalui pengujian, maklumat mengenai keberkesanan pengajaran guru dan hasil pembelajaran murid dapat diperoleh. Menurut Tan Hui Leng dan Ee Ah Meng (1996), pengujian bertujuan untuk menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran murid. Murid biasanya mempunyai matlamat semasa belajar yang

dapat memotivasikan murid untuk terus konsisten belajar. Motivasi ini boleh terdiri daripada motivasi intrinsik atau ekstrinsik (Mokhtar Ismail, 2009). Motivasi ini dikatakan wujud kesan daripada pengujian. Ujian yang dijalankan dari semasa ke semasa melatih murid untuk berusaha dan belajar bagi meningkatkan prestasi mereka dari masa ke masa. Bayangkanlah, tanpa pengujian, murid mungkin tidak bersemangat langsung untuk belajar kerana tiada apa yang perlu diuji.
Mewujudkan Motivasi Intrinsik Murid bersemangat untuk belajar

PENGUJIAN

Mewujudkan

Motivasi Ekstrinsik Rajah 2.11: Kesan Pengujian

18

Pengujian juga bertujuan untuk memasukkan murid ke dalam kumpulan tertentu berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan bagi tujuan tertentu. Contohnya, bagi mengumpulkan murid dalam bilik

darjah untuk menjalani kerja kumpulan seperti perbincangan dan mengumpul murid mengikut kemampuan seperti murid pemulihan khas. Menurut Raminah Haji Sabran (1991), melalui pengujian guru akan dapat melihat kesediaan urat saraf tangan, mata, jari jemari dan kadar tumpuan perhatian murid. kelemahan murid dan Guru juga akan dapat mengesan boleh mencalonkan dan

seterusnya

memasukkan murid ke dalam kelas Pemulihan Khas. Pemilihan murid untuk tugas tertentu juga boleh dibuat dengan adanya pengujian. Tan Hui Leng dan Ee Ah Meng (1996) mengatakan bahawa sememangnya pengujian bertujuan untuk memilih murid bagi menjalankan tugas tertentu seperti mewakili sekolah atau kelas dalam sesuatu

pertandingan. Uji bakat yang dibuat bagi memilih murid yang terbaik dan sesuai untuk mewakili sekolah merupakan bentuk pengujian yang digunakan bagi tujuan ini. Di samping bertujuan untuk memilih murid bagi melakukan tugas tertentu, pengujian juga bertujuan untuk mengkategorikan murid. Contohnya, murid dapat dikategorikan

kepada aliran tertentu seperti sains dan sastera dan juga memutuskan gred sijilnya sama ada cemerlang, kepujian atau lulus melalui pengujian. Kesimpulannya, pengujian bukanlah dilaksanakan sesuka hati sebaliknya, pengujian mempunyai tujuan penting. Pengujian bukan

sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi murid, tetapi dapat meningkatkan prestasi para pendidik juga.

19

Rajah 2.12: Prinsip asas pengujian

Mok

Soon

Sang

(1994)

mengatakan

bahawa

penilaian Pengujian Justeru,

bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. dikatakan merupakan alat ukuran dalam proses penilaian.

bagi mendapatkan penilaian yang tepat, data tersebut mestilah tepat juga. Oleh itu, pengujian yang bermutu merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru. Terdapat lima prinsip asas pengujian yang mesti dipatuhi bagi menghasilkan pengujian yang berkualiti, mantap dan mampu menghasilkan data yang lengkap dan tepat. Prinsip pertama merupakan kesahan.

20

Rajah 2.13: Prinsip kesahan 21

Prinsip yang kedua merupakan kebolehpercayaan.

Rujukan : (Raminah Haji Sabran, 1991) Rajah 2.14: Prinsip kebolehpercayaan

22

Prinsip yang seterusnya ialah keobjektifan.

Merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapanjawapan calon.

Sesuatu ujian dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi jika pemeriksa memberi markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema permarkahan yang ditentukan.

KEOBJEKTIFAN

Cara Meningkatkan Ciri Keobjektifan (Mok Soon Sang, 1994)

Menyediakan skema pemarkahan secara analitik, iaitu isi-isi yang penting diberikan markah yang berpatutan untuk menjadikan pemarkahan lebih jelas dan tepat.

Mengadakan mesyuarat penyelarasan semua pemeriksa sebagai latihan untuk memeriksa dan memberi markah pada beberapa sampel skrip jawapan calon berpandukan skema pemarkahan.

Rajah 2.15: Prinsip keobjektifan

23

Kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran juga merupakan prinsip asas pengujian.

Merujuk kepada sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Merangkumi aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan, ujian dapat dimulakan pada masa yang tepat, arahan yang jelas kepada calon dan sebagainya. Kebolehtadbiran dapat ditingkatkan dengan penyediaan bilangan soalan yang berpatutan, penyusunan meja dan kerusi mengikut peraturan dan arahan yang jelas.

Kebolehtadbiran

Merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya. Keputusan ujian haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsir agar dapat memberi gambaran yang jelas dan tepat. Kemudahtafsiran Hasil pengujian dapat memberi maklumat mengenai pencapaian calon dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran dan kesesuaian item ujian.

Rajah 2.16: Prinsip kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran

Perkara lain dalam pengujian yang perlu diketahui ialah skala pengujian. Skala merupakan penyukat atau alat untuk mengukur kuantiti. Skala juga boleh juga dilihat sebagai prosedur mencakupi sebarang bentuk aktiviti pengukuran melibatkan peruntukan nombor (Mokhtar Ismail, 2009).

24

You might also like